Friday, October 22, 2010

Kenyataan Media Ust. Asri berkenaan Islamic Fasion Festival

Berikut adalah komen dari Dr Asri (yg di'copy' dari http://kedahlanie.blogspot.com/2010/10/kenyataan-media-ust-asri-berkenaan.html) mengenai tajuk post saya yang lalu iaitu penganjuran Festival Fesyen Islam yang dianjurkan oleh RM (bukan Ringgit Malaysia, tp Rosmah Mansor). Ala.. takkan tak kenal sapa RM ni. Pepatah Melayu ada mengatakan, "di mana ada Najib, di situ ada RM".


http://dupahang.files.wordpress.com/2009/11/dr-maza.jpg?w=188&h=238
Kenyataan Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Mengenai Islamic Fashion Festival (IFF)

Saya berada di Qatar ketika ini. Pihak media bertalu-talu menghubungi saya bertanya pendapat tentang hal ini. Maka, saya ingin menyebut secara ringkas beberapa perkara berikut;

1. Berdasarkan apa yang ditonjol, jelas bahawa mengaitkan fesyen-fesyen tersebut dengan Islam adalah satu penghinaan. Sama sekali ia tidak islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak.

2. IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat.

3. Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini.

4. Mereka yang terlibat hendaklah memohon maaf kepada umat Islam dan mengisytiharkan kepada awam bahawa yang dianjurkan itu bukanlah ‘Islamik’.

5. Bahaya untuk isteri pemimpin utama negara Islam terlibat dengan hal-hal yang seperti ini. Ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia, apatah lagi Malaysia dianggap salah sebuah negara Islam yang penting.

6. Kepimpinan negara akan rosak jika isteri-isteri pemimpin utama ini cuba menonjolkan diri sehingga tidak teliti dan tidak lagi memikir buruk baik sesuatu tindakan. Perbuatan seperti ini akan merosakkan kepimpinan sesebuah negara yang majoritinya muslim.

7. Saya mencadangkan kepada mereka yang berminat menganjurkan pertunjukan ‘Islamic fashion’ mewujudkan penasihat syariah terlebih dahulu. Mereka boleh menjemput ilmuwan yang lebih terbuka dan fleksibel tetapi mengikut prinsip-prinsip umum syarak.

-Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Doha, Qatar

Wednesday, October 20, 2010

MALAYSIA ANJUR MAJLIS HINA RASULULLAH SAW DAN ISLAM PERINGKAT ANTARABANGSA

Para pemimpin NGO Islam disarankan agar mengkaji tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang disifatkan sebagai menghina Islam ketika menganjurkan Islamic Fashion Festival (IFF).
Bagi anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, IFF jelas menghina islam apabila menggunakan nama agama untuk mengesahkan tindakan penganjuran pertunjukan yang tidak wajar itu.
Lebih malang, tulisan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.
"Kita berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark, di sini di Malaysia, seluruh maruah Islam ditelanjangkn oleh IFF tersebut," kata Lo' Lo' kepada Harakahdaily.
Beliau mengulas IFF yang dianjurkan oleh Rosmah baru-baru ini. Walaupun dinamalkan Islamik tetapi fesyen yang diperagakan tidak sesuai dengan Islam bahkan Rosmah sendiri tidak memakai pakaian yang sesuai dengan Islam ketika merasmikan program IFF itu.
Lo' Lo' juga kesal dengan sesetengah NGO Islam yang dipergunakan untuk menyokong bajet yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib.



"Saya dapat maklumat ada beberapa NGO Islam diminta membuat memo menyokong bajet PM.
"Saya nak tanya NGO-NGO Islam ni, tak terasa langsung ke nak bantah penghinaan terhadap Islam oleh Rosmah atas penganjuran Islamic Fashion Festival yang penuh dengan kemungkaran dan kemaksiatan terhadap Allah serta pengkhianatan atas muslimah seluruhnya?" tanya Lo' Lo'.

sumber : http://suwaritimur.blogspot.com/2010/10/islam-terunggul-dari-pm-dan-isteribukan.html

Tuesday, October 19, 2010

BOMOH vs PERAWAT ISLAM (MUALLIJ)

Dah lama tak tulis dalam blog ni. Buka tiap2 hari, tapi tak dan nak menulis. Sibuk sangat, kejar dunia ni sampai mati pun tak abis.

Tapi hari ni tergerak, bertekad nak tulis sikit disebabkan keterujaan dan perlu sensitiviti rakyat Malaysia, terutamanya yang beragama Islam.

Mungkin sudah tiba masanya kita membezakan antara 'BOMOH' dan 'MUALLIJ (Perawat Islam). Tuan2 yang budiman bolehlah buat sedikit kajian mengenai kedua-dua istilah ini. Mungkin bagi sesetengah orang, ia membawa maksud yang sama. Tetapi hakikatnya ia perlu dibezakan.

Mungkin saya akan menghuraikan dengan lebih mendalam tentang perkara ni di masa yang lain. Sekadar melontarkan sedikit idea dan cabaran minda bagi yang beragama Islam untuk menambahkan ilmu di dada dan menetapkan pendirian masing-masing di jalan yang lurus.

Bagi yang kata "Aku peduli apa, bomoh ka perawat ka. Janji sakit aku bleh baik...". Anda berkemungkinan akan tidak mendapat ilmu tambahan dan mungkin boleh menyebabkan diri anda terjerumus ke jalan yang tidak diredhai Allah.

Bagi yang kata, "nak kena kaji ni, siapa tu bomoh dan siapa perawat Islam". InsyaAllah anda akan bertambah ilmu dan kemungkinan besar anda terpandu di atas jalan yang diredhai Allah.

Untuk memulakan kajian, cuba baca terjemahan Surah Jin, ayat 6. Kemudian bolehlah surf laman2 'muallij' atau 'perawat Islam' untuk maklumat yang lebih lanjut. Kalau niat anda baik iaitu untuk mencari ilmu demi keredhaan Allah, insyaAllah diri anda akan terpandu kejalan yang benar. Wallahua'lam