Monday, June 27, 2011

Politik Malaysia ibarat kartun Tom and Jerry

Beberapa fakta mengenai suasana politik Malaysia kini yang bergerak seperti kisahnya kartun Tom and Jerry.

Senario 1
UMNO buat beberapa DEMONSTRASI tunjuk perasaan (bleh lak dpt permit polis..)
> kononnya untuk membantah BERSIH buat DEMONSTRASI perhimpunan aman (conform xkan dpt permit polis punya..)


Senario 2
PERKASA menentang himpinan BERSIH kononnya sebab ganas
> sedangkan depa yang kata "Teruskanlah (himpunan BERSIH) kalau nak "berperang"": sapa yang ganas ni????


Senario 3
PM kata "Kalau anak jantan, berjumpa dalam pilihanraya umum"
> memang la nak jumpa dalam pilihanraya, tapi tu la yg BERSIH tuntut. Bagi pilihanraya yg lebih telus dan adil. Pastu bleh la jumpa sebagai anak jantan.. (UMporNO/Be End anak jantan ker..?)

untuk makluman, BERSIH mengadakan himpunan bagi membuat tuntutan kepada kerajaan Malaysia agar buat beberapa kajian dan pindaan terhadap perlaksanaan sistem pilihanraya agar menjadi lebih telus, atas semangat demokrasi.



last last, rakyat pun jd pening. Sapa yg betul n sapa yang salah ni??

Macam anak2 kita tgk cerita Tom and Jerry la.. Disebabkan Jerry tu tikus yang comel maka ramai yang anggap dia baik, sedangkan yang betulnya Tom si kucing yang selalu jadi mangsa keadaan disebabkan kenakalan Jerry...

"Jadilah manusia yang berfikiran terbuka dan berfikir. Jangan terima berita bulat2 jer"..

Wednesday, April 27, 2011

UTUSAN MEDIA PORNO

Utusan Malaysia didapati telah menjadi salah satu media yang menyebarkan berita pornografi hari ini apabila terang-terang mengiklankan salah satu adegan seks yang dikatakan dilakukan oleh seorang pemimpin pembangkan.

Akhbar yang satu masa dahulu menjadi pembakar semangat orang melayu untuk bangun menentang penjajah itu kini telah didapati lari dari tujuan asalnya itu, lalu menjadi salah satu akhbar yang mempromosikan video porno dengan diberikan gambaran terperinci di lamm web mana video itu boleh ditemui, apa yang ditayangkan dalam video itu, persis umpama promo kepada filem box office yang sedang ditayang dipawagam untuk dipertontonkan oleh orang ramai.

Apakah Utusan Malaysia memaparkan berita seumpama itu untuk memudahkan anak-anak muda Melayu mencari dan menonton video lucah. Walaupun dikatakan video itu telah ditarik balik oleh YouTube, saya berkeyakinan besar sesiapa yang cuba mencari juga, dia mereka akan tetap menemui video-video lucah atau separa lucah dimana-mana laman web yang di cadangkan oleh web browser.

Maka, tahniah saya ucapkan kepada Utusan Malaysia kerana membawa maksud positif terhadap penggemar video lucah yang mana maksud tersiratnya adalah "tengok la video lucah, xpa. Zaman la ni video lucah ni xjadi masalah dah..."

Tahniah kerajaan Malaysia yang tak buat tindakan apa2 terhadap Datuk T yang menyebarkan dan menggalakkan rakyat Malaysia tonton video lucah (yang paling awal tgk video lucah ni geng2 YB2 kat parlimen la... bagus2.. teruskan usaha anda). Kat indon ahli parlimen tgk video lucah dah letak jawatan. Kat Malaysia ahli parlimen tgk video lucah xpa....

