Monday, August 16, 2010

BILA MANUSIA CUBA BUAT KERJA TUHAN

Inilah yang akan terjadi bila manusia cuba buat 'kerja Tuhan'. Masing-masing pening kepala untuk tentukan hukuman yang terbaik bagi menangani sesuatu masalah. Berikut adalah petikan sebuah akhbar tempatan mengenai rang undang-undang baru berkenaan kes buang bayi di Malaysia.

"KUALA LUMPUR 12 Ogos – Kabinet mengarahkan supaya mana-mana individuyang terlibat dalam kes pembuangan bayi disiasat mengikut KanunKeseksaan iaitu perbuatan membunuh atau percubaan bunuh. Arahan itu meminta polis supaya menyiasat sesiapa yang membuang bayi sehingga menyebabkan kematian bayi di bawah Seksyen 302 kanun tersebut yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori. Selain itu, mereka juga boleh didakwa atas kesalahan percubaan membunuh atau menyebabkan kematian di bawah kanun yang sama. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk SeriShahrizat Abdul Jalil (gambar) berkata, penguatkuasaan siasatan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu mendapat persetujuan JemaahMenteri semalam. Menurutnya, penguatkuasaan mengikut seksyen tersebut membuktikan kerajaan serius mengekang gejala pembuangan bayi daripada berleluasa. “Saya telah berbincang dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk SeriHishammuddin Tun Hussein supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM)menjalankan penyiasatan kes pembunuhan bayi mengikut Kanun Keseksaan. “Kementerian juga akan menerima pakai penukaran perkataan ‘buangbayi’ kepada ‘pembunuhan bayi’. Ini amaran keras bahawa bayi bukannyadilahirkan untuk dibunuh sesuka hati,” katanya. Shahrizat berkata, pihaknya juga akan meminta PDRM menggunakankaedah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) kepada kes-kes tertentu supaya ibu dan bapa kepada bayi yang tidak berdosa dihadapkan kemahkamah. Menurutnya, ujian DNA ini penting supaya lelaki yang tidakbertanggungjawab sehingga menyebabkan berlakunya kes hamil luar nikah tidak akan dibiarkan lepas tetapi akan turut didakwa. Beliau percaya dengan hukuman lebih keras ini dapat mengatasi gejala pembuangan bayi yang sehingga hari ini mencecah 60 kes. Tambah beliau, sebelum ini kementerian hanya menggunakan pendekatan kebajikan yang mana ia selari dengan matlamatnya termasuk menangani isu pembuangan bayi. “Selama enam bulan ini, kementerian melaksanakan pelbagai program termasuk ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk mendidik mahasiswa supaya bersama menangani gejala yang makin meruncing ini,”katanya.



KOMEN SAYA:

1. Allah telah menetapkan hukuman bagi sesuatu perkara, tetapi manusia cuba nafikan dan pula cuba mencipta hukuman berdasarkan akal yang terbatas.

bukankah Allah telah menetapkan hukuman (hudud) sebat bagi yang belum berkahwin, dan rejam sampai mati bagi yang sudah berkahwin yang melakukan zina?

hari ini terdapat kenyataan atau pendapat orang ramai dalam akhbar, antaranya

"adalah sesuatu yang tidak wajar untuk menghukum bunuh bagi remaja yang terlanjur dan membuang bayi kerana mereka masih terlalu muda dan belum dapat berfikir secara matang'

sekiranya terlaksana hukum Allah, maka permasalahan akan selesai. Yang remajanya tidak akan dihukum bunuh, sebaliknya akan hanya disebat. dan sebat pula bukan macam sebat di penjara sekarang yang sudah tentunya sangat zalim, sehingga pecah daging punggung. Sebat dalam Islam sungguh indah jika dipraktikkan.

Undang2 Islam bukan undang2 yang zalim, tetapi umatnya yang kufur yang menampakkan seolah2 ia zalim. Undang2 Islam lebih kepada memberi pengajaran kepada manusia supaya bertaqwa dan takut kepada Allah

Dan Islam bukan agama untuk menghukum. Sehingga terdapat sebuah riwayat, Rasulullah cuba untuk mengelak dari memberi hukum kepada orang yang datang kepada Baginda mengakui dirinya telah berzina.