Tuesday, December 29, 2009

SUMBER INSPIRASI DAN PENGUAT SEMANGAT

Kini kita sudah melangkah ke tahun baru iaitu tahun 1431. Namun bagaikan tidak semua dari kita sedar akan penghijrahan kita dari 1430 ke 1431 kerana tidak dilakukan sambutan besar-besaran sepertimana kebiasaan kita menyambut tahun baru Masehi yang akan tiba tidak lama lagi. Tapi, itu bukan persoalan di sini.

Apa yang nak di'highlight' di sini adalah bagaimana pengorbanan Rasulullah sepanjang penyampaian risalah tauhid baginda, bermula dari 'perjumpaan' pertama baginda bersama Jibril a.s hinggalah wafatnya baginda disokong dan dodokong oleh isteri tercinta Sayyidatina Khadijah r.a.

Pada peristiwa baginda didatangi malaikat Jibril a.s. untuk menyampaikan wahyu pertama iaitu Surah Al-Alaq ayat 1 hinga 5. Dipendekkan cerita, bila pulang ke rumah baginda terketar-ketar dan wajahnya menjadi pucat. Disaksikan oleh Sayyidatina Khadijah a.s. Lantas terus dibawanya selimut untuk menyelimuti Rasulullah sambil ditenangkannya baginda.

Banyak lagi contoh-contoh perjuangan Rasulullah yang diberikan sokongan lantas menjadikan baginda Rasulullah begitu bersemangat untuk menyebarkan dakwah risalah tauhid kepada semua golongan lelaki dan wanita, miskin dan kaya, penguasa dan juga hamba, hatta kepada ketua-ketua dan pembesar negara, raja-raja, semuanya dihadapi baginda dengan tenang dan bersemangat kerana baginda ada pemberi inspirasi dan motivasi iaitu seorang isteri yang memahami tugas dan amanah kerja suaminya.

Barangkali tidak menjadi suatu yang mustahil, baginda Rasulullah pernah menjadi kegilaan wanita di zaman itu, disebab tampannya baginda, kuatnya pengaruh baginda, juga mungkin disebabkan ingin menjadi isteri kepada seorang rasul dan pesuruh Allah yang sangat mulia. Tetapi itu bukan matlamat baginda Rasulullah. Dan situasi ini difahami oleh isterinya yang sungguh sayang kepadanya. Maka, itulah bukti cintanya dan percayanya kepada suaminya. Walau apa serangan dikenakan kepada suaminya, walau apa tohmahan diberikan kepada suaminya, namun atas cinta dan percaya kepada kesetiaan suaminya itu, dialah yang menjadi pemberi semangat bagi suaminya meneruskan perjuangan di medan dakwah yang sudah pasti tidak mendapat upah sesen pun di dunia ini. Ganjaran di sisi Allah sudah pasti menanti.

Wahai para isteri kepada penggerak gerakan islam walau di mana anda berada. Berilah sokongan kepada petugas-petugas Allah ini. Yang kerjanya tidak mengenal waktu, yang kerjanya tidak mendapat upah bahkan menuntut pengorbanan untuk mengeluarkan duit poketnya sendiri bagi memastikan agama Allah disebar luaskan di muka bumi ini.

Tidakkah kamu melihat apa yang telah dan sedang berlaku di Palestin, bumi ambiya? Bagaimana mereka bersungguh-sungguh memperjuangkan agama Allah? Bagaimana tentera Hamas masih dapat mempertahankan bumi Isra' wal mi'raj yang menyaksikan perjalanan Rasulullah naik ke langit. Adakah kalian ingat mereka muncul begitu sahaja tanpa melalui proses tarbiyah, tanpa pengorbanan masa bersama anak dan isteri, harta bahkan jiwa mereka ke jalan Allah? Adakah kalian ingat mudah untuk mencapai ketinggian maqam seorang yang diberi pangkat SYAHID? Memang mudah untuk mati bersama bom yang diikat di badan. Tapi mudahkan untuk mendapat SYAHID?

"Dan jangan sekali-kali kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Alloh itu mati, sebenarnya mereka itu hidup di sisi Tuhannya mendapat rezeki. Mereka bergembira dengan karunia yang diberikan Allah kepadanya, dan bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka bahwa tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati. Mereka bergirang hati dengan nikmat dan karunia dari Alloh. Dan sungguh, Alloh tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang beriman." (QS. Ali Imran (3) : 168-171

Rasulullah SAW juga bersabda :

"Berdiri satu jam di jalan Allah adalah lebih baik daripada berdiri shalat pada malam lailatul qadar di samping Hajar Aswad." (HR. Ibnu Hibban, Al Baihaqi, dan yang lain)

"Dzarwatus sanam (puncak tertinggi) Islam adalah jihad, tidak akan dapat mencapainya kecuali orang-orang yang paling utama di antara mereka." (HR. Ath Thabrani)

Sunday, November 8, 2009

TIADA PENGGANTI MU

Kisah di dalam majalah Mastika suatu ketika yang menceritakan perihal

"PILOT memeluk ISLAM bila melihat awan memayungi jenazah seorang ulama"

siapakah ulama yang dimaksudkan itu?

Sunday, November 1, 2009

Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi


GAMBAR menunjukkan ayat al-Quran muncul pada kulit Ali.


ALI



MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.

Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.

Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.

Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".

Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.

Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi




SEBAHAGIAN ayat al-Quran pada kulit Ali.


Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.


MADINA mendukung anaknya, Ali.


Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.

Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.


SEPOTONG ayat al-Quran pada peha Ali.


Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.

"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev

Monday, October 26, 2009

ANTARA LEMBU DAN MANUSIA, SAPA PANDAI BACA ?

Kita suka kata "bodoh macam lembu". Betul ka lembu tu bodoh? Sama2 la kita saksikan gambar kat bawah ni, muhasabah lah diri kita sendiri.


Tak faham ke apa yg ditulis tulisan pada papan tanda tu?




boleh ka lembu nak faham amaran ni?

*gambar2 diambil dari http://roslan2u.blogspot.com/ mohon kebenaran ye ustz.Roslan. Jazakallah

Sunday, October 25, 2009

PINTU KAABAH DALAM VIDEO GAMES "DEVIL MAY CRY 3" ?

celaka lah kaum kuffar!!! semoga Allah berikan pengajaran kepada mereka sekeras-kerasnya.. mereka telah samakan pintu Kaabah Baitullah as-Syarif dengan pintu istana syaitan. Mungkin kita tidak peka dengan apa yang berlaku ini kerana kita bukan kaki video games. Tapi bagaimanakah dengan anak2 kita? Pernahkan mereka bermain video games ini? Adakah mereka sedar akan penghinaan kepada Baitullah ini?

Cuba lah lihat video di bawah. Petikan dari video games bertajuk "DEVIL MAY CRY 3 (TAHUN 2006). Ya, mungkin ini kisah lama. Namu di mana sensiviti umat agong ini? Mengapa tiada yang bangun membantah dan menyelar perbuatan hina dan keji ini. Di manakah mereka yang sangat lantang mengatakan "Kami cintakan Islam", "Allah itu matlamat kami", sehinggakan rumah Allah dihina sebegitu rupa, tiada siapa yang bangkit menentang.

Celaka lah kamu kaum kuffar !!! Hanya neraka tempat terbaik bagi kalian.

Wednesday, October 21, 2009

HUKUM MENGUCAP SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI

Soalan :

Apakah hukum mengucapkan Happy Deepavali kepada penganut agama Hindu dan menghadiri rumah terbuka perayaan berkenaan ?

TQ

Jawapan :

Laman islam-0nline memuatkan salah satu kenyataan al-Qaradhawi yang berbunyi :

ويقول في تهنئة اليهود والنصارى في أعيادهم :
هذه حقوق مشتركة، فإذا كان الكتابي يأتي ويهنئك ويعيد عليك في عيدك ويشارك في أتراحك ومصيبتك فيعزيك بها، فما المانع من أن تهنئه بعيده وفي أفراحه وتعزيته في مصيبته؟ الله سبحانه يقول: “وإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا” (النساء: 86)، وهذا لا يعني أن نحتفل معهم، إنما نهنئ فقط، وهذا من البر والقسط الذي جاء به هذا الدين

Maksudnya lebih kurang : Dan dia (al-Qaradhawi) berkata tentang mengucap tahniah kepada perayaan Yahudi dan Kristian : “Ini (ucap tahniah) termasuk dari hak-hak bersama. Jika seorang ahli kitab datang dan mengucapkan tahniah kepada kamu dengan perayaan kamu, dan dia berkongsi kedukaan dan musibah kamu, dan dia mengucapkan ta’ziah kepada kamu dengan kedukaan dan musibah tersebut. Maka apakah pula yang melarang kamu dari memberi tahniah dengan perayaannya dan dalam kegembiraannya dan kamu ucap takziah dalam musibah yang menimpanya. Allah berfirman : “Apabila kamu dihormati dengan satu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa.” (al-Nisak : 86). Ini tidaklah bermakna kita menyambut perayaan mereka bersama mereka. Sebaliknya kita hanya mengucapkan tahniah sahaja. Inilah daripada kebaikan dan keadilan yang datang bersama agama ini (Islam).”

