Tuesday, May 26, 2009

7 PERKARA YANG MENGHAIRANKAN USMAN BIN AFFAN R.A.

1. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.
2. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.
3. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.
4. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.
5. Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.
6. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.
7. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.

Friday, May 15, 2009

LALANG DAN SERAI

Macam-macam kaedah Allah nak ajar manusia. Kaedah biasa adalah melalui guru. Guru mendidik anak-anak supaya menjadi manusia yang berguna. Tapi, kadang-kadang, cakap manusia ni kita susah nak paham, tak terkesan di hati kita. Dengan itu, Allah akan didik kita melalui binatang, melalui pokok-pokok, melalui alam sekitar kita.
Macam mana Allah mendidik kita dengan binatang? Bukan kah binatang tu tak ada akal? Bukan kah binatang tu tak boleh bertutur dengan manusia? Macam mana binatang nak mengajar manusia? Begitu lah juga halnya dengan pokok. Macam mana pokok nak mengajar manusia?
Cuba kita imbas semula kisah manusia pertama yang diajar oleh binatang. Kisah Habil dan Qabil, anak-anak nabi Adam yang telah berlaku kes pembunuhan pertama. Apabila Qabil telah membunuh Habil, dia sudah menjadi gelabah dan tak tahu nak buat apa lepas tu. Kemudian Allah datangkan dua ekor burung gagak yang saling bergaduhan dan salah seekor terbunuh, lalu yang seekor lagi mengorek tanah dengan paruhnya. Ditanamnya burung mati tadi dan ditimbus semula dengan tanah.
Kejadian ini mendatangkan ilham kepada Qabil untuk menanam mayat Habil yang telah terkujur itu.


Ini lah peristiwa yang Allah nak tunjuk kepada kita melalui tumbuhan. Kalau kita fikirkan antara lalang dan serai. Pokok yang tak perlu tanam dan akan tumbuh sendiri. Walau macam mana kita kita buat pun, sama ada potong dengan mesin rumput atau kita meracun, lalang ni akan tetap tumbuh dengan suburnya semula selepas yang diracun itu mati.


Tapi, kalau serai ni, dah la nak kena tanam, pastu nak kena siram pulak, nak baja lagi. Tu pun kadang-kadang tak hidup-hidup jugak.

Kita boleh kaitkan dengan kehidupan kita harian. Kita ni, kalau benda-benda yang baik ni, memang susah nak ikut. Biar pun dah diajar oleh guru, mak bapak, kawan-kawan dan orang tua, kadang-kadang tak ikut jugak apa yang orang nasihatkan tu. Tapi kalau yang tak elok tu, tak payah ajar pun. Masing-masing dah pandai sendiri secara automatik.
Apa yang Allah nak ajar di sini, saya dapat simpulkan secara peribadi adalah, unsur-unsur yang tak elok ni perlulah dibanteras secara berterusan. Macam mana kita selalu meracun rumput selalu, panjang sikit, racun. Panjang sikit, racun. Macam tu lah sikap kita sepatutnya. Kita tak boleh redha dengan unsur-unsur tak baik ni. Contohnya kalau kita bagi peluang unsur-unsur tak baik ni berkembang, macam lah kita benarkan lalang tumbuh di laman rumah kita.

Manakala unsur-unsur yang baik ni, kita perlu beri nilai tambah kepada apa yang dah ada. Tambah baja, tambah air dan belai pokok tu, dibuang ranting yang mati dan daun-daun yang dah mati. Macam tu la kita kena buat, beri didikan, akhlak yang mulia, disirami dengan ayat-ayat al-Qur’an dan hadith Rasulullah SAW. Selalu dampingi anak-anak kita, selalu bersembang dengan mereka macam kawan, supaya mereka dapat selesa meluahkan perasaan mereka kepada kita. Dengan itu, insyaallah anak-anak kita yang merupakan pewaris kepada generasi masa depan, akan membesar sebagai seorang Muslim yang berakhlak mulia.
Itulah dia cara Allah nak didik kita. Sama-sama lah kita fikirkan.