Saturday, February 14, 2009

PERSOALAN HIDUP BILA DIUJI

Setiap manusia pasti diuji. Cuma bezanya bagaimana reaksi kita apabila diuji. Tak kira lah sama ada ujian itu merupakan ujian yang kecil mahupun yang besar.

Apabila kita diuji, persoalan pertama yang akan terlintas di hati kita adalah

"Kenapa aku?"

Maka teringatlah satu potong ayat Allah yangtelah dirakamkan di dalam Al-Qur'an. Surah Al-Angkabut ayat 2 - 3.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja (dengan) mengatakan; 'Kami telah beriman', sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahun orang-orang yang dusta."

Maka terjawablah persoalan tadi. Seseorang yang diuji, sudah pasti yang berjaya akan ditingkatkan martabat (maqam)nya di sisi Allah, manakala yang gagal, adakalanya terjerumus ke dalam tercabutnya aqidah dan inilah yang kita mohon kepada Allah supaya dijauhkan dari ditimpa ujian yang kita tidak dapat menanggungnya.

Persoalan kedua, "Kenapa susah sangat ujian ni?"

Benarkah Allah akan menguji kita dengan ujian yang tidak dapat kita tanggung? Bukankah Allah telah menerangkan kepada kita bahawa:

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah; ayat 286)

Berat sangatkah ujian yang Allah berikan kepada kita? Adakah seberat ujian yang ditimpakan kepada saudara-saudara kita di Palestin? Kasymir? Selatan Thai? Iraq? Besar sangat ka? Sahabat-sahabat kita di sana diburu, dibunuh, ditembak, dibom, disembelih. Malahan ada yang ditetak hidup-hidup di kepalanya seperti tragedi di Ambon beberapa tahun dahulu. Malah muslimat di sana diperkosa tanpa peri kemanusiaan. Besar sangat ka ujian kita terima ni?

ok lah.. kita tak diuji sebesar mana sangat la kalau nak dibandingkan dengan saudara-saudara kita di sana. Tapi persoalan seterunya...

Persoalan ketiga, "Bagaimana harus aku menghadapinya?"

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
(Surah Al-Baqarah; ayat 45)

Apa lagi? Itu lah penyelesaian yang haqiqi. Tak payah ke kursus pengurusan stress pun. Ikutlah cara Rasulullah. Tiap-tiap permasalah yang timbul, Baginda akan bersegera solat sunat, mohon diberikan petunjuk dan ditenangkan hati. Ada doanya, cuba baca al-Ma'tsurat. Ada doa khas bagaimana nak mintak dijauhkan dari beban hutang, beban kemalasan dan sebagainya.

Dari situ terwajab pula secara tak langsung, persoalan ke tiga "Kepada siapa aku berharap?"

Sudah tentulah tiada lain yang layak selain Allah. Ambil lah iktibar dari Surah At-Taubah; ayat 129.

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal."

Bila difikirkan sejenak, ini lah sebabnya mengapa susah sangat Yahudi Zionis laknatullah nak menang di bumi ambia Palestin. Dengan sokongan padu pelbagai negara termasuklah beberapa negara Islam, regim Zionis masih tidak berjaya menjajah bumi terjadinya permulaan perjalanan Isra' Mikraj pada lebih 1400 tahun dahulu.

Beberapa kali berita di TV menayangkan beberapa penduduk Palestin yang ditembak, yang dibom. Bila disoal kepada mereka tentang apa yang sedang berlaku, jawapan mereka kepada pemberita persis seperti ayat di atas, menunjukkan hati-hati mereka masih bergantung kepada Allah yang sudah pasti tentu akan memberi balasan buruk kepada Yahudi suatu hari nanti di atas perbuatan mereka menghina umat Islam.

Bercakap mengenai isu Palestin, maka ingatlah kita sabda Rasulullah SAW, bahawasanya di akhir zaman nanti, Islam akan dimenangkan oleh Allah dan Yahudi akan dihina dan dikalahkan didalam peperangan sehingga pokok dan batu akan bercakap "Wahai orang Islam, orang Yahudi ada di belakang ku ini, datanglah ke sini dan tangkaplah mereka." Kecuali sejenis pokok yang Rasulullah menyebutnya sebagai pokok ghorqod, iaitu sejenis pokok Yahudi yang akan mendiamkan dirinya demi menyelamatkan orang Yahudi.

Sesetengah ulama' berpendapat yang dinamakan pokok Ghorqod itu adalah negara-negara islam yang tidak turut bersama dalam menewaskan perjuangan tentera regim Zionis di bumi Palestin.

Balik kepada persoalan asal, kita perlu redho dengan apa yang telah Allah takdirkan berlaku. Takut-takut persoalan yang timbul akan menyebabkan larinya aqidah kita maka akan dikhuatiri hidup kita sebagai muslim, tapi matinya kita sebagai kafir. na'uzubillahi minzalik.

1 comment:

  1. kadang2 dugaan datang tak henti2,sy smpai tfikir utk tamatkan sja rwayat hidup ni. Tp alhamdulillah,segera sy tepis. Sbb sy masih sedar,apa2 y blaku msti ada hikmahnya,dan kita di dunia ni mmg utk di uji. Harap2 kita semua tabah dalam menghadapi hidup yang hanya sementara ni. Insya Allah

    ReplyDelete