Berdasarkan kenyataan ini, yang hanya dibenarkan adalah ucap tahniah dengan perayaan. Adapun menyambut bersama ia tetap terlarang. Maka kita tidak menghadiri rumah terbuka mereka, kerana itu termasuk sebahagian daripada merayakan perayaan mereka.

Sila lanjutkan bacaan di sini : Kongsi Raya : Bukan Amalan Islam6

Wallahu a’lam. Abdul Kadir


sumber : http://soaljawab.wordpress.com/2007/04/11/hukum-ucapan-deepavali/

Tuesday, October 13, 2009

SUATU PERINGATAN YANG MUNGKIN KITA TAK FAHAM

suatu mesej yang ingin disampaikan. Namun, apakah kita faham erti atau makna mesej itu? Ini lah dia mesej yang Allah berikan kepada umat manusia melalui kejadian alam yang telah berlaku di Moscow semalam.


setelah apa yang Allah beri mesej kepada penduduk Sydney beberapa hari yang lalu melalui kejadian lengit merah. Bukan kah ini antara petanda2 akhir zaman?

SUATU TEGURAN DARI ALLAH KEPADA DIRI KU DAN RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN

pagi ni baru dapat email dari seorang sahabat. Dia pun cedok suatu cerita iaitu dari laman (www.genta-rasa. com). Bagus juga kandungan email ni. Menginsafkan diri yang mengaku sebgai jundullah (tentera Allah) yang membaca. Sama2 la kita bermuhasabah diri. Selamat membaca.

Dalam buku Misteri Solat Subuh karangan Dr. Raghib As Sirjani menukilkan, "pernah salah seorang penguasa Yahudi menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali satu hal berlaku yakni bila jumlah jemaah solat Subuh menyamai jumlah jemaah solat Jumaat."

Atas dasar apa dia berkata demikian, tidak pula dinyatakan secara pasti. Namun jika kita sendiri melihat situasi ini lebih dekat, ada logik dan kebenarannya.
Pada tahun 80'an, sewaktu masih menuntut di universiti, terjadi satu tragedi besar dalam dunia Islam. Tentera Soviet Union (yang belum berpecah seperti sekarang) telah menyerang Afghanistan. Pada ketika itu Nur Muhammad Taraki, Babrak Karmal (seingat saya) dan lain-lain tali barut komunis telah menjadi musuh yang "menjemput" tentera Rusia menjajah Tanah Air mereka sendiri. Pelajar-pelajar Islam di universiti tempatan ketika itu telah bangun melancarkan demonstrasi.

Saya masih ingat bagaimana ucapan berapi-api daripada para pemimpin pelajar ketika itu telah membakar emosi dan menimbulkan rasa marah yang amat sangat kepada Komunis Rusia. Bendera Soviet, patung Breznev dan Babrak Karmal telah dibakar. Ucapan yang berapi-api telah disambut oleh jeritan, "Allah hu Akbar! Allah hu Akbar!" telah bergegar di padang tempat kami melakukan tunjuk perasaan.

Rasa-rasanya, kalau dilihat pada semangat yang memuncak, bagaikan semua telah bersedia untuk dihantar ke Afghanistan untuk membantu Mujahidin (waktu itu belum ada Taliban) bagi melancarkan jihad. Bilangan pelajar Islam yang berdemonstrasi saya rasa hampir mencecah ribuan orang.

Keesokan harinya, sewaktu solat Subuh di surau kolej kediaman, saya dapati hanya beberapa kerat pelajar yang datang untuk solat berjemaah. Sangat minoriti, tidak sampai satu saf pun. Ke mana perginya mereka yang bersemangat berapi-api semalam? Tidak ada laungan Allah hu Akbar lagi sekalipun untuk sekadar bertakbiratul Ihram. Dan paling aneh, para pemimpin pelajar yang hebat berpidato itu pun tidak muncul-muncul.

Cuba fikirkan mengapa terjadi demikian? Akan gerunkah musuh Islam kepada umat yang tidak solat Subuh berjemaah ataupun tidak bangun Subuh langsung? Pada hal demonstrasi hakiki yang benar-benar menggerunkan musuh (berdasarkan pengakuan pendeta Yahudi sendiri) ialah solat Subuh secara berjemaah yang dilakukan oleh majoriti umat Islam.

Tidak salah membakar bendera negara yang menzalimi umat Islam, tetapi alangkah baiknya jika kita terlebih dahulu "membakar" selimut syaitan yang menghalang kita bangun untuk solat Subuh berjemaah? Tidak salah bertempik dan bertakbir bagi menunjukkan kemarahan kita terhadap musuh Islam, tetapi alangkah baiknya jika suara itu digunakan juga untuk bertabiratul Ihram dalam solat Subuh secara berjemaah?

Hemm, mampukah orang yang "liat" bangun Subuh berjemaah demi cintanya kepada Allah berangkat ke medan jihad untuk memerangi musuh Allah??

Ada tokoh yang hebat yang begitu menarik kata dan ucapannya tentang Islam… begitu indah, bersemangat dan menyentuh. Tetapi apakah ertinya jika dia melazimi tidak hadir ke masjid untuk berjemaah Subuh? Atau figur ekonomi Islam yang berjaya membentang segala perancangan dan strategi muamalat Islam tetapi liat melangkah kaki menyertai solat Subuh berjemaah. Atau seorang yang begitu menonjol sekali dalam melahirkan produk-produk serta perkhidmatan Islam, tetapi hanya "kadang-kadang" dan "jarang-jarang" menyertai solat berjemaah Isyak dan Subuh!

Marilah kita renungi dua hadis ini sebagai renungan:

1. Rasulullah saw telah bersabda:
"Barangsiapa yang solat Isyak berjemaah maka seakan-akan dia telah solat separuh malam. Dan barang siapa solat Subuh berjemaah (atau dengan solat Isyak seperti yang tertera dalam hadis Abu Daud dan Tirmizi) maka seakan-akan dia telah melaksanakan solat malam semalam penuh." (HR Muslim).

2. Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya dua solat ini (Subuh dan Isyak) adalah solat yang berat bagi orang munafik. Sesungguhnya, apabila mereka mengetahui apa yang ada dalam solat Subuh dan Isyak, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak." (HR Ahmad dan An Nasai')

RAYA SAKAN...

raya sakan la depa tu.. maklum la. dah dok kena tibai je memanjang dalam PRK selama ni. dah menang kali ni, menang besaq pulak tu. seronok tak terkata la.. sampai ulasan kat TV tu tak abis2 lagi dah dua hari dah.. hehe. Kalau PR yang menang, xdak pun ulasan ttg pilihanraya tu walaupun pada malam selepas keputusan diumumkan.

walaubagaimanapun, kemenangan dengan peperangan sebenar (tanpa penipuan, rahsuah, pengundi hantu, pos (yang diragukan)) adalah lebih kenikmatannya daripada kemenangan dengan cara penyelewengan.

mana nak sama sambut raya bagi orang yang puasa penuh, siap dengan qiamullail dengan orang yang puasa tapi tak jaga adab2 puasa, pastu solat sunat pun xbuat. Nikmat sambut hari raya takkan sama walaupun dari segi fizikalnya nampak sama.

Monday, October 12, 2009

KEPUTUSAN PRK BAGAN PINANG


Tahniah kepada yang menang. Ingat ini amanah Allah bg, gunakanlah sebaik-baiknya. Jgn dok syok sangat. Kadang2 amanah mcm ni sebagai ujian ketaatan dan ketaqwaan kita kepada Allah.

Dan kepada yang kalah. Ini semua keputusan dari Allah. Ada sesuatu disebalik setiap kejadian. Muhasabahlah.

kredit: keputusan ini diambil dari http://kedahlanie.blogspot.com/2009/10/bagan-pinang-keputusan-penuh.html

Thursday, October 8, 2009

DEMI MASA...

MasyaAllah. Masa yg Allah bg ni macam tak cukup. Serabut dengan macam2 yang nak kena buat. Nak update blog ni pun rasa macam tak dan saja. Tapi menggagahi diri bagi dan jugak utk karang sepatah dua perkara.

Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya


Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api".

(H.R.Termizi )

Memang benarlah apa yang disabdakan oleh Baginda.
"maka, atas nikmat Allah yang manakah yang kamu ingin dustakan...?" Surah Ar-Rahman

Friday, September 25, 2009

YANG MANA LEBIH DITAKUTI ?

Antara dua ancaman nyawa manusia yang sedang hangat diperkatakan ini, yang mana lebih ditakuti oleh rakyat Malaysia ?

H1N1

Sehingga kini di Malaysia sahaja, sekurang-kurangnya 56 orang dilaporkan telah meninggal dunia akibat jangkitan sejenis wabak alaf baru iaitu H1N1 yang amat digeruni. Bilangan ini telah meningkat dari hari ke sehari sejak beberapa bulan yang lalu.

Namun, pelbagai persiapan telah dilakukan dari peringkat kerajaan mahupun individu. Antaranya adalah seperti memakai topeng penutup mulut dan hidung, penjagaan kebersihan yang lebih dari biasa seperti membasuh tangan selepas berurusan di tempat awam, menghindari diri dan anak2 dari bersesakan di tempat awam yang ramai orang dan sebagainya.



Kemalangan Jalanraya

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh PDRM, dalam masa beberapa hari sahaja bermula 13 September (sehingga Ops Sikap hari ke 12) bilangan kematian akibat kemalangan jalanraya telah mencecah 120 orang.