Wednesday, April 6, 2011

Bersubhat

Rahim Thambi Chik kata dia adalah org yang dalam video tu (bahagian awal video). Maksudnya dia bersubhat dengan 'lelaki misteri' tersebut melanggan pelacur cina tu. Macam biasa dok buat kerja ni je nampaknya. Takkan dia tak leh nak disabit kesalahan kot? Dah terang2 mengaku dia yg dalam video tu.

Bini dia tak marah ka dia langgan pelacur tu? Ist... tak paham betul aku dengan puak2 ni. Tu yang dia tunjuk sendiri, yang dia tak tunjuk punya lagu mana la pulak agaknya. Tak malu ka anak bini dia. OOooo.. lupa la pulak. Dulu pun dia memang penah sabit salah buat projek ngan budak pompuan bawah umur ni. Maknanya memang dah biasa la buat kerja ni.. Tak heran la.

Jam Pulak Dahh...

Dulu angkut tilam, la ni angkut jam pulak. Awat lekeh sgt ka polis Malaysia ni yang depa dok main teka teki macam ni. Tak leh ka nak cek DNA yg ada kat jam tu macam dok tgk dalam cerita CSI (Crime Scene Investigation) kat ASTRO tu?

Dalam pada tu, meninggal la pulak sorang lagi kat pejabat SPRM. Kali ni org Melayu, dulu org Cina. Yg Cina punya la lama nak siasat punca mati, tp Melayu mati terus di'declare' mati mengejut. Lps ni jgn la cuba amik/bagi rasuah. Nanti kena hukuman mati kalau ke Pejabat SPRM.

Tuesday, January 18, 2011

KE MANA HARTA KITA DIBELANJAKAN ?

tuan/puan... sila lah ziarah lama blog PASTI Kawasan Kubang Pasu di alamat

http://pastikubangpasu.blogspot.com/


macam-macam maklumat yang boleh diperolehi di sana mengenai pendidikan islam pra sekolah. Bagi yang dianugerahkan oleh Allah rezeki yang lebih dan ingin menderma, pihak Jabatan Pasti Kawasan Kubang Pasu amat berbesar hati untuk menerima sumbangan dari tuan/puan. Ini adalah sumbangan bagi meneruskan kesinambungan penerapan nilai-nilai Islam dalam diri anak kecil yang akan membesar sebagai pemimpin di masa hadapan.

tuan/puan bolehlan mem'bank-in'kan sumbangan tuan/puan ke

akaun Pasti Kawasan Kubang Pasu
BIMB - 02-039-01-005504-3

Individu yang banyak bekorban bagi memastikan anak bangsa kita diterapkan dengan nilai-nilai Islam yang suci adalah guru-guru PASTI. Atas alasan itulah, sumbangan yang tuan/puan hulurkan ini akan kami gunakan bagi mengurangkan beban guru-guru pasti Kawasan Kubang Pasu yang puratanya menerima elaun (guru PASTI tidak menerima gaji) hanya RM200 sebulan. Bayangkanlah di zaman yang serba harga Barang Naik ini, bagaimana mereka boleh meneruskan kehidupan dengan begitu rendah pendapatan bulanan berbanding cabaran untuk menjaga berpuluh anak murid. Jika tidak kerana bekerja untuk menegakkan kalimah Allah, sudah tentu ramai yang telah 'gugur'.

Sumbangan yang dihulurkan akan digunakan bagi

  • meningkatkan infrasturktur kemudahan PASTI bagi keselesaan anak-anak menimba ilmu,
  • sebagai yuran guru menghadiri kursus perguruan,
  • pembiayaan melaksanakan aktiviti tahunan (sukan, ujibakat, ihtifal dsb)
  • imbuhan (bonus) guru pada hujung tahun
  • dan sebagainya

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan/puan yang sudi menghulurkan sumbangan sama ada secara 'one-off' atau secara bulanan. Semoga Allah merahmati hidup tuan/puan dan dilimpahkan lagi rezeki yang berkat yang berlipat kali ganda.

JAZAKALLAHU KHAIRAN KASIRO