Bilangan kemalangan 1,140 kes.

Namun, dengan bilangan kes yang lebih tinggi berbanding kematian H1N1 dan tempoh peningkatan kes dalam kemalangan jalan raya yang hanya beberapa hari itu, mengapakah nampaknya rakyat kita lebih takutkan H1N1 berbanding kematian di jalanraya?

Apakah rakyat kita telah melakukan persiapan untuk perjalanan yang selamat sepertimana mereka bersiap menghadapi H1N1?

Sama2 la kita fikirkan ye..

Thursday, September 24, 2009

BAGAI KETAM MENGAJAR ANAK BERJALAN LURUS

Bagaikan ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Itu lah yang dapt kita katakan terhadap kerajaan Malaysia. Kenapa?


Ketam ni tgh ngajar anaknya kawad kot depan. Dia kata; "Jalan betoi2, jgn jalan senget naaa..."

Anak2 muda Malaysia sdg bergumbira sambut merdeka tahun 2008 sambil latarbelakang pertunjukan bunga api yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia.



Pertandingan Bunga api antarabangsa Malaysia (MIFC) juga turut diadakan diMalaysia. Memperlihatkan kemakmuran, keharmonian dan keceriaan rakyat negara Malaysia.



Pertunjukan bunga api sempena citrawarna Malaysia. Wahh.. meriah sungguh



Anak2 main bunga api.. Boleh ka kita sebagai rakyat main bunga api ?



Polis merampas bekalan bunga api dan mercun yang dibawa masuk atas permintaan rakyat Malaysia untuk menyambut hari perayaan sebagai menunjukkan keseronokan perasaan



Natijah atau kesan bermain mercun yang merbahaya. Kesan dirasa seumur hidup.

ULASAN:

Bermain bunga api merupakan salah satu cara untuk menusia memperlihatkan perasaan mereka yang gembira dan ceria. Permainan ini tidak terbatas kepada sesuatu bangsa atau negara sahaja. Seluruh dunia mengakuinya.

Kerajaan Malaysia juga ingin menunjukkan keharmonian dan kegembiraan negara dengan mengadakan pertunjukan bunga api semasa sambutan Hari Kebangsaaan dan juga pada sambutan Citrawarna Malaysia sebagai tarikan kepada pelancong untuk datang melancong di Malaysia.

Begitulah juga kita sebagai rakyat jelata. Ingin memperlihatkan perasaan kita yang gembira menyambut Hari Lebaran hanya setahun sekali. Namun malangnya, kita dilarang dari bermain bunga api, alasannya merbahaya.

Sepatutnya kalau kerajaan tak bagi rakyat main bunga api, kerajaan pun jgn la buat pertunjukan bunga api semasa sambutan Kemerdekaan atau apa2 sambutan. Bagi adil la.

kita boleh buat perumpamaan mcm ni:
Bapak makan kuih raya sebagai menyambut hari raya. Katanya sedap... hingga menjilat siku.
Tapi bapak tak bagi kita makan kuih raya, katanya nanti kena kencing manis.
Aik.. dia makan tak pa, kita makan pulak tak boleh. Adil ka bapak macam ni?

1Malaysia
Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Kata pepatah Melayu Nabil.."Lu pikir la sendiri..."

Wednesday, September 16, 2009

MANUSIA SEKARANG SUDAH BERPELUANG JD KELUANGMAN

Nak rasa mcm mana pengalaman burung terbang? atau kelawar atau keluangman terbang? Sekarang kita sudah mempunyai peluang itu...

ALHAMDULILLAH.. Rupa-rupaya dia tak naik ke langit dgn Ayah Pin

SHAH ALAM 16 Sept . - Selepas tiga tahun menghilangkan diri, Abdul Kahar Ahmad yang mendakwa dirinya sebagai rasul Melayu dan menghadapi tuduhan menghina Islam serta menyebarkan ajaran sesat akhirnya berjaya ditangkap dan dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.

Abdul Kahar akan ditahan di Penjara Sungai Buloh sehingga perbicaraan pada Oktober ini selepas Hakim Syarie, Abu Zaki Mohammad memerintahkan waran tahanan dikenakan terhadapnya selepas tertuduh gagal hadir ke mahkamah sejak Jun 2006.

Dia yang ditahan ketika sedang berkemas untuk berpindah pada pagi ini memberi alasan menerima ugutan bunuh serta wujud cubaan membunuhnya sebagai sebab tidak hadir serta mahu dibebaskan dengan jaminan.

Kes Abdul Kahar akan disebut semula pada 24 September ini untuk membolehkan waran tahanannya diperbaharui. - Utusan.


sumber http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0916&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_16.htm

Tuesday, September 15, 2009

TUN LAGI...

Sekarang ni sibuk isu Tun Mahathir di cerca oleh MIC. Disebabkan oleh kelancangan dan keberaian Tun komen tentang Sammy Vellu. Habis semua pemimpin UMNO melatah, kata macam2 kat MIC. Dah berita hari ni mengatakan bahawa MIC menggantung perwakilan yang mencerca Tun (sebab depa kata nak bagi kalungan selipar kat Tun, selalunya org India bg kalungan bunga kalalu depa suka).

Puak2 UMNO ni mmg betul la.. Betul la apa yang Tun kata dulu. Melayu mudah lupa. Puak UMNO ni depa dah lupa yang satu masa dulu depa la yangtiap2 hati keluarkan statement mengatakan Tun ni xleh pakai dah.. tun dah nyanyuk. Sampai ada setengah negeri mengharamkan Tun dari memasuki negeri depa tu..

La ni bila MIC pulak cerca Tun, depa kata la yang MIC ni tak kenang jasa pemimpin dulu la.. happa la.. Ni la wajah UMNO yang tak dak pendirian. Hanya sokong orang kalau org tu bawakkeuntungan kat depa. Dulu Tun keluar dari UMNO (sehingga Pak Lah turun). Masa tu Tun dihina macam anjing kurap, sedangkan Tun dan memerintah negara malaysia ni tak kurang dari 22tahun. Sapa yang hina? Bukan MIC, bukan MCA, bukan Gerakan. Tapi puak2 UMNO la.. Tambah2 lagi si KJ tu.

Bak kata pepatah Melayu Nabil, "Lu pikir la sendiri..."

Sunday, September 13, 2009

BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN KEPADA KAKITANGAN AWAM DALAM KUMPULAN SOKONGAN

By : DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
Venue : PUTRAJAYA
Date : 09/09/2009
Title : BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN KEPADA KAKITANGAN AWAM DALAM KUMPULAN SOKONGAN



1. Kerajaan telah bersetuju untuk membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak lima ratus (RM500) ringgit kepada kakitangan awam dalam Kumpulan Sokongan. Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dalam Kumpulan ini terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan juga persediaan persekolahan pada hujung tahun ini. Bayaran khas kewangan ini akan dibuat dua kali iaitu RM250.00 sebelum hari raya Aidilfitri dan bakinya pada bulan Disember 2009.
2. Bayaran Bantuan Khas Kewangan ini akan memanfaatkan seramai 860,000 orang kakitangan awam dalam Kumpulan Sokongan. Implikasi kewangan kepada Kerajaan bagi bayaran ini adalah sebanyak RM430 juta.


*kenyataan akhbar yg dipetik dari http://www.pmo.gov.my/?menu=news&page=1729&news_id=476&news_cat=4


Komen.
Ramai dikalangan Kumpulan Profesional yg menyatakan ketidakpuasan hati mereka.

kenapa hanya kumpulan sokongan sahaja yg diberi bantuan khas kewangan ini?

adakah hanya golongan ini sahaja yang nak beraya?

kalau diumumkan "bantuan khas kewangan kepada rakyat marhain, pak-pak menteri tak
dapat" saya rasa ramai yg bersetuju sebab gaji pak menteri saja dah berapa ribu. Tak termasuk lagi elaun2 dan claim2 yang lain

Dapat diumpamakan seorang bapak, hanya bagi duit raya kepada sorang anak saja sdgkan dia ada 4 org anak kembar. Cuma anak yang dapat bantuan ni dikatakan malu nak menziarah saudara dan kawan2, so duit raya dia dapat la sikit. Yang lain pandai2 hang pa la nak cari duit raya kat mana sebabnya hang pa 3 orang ni pandai cari duit..

Terima kasih kerajaan Malaysia..
1Malayis..
Kakitangan Sokongan Diutaman, Pencapaian Tak capai2 (pilihanraya 7-1)

TAK LAMA DAH NAK GRADUATE DARI UNIVERSITI RAMADHAN

Dalam menempuh Universiti Ramadhan (UR) pada tahun ini, banyak kuiz, ujian dan tugasan telah saya tempuhi. Ada yang lulus, ada yg atas urat dan malang sekali ada juga yang gagal. Bagi kertas yang gagal, kena la mengulang tahun depan. Tu pun kalau umur ni panjang la. Bagi yang dah lulus, kena ambil buat ulangkaji dan kalau boleh cuba dapatkan markah yang lebih tinggi dari markah yang dapat pd tahun ni.

Yang bestnya study kat UR ni, yuran free. Pastu pulak, kalau nak pi mana2 pun xdak masalah sebab cawangan dia ada di setiap pelusuk dunia. Tu yang syok tu. Kalau study kat universiti lain, bila time nak pi jalan2 ikut mak bapak ka, member2 ka, terpaksa la tuang kelas. Rugi.. ni syudy kat UR ni cukup senang.

Tugasan kumpulan kami xtau la dan habis ka xdan habis ni.. Tugasan ni kena habiskan bacaan al-Quran sebanyak 30 juzuk. Habis lewat kena siapkan sebelum 1 Syawal. La ni baru juzuk 21, nak kena pulun kuat sikit ni.

Ujian 1 mengenai godaan makan. Alhamdulillah, setakat ni lulus. Tahun ini pi bazar Ramadhan sekali je, tu pun sebab balik kerja lambat, xdan nak masak dah. Kalau pi Bazar Ramadhan ni semua student kena buat beberapa kuiz. Kuiz 1- godaan makanan (lauk pauk, kuih muih, air cincau, tebu, buah dsb) dan Kuiz 2 - godaan mata (baju xcukup kain, org pompuan pakai baju adik, org 'miskin' yg tudung kepala buat jd tudung meja dsb). Kuiz-kuiz ni nampak mcm senang, tapi yg tu la penyebab markah kurang tu.

Apa-apa pun, ada lagi baki beberapa hari utk terus berada di universiti percuma dan terbesar di dunia ni. Apa yang boleh kita buat hanyalah berdoa semoga sempat grad dan menghadiri Hari Konvokasyen pada 1 Syawal ini. Sambutanbesar-besaran di seluruh dinia. Yang lawaknya, geng2 yang tak lulus pun pakat2 sambut sekali. depa la yang paling awal sambut konvo... hehe.. lawak betul. Kesian la kat geng2 ni.. tu la org suruh buat Ujian betul2 xmau buat, kuiz pun kadang2 saja lulus. Tugasan lagi la xbuat langsung. Pastu konvo nak sambut pulak.. hehehe.. ikut suka la labu...

Ya Allah Yang Maha Pemurah lagi Mengasihi hamba MU, aku menadah tanganku ini Ya Allah semoga Engkau lanjutkan usia kami utk masuk semula study di UR ini pada tahun2 akan datang. Jadikanlah kami dan zuriat kami dari golongan yang tidak lalai dalam mengingati-Mu dan hanya berserah diri kepada-Mu. Amin ya Rabbal 'aalamin

Wednesday, September 9, 2009

PUASA SI MISKIN

Pagi td, ada sahabat bg email. Tgk tajuk dia, "Puasa si miskin". Tak tau la cerita ni kisah benar ke tidak. Tapi realitinya memang ada kehidupan orang macam ni. Cerita dia punya la menyentuh hati. Sapa baca dan tak nangis tak tau la.. ada something wrong la hati dia tu...

Selamat membaca. Moga-moga anda juga mengalirkan air mata keinsafan.

Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:


"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.

"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."

"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga."
Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."

"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."

"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."

"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..."
Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".

"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".


Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.


"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."


Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata


"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."

Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."


Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

- Terima kasih kepada penulis danpengirim email ini. -

GAMBAR SERAM...

Tengok dan perhatikan gambar ni betul2 ...




"pulangkan kepala aku..."




Sapa la bawak kepala dia mai letak atas jalan raya ni... tak bertamadun betul.

Monday, September 7, 2009

KEMPEN MAKANAN PERCUMA DAN PENUH BERKHASIAT UNTUK BAYI

Setiap kali datangnya Ramadhan timbul kegundahan bagi ibu-ibu yang menyusui anaknya tentang boleh tidaknya untuk meneruskan penyusuan di dalam bulan Ramadhan. Ramai yang tertanya-tanya apakah kesan penyusuan susu ibu jika diteruskan jua amalan berpuasa. Saya berbesar hati untuk berkongsi maklumat kajian yang dibuat di Iran bertajuk "Impact of Maternal Ramadan Fasting on Growth Parameters in Exclusively Breast-fed Infants" yang telah diterbitkan di IRANIAN JOURNAL OF PEDIATRICS DECEMBER 2007; 17(4):345-352. dan diterbitkan sekali lagi di IRANIAN JOURNAL OF ENDOCRINOLOGY AND METABOLISM (IJEM) JULY 2008; 10(2 (SN 38)):155-161.



Berikut adalah terbitan penuh artikel yang diterbitkan ini, http://www.sid.ir/En/VEWSSID/J_pdf/92320070404.pdf

Berdasarkan kajian ini, kesimpulannya, berpuasa di bulan Ramadhan tidak membawa kemudharatan terhadap perkembangan bayi yang disusukan. Walau bagaimanapun, di dalam Islam memang digariskan kelonggaran buat ibu-ibu yang menyusu dan mengandung untuk berbuka puasa jika mereka mengalami masalah semasa mengerjakan ibadah puasa. Oleh itu, ikutlah panduan yang diberikan oleh Junjungan kita iaitu, bersahurlah di lewat waktu dan segera berbuka apabila tiba masanya. Semoga Ramadhan kali ini dilalui oleh semua warga SusuIbu.com dengan penuh keberkatan!

Susu ibu bukan sahaja memberi kesan yang baik terhadap tubuh badan si ibu, malah ia juga merupakan antara ibadah kepada Allah yang paling mudah untuk dilakukan dan juga mempunyai ganjaran yang cukup besar di sisi Allah. Mengapa kita lepaskan peluang ini? Satu peluang ibadah yang tak dapat dinikmati oleh kaum lelaki. :D

Untuk bacaan dan rujukan mengenai susuan ibu dengan lebih interaktif, anda disarankan ke laman web berikut yang dikenali sebagai laman SusuIbu.Com

Sunday, September 6, 2009

ANTARA DUA JENIS TAKUT...

Kat sini ditayangkan dua jenis takut di dalam dunia. Cuba perhatikan dan ambil iktibar.
Tapi gambar pertama tu jangan perati lama sangat...


TAKUT KAT VIRUS H1N1




TAKUT AKAN AMARAN ALLAH KEPADA MEREKA YANG ENGKAR

rupa-rupanya, ini budaya kita bila orang ajak berbincang







bak kata pepatah melayu Nabil, "lu pikir la sendiri..."

Tuesday, September 1, 2009

SUMBER DARAH DAGING KITA... FIKIR DAN HADAM

Mungkin ada dalam kalangan saudara yang bertanya, ini semua adalah gimik perniagaan dengan bertujuan untuk menjual produk barangan HPA. Saya katakan tidak sama sekali. Persoalannya adalah, pernahkah saudara terfikir makanan yang diberikan kepada ayam yang diternak hari ini? Dengan kata lain, makanan atau dedak ayam yang diberi kepada ayam ternakan. Pernahkah saudara menganalisis dan mengenal pasti bahan-bahan yang dicampurkan ketika membuat proses makanan ayam? Pernahkah saudara mengambil sampel DNA ayam ternakan hari ini? Adakah ia tidak bercampur dengan DNA babi. .

Bukanlah niat saya untuk menjejaskan industri ternakan ayam, tetapi marilah kita berkongsi sedikit maklumat dan kebenaran mengenai isu ayam ini. Pada hari ini, terdapat satu bahan yang dikenali sebagai Dicalcium phosphate telah dicampur ke dalam proses membuat makanan ayam. Kenyataan ini telah diperjelas dan suarakan oleh pihak JAKIM dan CAP. Apakah itu Dicalcium phosphate? Ia adalah satu bahan yang diperbuat dari serbuk tulang-tulang binatang. Persoalannya dari tulang binatang manakah yang diambil? Berdasarkan kajian, kebanyakkan DCP yang terkandung dalam makanan hari ini dipercayai diperoleh daripada tulang babi yang telah disiap proses menjadi serbuk. Bahkan dengan mencampurkan DCP ke dalam makanan ayam hari ini, ia didakwa mampu membesarkan ayam dengan lebih cepat dan gemuk.

Yang kita soalkan disini adalah kehalalan. Pembeli utama ayam dipasaran hari ini adalah umat Islam. Ya, mungkin ada dalam kalangan kita menyatakan, ayam itu halal kerana disembelih mengikut cara Islam dan dijual oleh orang Islam. Yang kita tegaskan disini ialah makanan yang dimakan oleh ayam itu sekaligus akan menjadi sebahagian daripada DNA ayam itu sendiri bukanlah kaedah sembelihannya atau dibeli daripada orang Islam.

Maka, Alhamdulillah HPA mengambil tanggungjawab ini dengan menyediakan bekalan ayam organik yang diternaknya sendiri dengan berteraskan makanan herba, diantara makanan yang dijadikan sebagai makanan ayam ialah habbatus sauda, jagung, ubi dan bijirin. Manakala vaksin ayam itu pula ialah dengan menggunakan daun mambu. Pada hari ini saja, ayam yang diternak oleh HPA mampu menanggung keperluan selama setahun. Subhanallah.

sumber : http://jamalmajlis.blogspot.com/

rujuk juga : http://isuhangat.blogspot.com/search?q=ayam+daging&submit.x=0&submit.y=0

SUATU YANG SUDAH PASTI. KENAPA KITA SANGGUP BIARKAN DARAH DAGING KITA DIBINA DARI SUMBER HARAM?

Monday, August 31, 2009

SEBAT DUNIA DAN SEBAT ISLAM


Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing.

Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Apabila asasnya adalah nas, maka ia adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ia berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya.

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ia memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan.

Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam.

Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.

Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – sama ada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk Aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!

DALAM ISLAM, SEMUA MANUSIA SAMA. BEZA HANYA TAQWA BG ALLAH

Pada tahun 2008, seorang Permaisuri Arab Saudi bernama Permaisuri Lulwa telah kembali ke rahmatullah dan di sembahyangkan di Masjidil Haram. Yang kagumnya bila melihat masyarakat Arab Saudi ni menguruskan jenazah tersebut. Kelihatan tak ada beza antara jenazah permaisuri tersebut dengan jenazah org lain, kerana pada waktu tersebut terdapat 2 lagi jenazah yang disembahyangkan bersama.

Tidak ada upacara berasingan. Semasa diumumkan utk solat jenazah, tidak pula disebutkan kepada jemaah bahawa akan dilakukan solat jenazah bg seorang permaisuri. Yang disebut hanyalah "Assolatu 'alal amwati yarhamu kumullah". Maksudnya "solat utk org2 mati semoga dirahmati Allah".

Dan dapat dilihat, jenazah diusung tanpa keranda emas atau sesuatu yang membezakan dengan orang awam. Kalau di Malaysia, mesti buat kat Balai rong seri, pastu buka pula utk tatapan org ramai. Pendek kata hidup istimewa sejak dalam buaian hingga liang lahad.

Allah Swt bersabda yang antara lain maksudnya;
"Sesungguhnya paling mulia dikalangan kamu disisi Allah adalah yang lebih bertakwa"

Sesuatu yang kita perlu fikirkan bersama.

Sunday, August 30, 2009

1 malaysia: Orang Islam dibela di dalam Gereja?

"Ustaz, boleh tak sampaikan sedikit kuliah dalam 10 minit pada saudara-saudara kita di sini" minta kak Liza.

Mmm, eee, kita taaruf dahululah ye, Nama saya…..

Inilah pertama kali dalam hidup saya, sejak bergelar ustaz, tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan.

Hari ini 23 Jun jam 12.30 tengah hari, saya bersama pesakit HIV positif. Pada hal ketika ini, penghuni semua sedang tidur, berehat setelah makan ubat. Tetapi mereka semua bangun kerana mendapat tahu seorang ustaz datang melawat mereka.

Saya tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan bukan kerana mereka pesakit HIV. Tetapi, tempat kami menyampaikan kuliah agama ini ialah di dalam sebuah gereja.

Tetapi inilah hakikatnya. Tempat perlindungan pesakit HIV bagi orang dewasa adalah di gereja. Orang bukan Islam yang menaungi mereka, dan sudah beberapa yang mati di sini.

Menurut Kak Liza, bagi pesakit HIV dewasa, tidak ada tempat perlindungan yang dibuat oleh orang Islam.

Majlis Agama Islam Selangor pernah bercadang untuk membuatnya, tetapi hingga sekarang belum menunjukkan apa-apa perkembangan.

Saya malu pada diri saya saat ini. Seolah-olah, saya diberi tahu,

"apa lah kamu orang Islam ni, cakap aje pandai, saudara seIslam yang sakit pun tidak dihiraukan".

Selesai taaruf, salah seorang dari mereka memberi tahu,

"Imam masjid sebelah selalu datang"

Hati saya menyapa:-

Kenapa tidak dibuat di masjid sahaja tempat perlindugan ini, bukannya tak ada tanah…"

"Pihak MAIS ada jugalah jengok kami, tapi jarang-jarang. Dalam sebulan sekali lah."

Hati saya menyapa:-

"Kena sampaikan ni, pada sahabat-sahabat dari MAIS. Kena buat sesuatu."

Saya masih kelu dan tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan. Tajuk apa yang saya nak sampaikan?

Tajuk Ukhuwah? Tajuk berkasih sayang sesama Islam? Tajuk "semua perkara ada hikmah"? Tajuk apa? Tajuk apa yang sesuai?

"Aduhai Tuhan.. kenapa aku di sini hari ini.." rintih hati saya atau lebih tepat:-

"Kenapa sekarang baru dapat tahu, kenapa tidak peka, kenapa tidak dari dulu lagi aku datang menjenguk sahabat-sahabat seIslam di sini.."

Akhirnya saya menyampaikan sedikit tazkirah, tak sampai dua minit. Saya hanya membicarakan mengenai kasih sayang Allah pada manusia. Semakin banyak saya berkata, semakin banyak hati saya berkata:-

"Ah… pandai cakap aje, apa yang kamu buat hah…"

Tazkirah di akhiri dengan sedikit ucapan dari kak Liza.

Majlis berakhir dengan bersalaman. Salah seorang penghuni, dengan suara yang rendah, berkata pada saya:-

"Ustaz.. terima kasih sebab datang ye.."

Nak menitik air mata saya melihat mereka. Dari mata mereka, mereka seolah-olah....

untuk kisah lanjut sila layari :
http://kedahlanie.blogspot.com/2009/08/1malaysia-ada-orang-islam-di-bela-oleh.html

APA DAH JADI? 1 MALAYSIA. MANA ISLAM HADHARI PERGI?


suatu ketika dulu hampir kesemua media arus perdana bersama pimpinan umno/bn sibuk menghentam Replika DSAI yang didirikan berhampiran simpang empat jalan sungai tua batu caves...

mereka dengan begitu lantang menyatakan para penyokong pkr memuja replika tersebut dan berbagai bagai lagi tohmahan..

apa yang anda saksikan adalah replika najib yang lebih besar yang didirikan di dalam perkarangan kuil batu caves sempena sambutan 1 malaysia di kuil batu caves dan menyambut kedatangan najib pada hari ini ( ahad ) jam 4:00 petang.

beberapa masyarakat india yang ditemui juga melahirkan rasa kecewa mereka apabila replika tersebut seakan membelakangkan dewa mereka...

SEKARANG KLIK DISINI DAN BACA SENDIRI KENYATAAN BANGANG YANG MEMAKAN DIRI MEREKA... KITA TUNGGU KENYATAAN TERBARU DARI MEREKA.. KAH KAH KAH

petikan dari : http://kedahlanie.blogspot.com/2009/08/1malaysia-sekarang-dah-halal-ke.html

Thursday, August 27, 2009

TERBUKA LAH PEKUNG 'NEGARA ISLAM' MALAYSIA

Ini lah caranya Allah nak ajar manusia di muka bumi ini. Jangan berlagak seperti Tuhan. Yang dapat merancang dan menentukan segala-galanya.

Kini seorang bekas model Kartina, ingin hukum Islam dilaksanakan ke atas dirinya yang telah terlanjur dengan meminum minuman keras. Kartina meminta hukuman sebat dijalankan ke atasnya, selari dengan tuntutan hukuman hudud yang Allah telah tentukan di dalam Al-Quran. Apabila hukuman dijalankan mengikut hukum Allah, maka langsailah kesalahannya kepada Allah. Kalau mati dia setelah menjalani hukuman tersebut, nescaya seperti baru dilahirkan dari perut ibunya (kecuali dosa2 lain yang belum ditebusnya).

Kini, para pemimpin negara sedang tidur tak lena. Kena cari bermacam-macam alasan. Yang dahulunya depa kata hudud tak boleh dilaksanakan di malaysia kerana masyarakat majmuk, kini pesalah sendir imintak dihukum mengikut hukum syarak. Alangkah besarnya dosa pemimpin itu jika permintaan pesalah itu tak dapat ditunaikan.

Mereka kata, "Negara kita tak dapat laksanakan lagi hukum sebat ini sebab tukang sebat syariah tak ada lagi". Masyaallah... sebuah negara Islam belum ada tukang sebat. Nampak sangat depa ni tak dak cita-cita nak laksanakan hukuman Allah ini.

Ingat... kita bakal sambut hari kemerdekaan ke 51 tahun beberapa hari lagi. Mereka kah kita dari penjajah?

Terima kasih Ya Allah, ini lah caranya Engkau mengajar kami yang percayakan keesaan-Mu dan kami juga lah yang mengakui bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh-Mu. Celaka lah mereka yang tidak mempercaya dan beriman kepada-Mu.

Wednesday, August 26, 2009

MUNGKIN RAMAI YANG DAH LUPA.. TAPI TIDAK KEPADA PENCINTA ISLAM

Renungilah kembali peristiwa kezaliman pemerintah 'Negara Islam?' yang dengan tanpa ada perasaan insaf MEROBOHKAN RUMAH ALLAH yang mulia di terengganu suatu ketika dahulu.

Masihkah kita boleh berbangga dengan kerajaan kita? Bak kata pepatah melayu nabil, "Lu pikir la sendiri..."

IST... NAK PRK LAGI KA NI...?

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Dr. Abdul Isa Ismail tidak akan menimbangkan semula keputusan mahu wakil rakyat Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif digugurkan kerana gagal menghadiri persidangan DUN sebanyak dua kali berturut-turut tanpa kebenarannya.

Tegasnya, beliau tetap dengan pendiriannya itu kerana tiada ruang untuk membuat pertimbangan mengikut peruntukan Artikel 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri sekalipun berasaskan budi bicara.

“Nak timbang macam mana kerana peruntukan itu begitu tegas,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas permintaan agar menimbangkan semula keputusannya yang mahu Abu Hasan mengosongkan kerusinya berdasarkan Artikel 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Wira Mohd. Johari Baharom semalam dilaporkan berkata, kerajaan negeri pimpinan Pas seharusnya menumpukan perhatian kepada pembangunan negeri itu daripada memenuhi kepentingan diri semata-mata.

“UMNO tidak menafikan kesalahan Abu Hasan tetapi perkara itu boleh diselesaikan tanpa melalui pilihan raya kecil,” katanya.

Abdul Isa berkata, dalam soal ini, ADUN Kota Siputeh itu tidak seharusnya meminta maaf kepada beliau berhubung kegagalan menghadiri sidang DUN kerana mendakwa kesalahan itu dilakukan Abu Hasan kepada pengundi di kawasannya.

Katanya, Abu Hasan perlu bertanggungjawab mengenai tindakannya itu kepada rakyat di DUN berkenaan dan sewajarnya meminta maaf kepada mereka.

“Saya tiada kuasa untuk memaafkan ADUN Kota Siputeh daripada sudut itu kerana kesalahan itu pada rakyat.

“Saya hanya melaksanakan apa yang diperuntukkan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah,” katanya.

Sehubungan itu, kata Abdul Isa, beliau sedang menunggu keputusan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut berhubung perkara berkenaan.

Isu Abu Hasan menjadi kontroversi selepas Abdul Isa menulis surat kepada SPR memaklumkan kerusi Kota Siputeh kosong kerana Abu Hasan dua kali berturut-turut tidak hadir persidangan DUN tanpa kebenaran Speaker pada 19 April dan 9 Ogos lalu.

Mengikut Artikel 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, mana-mana anggota DUN yang tidak hadir persidangan dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker maka kerusi itu hendaklah dikosongkan.

Abdul Isa sebelum ini bertegas dengan keputusannya dan menolak penjelasan Abu Hasan bahawa beliau sakit dan turut menolak permohonan maafnya.(UM)

SUMBER: http://www.tkodaily.net/v2/modules.php?name=News&file=article&sid=916

Tuesday, August 25, 2009

SUBHANALLAH... Budak baca Quran

Malu la kita sebagai org dewasa yang keluar pula dari perut ibu yang sudah beragama Islam, kalau tak pandai dan tak mau memajukan diri kita untuk memperhebatkan dalam bacaan al-Quran ni...



BERZIKIR LAH KEPADA ALLAH

Perdengarkan lah alunan zikir sebagai hiburan kepada jiwa kita. Kurangkan mendengar alunan muzik duniawi yang melalaikan hati.

Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang...


CUKUP LA TU....

Dah 7 - 1 dah ni.. cukup la.. Awat yang payah sangat nak mengaku org tak suka kat depa tak tau...?

Mungkin ni cara Allah nak ajar manusia bongkak yang rasa diri depa tu macam Tuhan. Hanya depa yang mampu memerintah, orang lain tak tau nak tadbir negara. Ni Allah ambik satu per satu dari depa. Tu pun menang satu kat Borneo. Kat sana kalau PAS boleh menang tak tau la nak kata apa.

Mai la Islam Hadhari ka, 1 Malaysia ka.. lepas ni tak tau la sapa nak jadi PM lak ni sebab teori RAHMAN dah tamat dah. Lepas N (Najib) tak tau la huruf apa nak timbul. Silap2 dengan tamatnya teori RAHMAN tu, maka tamat lah riwayat pemerintahan BN kat Malaysia tercinta ni. Insyaallah, Wallahu a'lam dan La haula wala quwwata illa billah. Hanya Allah yang akan tentukan.

Kita yang cintakan Malaysia, cintakan keamanan dan cintakan ISLAM, hanya mengharap suatu hari nanti Daulah Islamiyah akan muncul di sini... Amin ya Rabbal 'alamin.

ALLAHU... ALLAHU...

Perdengarkan halwa telinga ni... masyaallah.. sungguh damai rasanya (walaupun xpaham apa dia kata.. :D )

Sunday, August 23, 2009

Syurga dan Neraka : Calon - calonnya ...


1. Umno dan BN sangat konsisten menyerang Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dato' Seri Anwar Ibrahim . Mereka menggunakan pelbagai sarana termasuk TV dan surat khabar tanpa henti . Secara politiknya , serangan itu dianggap usaha untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat dan sekaligus melumpuhkannya.

2. Rupanya UMNO dan BN terlalu rapuh dan lemah . Saat ghairah mereka menyerang peribadi kedua - dua tokoh pemimpin itu , kelihatan mereka begitu gah dan perkasa menghunus segala senjata yang mereka miliki untuk menjatuh dan membunuh karektor lawan mereka . Namun sesekali berpeluang Pakatan Rakyat membongkar segala penyelewengan dan kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan BN , jelas mampu membuatkan mereka menggelumpur .

3. Terbaru apabila Tuan Guru menegaskan bahawa pengamal - pengamal Islam palsu tidak boleh masuk syurga . Suatu kenyataan membuatkan pemimpin UMNO dan BN seperti kehilangan arah lalu melepaskan peluru tabur kesegenap penjuru . Menggunakan akhbar dan TV tanpa simpati , berminggu - minggu tanpa henti . Tiada peluang Tuan Guru memberi penjelasan dan pencerahan bagi isu yang timbul .

4. Lebih malang mereka menggunakan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menyerang setelah beberapa ahli akademik turut diseret untuk menyerang Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat . Malang yang saya maksudkan ialah bagaimana Majlis Fatwa Kebangsaan yang sangat lembab untuk mengeluarkan fatwa berkait isu ISA dan pelbagai isu besar yang melanda negara tetapi tiba - tiba berubah menjadi pantas mengeluarkan fatwa dalam isu "syurga" ini sehingga tidak sempat memanggil Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengadap dan mengambil keterangan dari beliau sendiri . Cukup laporan Utusan Malaysia , Majlis Fatwa bersidang dan mengeluarkan fatwa .

5. UMNO dan BN kelihatan sangat kecewa apabila disebut tidak boleh masuk syurga . Ertinya mereka masih menyimpan hasrat nak masuk syurga . Tetapi malang mereka seperti tidak memahami atau mengetahui bagaimana kriteria dan ciri - ciri ahli syurga atau dalam erti nilai yang lain , mereka nak masuk syurga kononnya tetapi melakukan perangai dan tingkah laku ahli neraka . Walhal ciri - ciri ahli syurga dan neraka ini telah dijelaskan oleh Allah swt dan rasulNya saw. Sementara Tuan guru Nik Abdul Aziz hanya mendedahkannya !

6. Sabda Rasul saw :

كل أمتي يدخلون الجنة إلا من أبى قيل و من يأبى يا رسول الله
قال من أطاعني دخل الجنة و من عصاني فقد أبى

Semua ummatku layak masuk syurga kecuali mereka yang sengaja enggan masuk syurga . Sahabat bertanya : Siapakah yang enggan masuk syurga itu ya Rasulullah ? Jawab Rasulullah saw : sesiapa yang taat kepadaku layak masuk syurga dan sesiapa yang menderhakaiku maka sesungguhnya ia lah orang yang enggan masuk syurga .

Hadis ini menjelaskan kepada kita calon syurga ialah mereka yang taat kepada Allah swt dan melaksanakan sunnah Rasulullah saw sementara calon neraka pula ialah mereka yang , melanggar perintah Allah swt , melakukan maksiat dan mungkar serta derhaka kepada Allah swt dan RasulNya .

7. Antara calon neraka ialah mereka yang melampaui batas agama . Tidak peduli dosa dan pahala . Mereka bertindak berasaskan nafsu dan syahwat . Memburu kepentingan politik dan duniawi tanpa peduli halal dan haram . Demikianlah firman Allah swt :


فَأَمَّا مَنْ طَغَى وَآثَرَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا فَإِنَّ الْجَحِيمَ هِيَ الْمَأْوَى

Maka adapun sesiapa yang melampaui batas [ melakukan perbuatan yang ditaja oleh nafsu dan syaithan ] dan terlalu kemaruk dengan kehidupan dunia sehingga mengabaikan akhirat maka sesungguhnya neraka jahannam lah tempat tinggal yang layak buat mereka .

8. Sementara calon syurga pula ialah mereka yang takut kepada Allah swt Tuhan yang maha Agong . Tidak berani mengangkat muka untuk derhaka dan melanggar hukum Allah swt . Juga orang yang mencegah dirinya dari perangkap nafsu dan syahwah serta bebas dari melakukan perbuatan terlarang seperti rasuah , judi , arak , zina , pecah amanah , zalim dan sebagainya . Firman Allah swt :


وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَى فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَى

dan adapun mereka yang takut kepada Tuhannya yang Maha Tinggi dan mencegah dirinya dari nafsu dan syahwah maka sesungguhnya syurga adalah tempat tinggalnya yang paling layak .
Surah an Naazia't : 38 - 41

9. Tegasnya syurga tidaklah mudah untuk dimasuki melainkan mereka yang bertaqwa kepada Allah swt , justeru Syurga hanyalah diwariskan kepada mereka yang bertaqwa . Taqwa dengan maksud tunduk dan patuh kepada perintah Allah swt dan meninggalkan semua perkara yang dilarang oleh Allah swt .


تِلْكَ الْجَنَّةُ الَّتِي نُورِثُ مِنْ عِبَادِنَا مَنْ كَانَ تَقِيًّا

Demikian syurga yang kami wariskan dari kalangan hamba - hamba kami akan mereka yang benar - benar bertaqwa .
Surah Maryam : 63


10. Sebahagian dari penegasan Al Quran sebagai kalamullah dalam menetapkan calon neraka dan calon syurga dapat kita lihat dari ayat ini :


بَلَى مَنْ كَسَبَ سَيِّئَةً وَأَحَاطَتْ بِهِ خَطِيئَتُهُ فَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

bahkan mereka yang melakukan kejahatan [ rasuah , pecah amanah , judi , zina , arak , zalim , menganiaya dsbnya ] dan ia terus hanyut tenggelam dalam kejahatannya maka mereka adalah penghuni neraka , mereka pula kekal di dalamnya sementara orang - orang yang beriman dan beramal dengan amalan yang soleh , merekalah penghuni syurga , mereka pula kekal di dalamnya .
Surah Al Baqarah : 81

Ayat - ayat di atas , bolehlah dinilai oleh setiap individu , bagaimana keadaan kita . Ianya pasti sahaja melewati batas sempadan parti politik dan kepentingan suku kaum . Siapa jua yang tidak melandasi hidup berasaskan manhaj rabbani dan sunnah an nabawi maka ia sendiri tahu bagaimana nasib dan masa depannya di akhirat kelak . Selebihnya menjadi milik mutlak Allah swt untuk menetapkan keputusannya berkait syurga dan neraka .

Namun tidaklah salah jika kita menyebut kalau kamu buat begini jawabnya neraka dan kalau kamu buat begini tentunya syurga balasan ke atas kamu . Seperti kita menyebut kepada anak kita , hei awang ! jangan mencuri nanti kamu masuk neraka . atau sebaliknya hei awang ! sembahyanglah kalau kamu nak masuk syurga . Tentu tidak salah perkataan - perkataan tersebut justeru ia bermaksud untuk mendidik anak bukan menentu syurga atau neraka buat sang anak .

Tuan Guru adalah guru kepada ummah . Bukan sahaja mendidik anak tetapi ia mendidik seluruh masyarakat lalu ia berkata hei UMNO ! kalau kamu amalkan Islam Palsu , kamu tidak akan masuk syurga .

dipetik dari : http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/08/syurga-dan-neraka-calon-calonnya.html

Tuesday, August 18, 2009

Ulama diminta keluarkan fatwa

PETIKAN UTUSAN MALAYSIA | RABU 19 OGOS 2009

PUTRAJAYA 18 Ogos - Majlis Fatwa Kebangsaan dan para ulama di negara ini diminta mengeluarkan fatwa berhubung kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa penyokong UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan tersebut wajar dilaksanakan segera kerana ia menyentuh soal hukum agama dan akidah umat Islam.

Selain itu, jelasnya, umat Islam perlu diberikan maklumat yang sahih dan benar agar tidak mudah terkeliru dengan sebarang kenyataan yang dianggap tidak munasabah.

"Saya fikir adalah lebih sesuai dan wajar alim ulama di negara ini meneliti apa yang diungkapkan oleh Nik Abdul Aziz itu.

"Biar mereka beri pandangan sama ada apa yang dikeluarkan oleh beliau (Nik Abdul Aziz) betul dalam Islam atau bercanggah dan apa hukumnya berbuat demikian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku Siri Evolusi Kepimpinan 1: Tinjauan Teori-Teori Terpilih yang ditulis oleh Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Profesor Khairil Annas Jusoh di sini hari ini.


KOMEN SAYA

Bagus la kalau mcm tu.. biar Majlis Fatwa kaji apa yang diucapkan oleh Tuan Guru Nik Aziz (TGNA). Biar semua ucapannya diteliti dan dikaji. Dengan syarat kaji teks ucapannya yang asal, bukannya ucapan yang dilaporkan oleh media yang ternyata telah diedit dari kenyataan asal TGNA. Bila dah kaji, pastu mintak Majlis Fatwa keluarkan fatwa ttg statement TGNA dan kalau benar apa yang diucapkannya, saya mintak keluarkan fatwa mintak semua laksanakan apa hajat TGNA.

Macam mana? Ada berani ka? Majlis Fatwa kena kaji sama mcm mana arak boleh dijual kepada org Islam, kaji juga halal haram isap rokok dan laksanakan diperingkat kebangsaan, jgn mufti negeri saja yang keluar fatwa pastu semua xmau ikut fatwa.

Sila la kaji no...

Friday, August 14, 2009

DARI-NYA KITA DATANG DAN KEPADA-NYA KITA AKAN KEMBALI

Takziah diucapkan kepada kaum kerabat Ust Asri (Rabbani) di atas pemergian mengejut beliau. Ternyata beliau telah berusaha menyampaikan dakwah dengan pendekatannya tersebdiri sehingga nafasnya yang terakhir.

Perginya juga semasa sedang dalam rakaman bagi program Syahadah terbitan RTM. Dan difahamkan beliau sebenarnya kurang sihat pada hari tersebut, namun di atas alasan dakwah dan amanah, beliau sanggup mengenepikan kesihatan beliau untuk meneruskan rakaman program. Ditamatkan pula kalamnya dengan sebutan "Allah..." semasa jasadnya rebah tidak bermaya. Subhanallah... sungguh cantik penamat kehidupan ust Asri. Hanya Allah yang tahu balasan yang akan diterima oleh Ustaz Asri. Kita hanya mampu mendoakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan siddiqin, syuhada dan para solihin.

Namun perlu difikirkan, di manakah dan dengan cara apakah diri kita akan pergi menghadap tuhan. Semua yang hidup tetap akan mati. Sama ada mati atas katil, mati di atas jalan raya, mati di hospital, mati dalam ambulan, mati di dalam kelab malam, di pasar malam, pusat dangdut, kedai arak, kedai 4 digit, kedai makan, stadium bola sepak, atau mati di dalam masjid, mati sedang mengumpat orang, mati sedang berjihat di jalan Allah atau di mana-mana sahaja. Mati tetap akan mati. Cuma kaedah mati tu biarlah mati yang mulia di sisi Allah SWT.

Marilah kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada roh Ustz Asri, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT.

AL-FATIHAH....

Tuesday, August 11, 2009

KAMI BUKAN ISLAM, TAPI KAMI SOKONG ISLAM

Kata-kata di atas bukan asing lagi di zaman ini. Sudah ramai orang bukan Islam yang telah nampak kebaikan dan keindahan Islam, namun cahaya hidayah dari Allah SWT belum sampai di hati nurani mereka.

Perkara ini bukan suatu yang pelik dalam sejarah Islam itu sendiri kerana orang yang pertama sekali yang merupakan bukan Islam tapi tetap menyokong dan memberi perlindungan kepada pendakwah Islam yang unggul adalah bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Abu Talib. Beliau dengan bersungguh-sungguh menyokong dan mempertahankan setiap tindak tanduk Rasulullah dalam menyebarkan dakwah tauhid kepada Allah SWT. Beliau juga telah memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang berhajat untuk menyakiti dan menentang dakwah Rasulullah sedangkan dirinya bukan dikalangan Muslim.

Ini lah kehebatan dan kekuasaan Allah yang ingin ditunjukkan kepada sekalian umat manusia bawaha hatta Rasul pun tidak dapat memberi hidayah kepada manusia. Tugas Rasul hanya menyampaikan risalah kebenaran, begitu juga sehingga Hari Kiamat, ulama dan para da'ie hanya berperanan sebagai penyeru. Hanya Allah yang mampu mencampakkan cahaya hidayah ke dalam hati-hati manusia yang Dia inginkan.

Sekarang sudah ramai orang belum Muslim yang menyokong Islam. Masalahnya cuma, terdapat tentangan-tentangan yang datangnya dari golongan Muslim itu sendiri. Muslim yang hanya Muslim pada nama, Muslim yang hanya ingin menunjukkan kepada orang yang dia juga Muslim, pada hal hukum hakam Allah SWT tidak dipatuhinya.

Muslim sejati adalah Muslim yang bercita-cita tertegaknya hukum Allah sebagai perlembangaan negara yang tidak membezakan antara bumiputra dan ukan bumiputra, melayu, cina atau india, atau iban, bidayuh, kadazan, orang asli dan sebagainya. Yang tidak membezakan antara rakyat dan pemerintah. Hukum Allah tidak hanya kepada rakyat, bahkan hukum yang sama dikenakan kepada pemerintah sekiranya melakukan kesilapan yang sama.

DOA APABILA MENDENGAR MUSIBAH

Selalunya kita akan kata "Inna lillahi wa inna ilaihi ra ji 'un" bila kita mendengar berita kematian. Sebenarnya doa ini bukan sahaja utk dibaca apabila mendengar berita kematian, bahkan doa ini perlu dibaca apabila kita mendengar berita musibah yang berlaku. Contohnya seperti berita kebakaran, berita kemalangan (walaupun tanpa kematian) dan lain lain.

Doa ini akan menjadi lebih bagus jika kita lengkapkan dengan doa seperti di bawah ini.

Semoga kita semua akan mengikut jejak Rasulullah secara sebenar-benarnya.

http://www.youtube.com/watch?v=n30-Dzdlo84

Monday, August 10, 2009

Wahai pemuda perjuangan!

Sumber: http://passandakan.blogspot.com/

Jalan di hadapan kita terentang jauh dan berliku. Jalan yang telah dirintis oleh pendahulu kita juga panjang dan berliku. Kita tidak tahu bilakah akan kita temui penghujung jalan ini. Namun kita yakin, malah wajib meyakini bahawa penghujung jalan perjuangan ini adalah ganjaran syurga daripada Allah SWT.

Kita telah memilih untuk hidup berjemaah. Maka bergerak dan berkerjalah sebagai sebuah jemaah. Jemaah adalah laksana koloni sang anai-anai yang bisa meranapkan sebuah bangunan tinggi. Kitalah koloni itu, yang bertekad meruntuhkan sebuah bangunan yang dibina oleh para juhala sehingga terbentuk menara jahiliah yang berdiri kekar sehingga kini. Biar…biar betapa sukar…kita perlu bulatkan tekad. Miski kita mati sebelum melihat keruntuhannya, asal kita mati dalam perjuangan mulia ini.

Jemaah juga merupakan satu arus yang mengalir dari legeh pergunungan. Ia telah mengalir melintasi segala hutan dan belantara. Ia telah mencelah segala lembah, jurang maupun dataran pamah. Ia juga telah mengalir menembusi desa dan kota. Ia akan tersu mengalir dan tidak akan pernah berhenti sehingga menemui penghujungnya yang bersatu di al-kauthar. Janganlah letih dan malas dengan perjalanan panjang berliku sungai jemaah ini. Kerana tiada sungai yang mengalir terus melainkan sungai jemaah yang mendokong perjuangan kebenaran ini.

Jemaah…laksana angin yang menderu. Ke barat dan timur harus sehala berpadu. Nyahkan gumpalan awan kebatilan yang menghalang. Angin jemaah akan bertiup dalam kondisi apapun. Sebagai angin sepoi-sepoi bahasa maupun sebagai ribut membadai. Angin ini adalah angin perjuangan suci dan tidak pernah akan berhenti hinggalah direnggut sor-sor akhir zaman.

Oleh itu, bagi yang telah memilih jemaah ini sebagai medan perjuangan, semoga penggabungan anda akan menjadikan anda salah satu mata rantai para pendahulu yang telah pergi. Mereka telah mendapat apa yang dijanjikan buat mereka. Kita…mudah-mudahan masih menunggu terkotanya janji itu buat kita.

من المؤمنين رجال صدقوا ما عاهدوا الله عليه فمنهم من قضى نحبه ومنهم من ينتظر وما بدلوا تبديلا

Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merobah (janjinya),

(Surah Al-Ahzab: Ayat 23)

Oleh: Kamaruddin Wahab
Ketua Dewan Pemuda Pas Sandakan
Sesi 2009-2011

Wednesday, August 5, 2009

RAWATAN ISLAM

rupa-rupanya benarlah kata Rasulullah, "berbalik lah kepada al-quran dan hadith". Islam itu 'Syumul', segala-galanya ada dalam Islam. Perawatan penyakit pun sudah termaktub dalam al-quran. Al-Quran adalah syifa' atau penyembuh.

Ayuhlah muslimin dan mukminin. Marilah kita bersama2 belajar ilmu yang diberikan oleh Allah kepada kita. Jangan terlalu bergantung kepada perubatan moden yang kononnya sungguh canggih dari tahun ke tahun. Namun Allah Maha mengetahui. Dia lah yang menciptakan kita dan dia lah yang Maha Tahu akan kelemahan kita semua.

Pentingnya kita belajar Ilmu Perawatan Islam, sila baca kisah pengalaman seorang pengamal perawatan islam yang saya petik dari

http://akrine.blogspot.com/2009/08/pengalaman-merawat-25-jin-barah.html

DEMO GMI -VS- DEMO KG BUAH PALA

Demo Anti ISA : kebanyakan peserta adalah melayu
Demo Buah Pala : majority peserta adalah india

Demo Anti ISA : peserta berhimpun dan berarak untuk ke istana
Demo Buah Pala : peserta berhimpun dan membuat sekatan manusia di jalanan (Sila rujuk Akhbar The Sun 5 Ogos m/s 6)

Demo Anti ISA : tiada pagar manusia
Demo buah pala : ada pagar manusia (Sila rujuk Akhbar The Sun 5 Ogos m/s 6)

Demo Anti ISA : kanak2 hanya terdiri dari sebilangan kecil yang turut ikut mak ayah berdemo dan tiada yang buat pagar kanak2
Demo Buah Pala : kanak2 duduk di atas jalanraya dan membuat pagar kanak2.(Sila rujuk Akhbar The Sun 5 Ogos m/s 6)

Demo Anti ISA : tiada peserta baring di atas jalan..kalau ada pun terbaring akibat jatuh kene henyak dek fru
Demo Buah Pala : peserta baring di atas jalan dan ada yang baring di atas kereta sorong merentasi jalan (Sila rujuk Akhbar The Sun 5 Ogos m/s 6)

Kedua dua demo ada fru dan polis cuma yang berbeza sangat adalah cara layanan polis.

Mengikut laporan Akhbar The Sun..kehadiran polis hanya memantau dan tidak menyebelahi mana2 pihak di Kg Buah Pala
Tetapi demo anti ISA polis bertindak melampaui batas dan jelas memihak kepada kerajaan BN.

Kedua dua perhimpunan tidak mendapat permit namun lihat lah betapa biasednya sikap polis dan pak2 menteri bodoh....apabila kene batang hidung mereka react tapi bile kene tang kerajaan PR (walau jelas punca bende ni gara2 kerajaan BN dulu) mereka dok tepuk tangan dan menghasut HINDRAF agar lebih berapi...tibe2 HINDRAF jadi kawan baik UMNO dan BN..kahkahkah..nak tgk apa blogger penjilat UMNO nak komen apa....
kahkahkahkahkah

Tuesday, August 4, 2009

Status Insuran MCIS Zurich : Halal atau Haram?

Ramai pengguna terkeliru dengan status MCIS Zurich Insurance, ada sebahagian daripada mereka bertanya kepada saya serta bertegas kononnya MCIS adalah halal dari sudut hukum Islam kerana mempunyai penasihat Syariah. Namun demikian, telah saya jelaskan berkali-kali, penasihat Syariah MCIS hanya menjaga bab saham amanah yang diterbitkan oleh syarikat terbabit dan bukannya berautoriti menyemak system insuran MCIS. Ramai juga yang tidak berpuas hati dengan penjelasan saya.

Telah saya jelaskan berkenaan hal ini dalam artikel dan juga respon di ruangan komentar. Buka dan baca pelbagai respond saya berkenaan hal ini dari pelbagai pihak di link .

Malah isu syarikat Insuran Konvensional yang mempunyai beberapa dana pelaburan patuh Syariah ini telah saya tuliskan sebelum ini. Alhamdulillah, kini hasil dedikasi kajian dan usaha seorang sahabat, kini status Insuran MCIS Zurich sama ada ia ia pengendali insuran halal (takaful) atau sebuah insuran konvensional yang beroperasi tanpa menuruti Syariah terjawab.

Berikut adalah jawapan rasmi pihak Bank Negara Malaysia, sebagai respon kepada soalan khusus yang diutarakan oleh seorang yang prihatin.



Ini pula jawapan Bank Negara Malaysia pada 26 Febuari 2009 kepada saya ( iaitu penulis asal info ini bukan UZAR) melalui emel ;

Soalan saya :
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Saya ingin bertanya :
Agen Company MCIS Zurich Insurance mendakwa company ini mempunyai Panel Syariah. Ada ditunjukkan gambar panel berkenaan pada saya. Dan agen ini mendakwa semua product-product MCIS ini adalah halal. Saya keliru status sebenar sama ada ia benar-benar halal atau sebaliknya. Setahu saya yang ada lesen TAKAFUL sahaja yang halal.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
JAWAPAN DARI BANK NEGARA

Kami merujuk e-mel tuan bertarikh 21 Februari 2009 mengenai perkara di atas.

Untuk makluman tuan, MCIS Zurich Insurance (MCIS) didaftarkan dibawah Akta Insurans 1996 dan bukannya dibawah Akta Takaful 1984. Oleh yang demikian, MCIS bukanlah salah satu pengendali takaful yang didaftarkan dibawah Akta Takaful 1984 dan yang dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia untuk memasarkan produk-produk yang berlandarkan shariah.

Kekeliruan terjadi apabila produk yang dipasarkan bertujuan sebagai pelaburan (investment) dan perlindungan (protection). Walaupun bahagian pelaburan produk perkenaan adalah berlandarkan shariah tetapi bahagian perlindungan yang diberikan oleh pengendali insurans tersebut bukanlah berlandaskan shariah, dimana perlindungan yang diberikan masih terdapat unsur-unsur gharar, judi dan riba. Oleh kerana kedua-dua elemen ini berada dalam satu produk, maka, produk ini tidak dikategorikan sebagai produk yang berlandaskan shariah.

Sekian, terima kasih.
Noor Shuhaila Hj Johari
BNMTELELINK
Jabatan Komunikasi Korporat
Bank Negara Malaysia
No Tel : 1-300-88-5465
No Faks : 03-21741515

sumber dari : http://www.zaharuddin.net/content/view/825/#comment84049