Tuesday, December 29, 2009

SUMBER INSPIRASI DAN PENGUAT SEMANGAT

Kini kita sudah melangkah ke tahun baru iaitu tahun 1431. Namun bagaikan tidak semua dari kita sedar akan penghijrahan kita dari 1430 ke 1431 kerana tidak dilakukan sambutan besar-besaran sepertimana kebiasaan kita menyambut tahun baru Masehi yang akan tiba tidak lama lagi. Tapi, itu bukan persoalan di sini.

Apa yang nak di'highlight' di sini adalah bagaimana pengorbanan Rasulullah sepanjang penyampaian risalah tauhid baginda, bermula dari 'perjumpaan' pertama baginda bersama Jibril a.s hinggalah wafatnya baginda disokong dan dodokong oleh isteri tercinta Sayyidatina Khadijah r.a.

Pada peristiwa baginda didatangi malaikat Jibril a.s. untuk menyampaikan wahyu pertama iaitu Surah Al-Alaq ayat 1 hinga 5. Dipendekkan cerita, bila pulang ke rumah baginda terketar-ketar dan wajahnya menjadi pucat. Disaksikan oleh Sayyidatina Khadijah a.s. Lantas terus dibawanya selimut untuk menyelimuti Rasulullah sambil ditenangkannya baginda.

Banyak lagi contoh-contoh perjuangan Rasulullah yang diberikan sokongan lantas menjadikan baginda Rasulullah begitu bersemangat untuk menyebarkan dakwah risalah tauhid kepada semua golongan lelaki dan wanita, miskin dan kaya, penguasa dan juga hamba, hatta kepada ketua-ketua dan pembesar negara, raja-raja, semuanya dihadapi baginda dengan tenang dan bersemangat kerana baginda ada pemberi inspirasi dan motivasi iaitu seorang isteri yang memahami tugas dan amanah kerja suaminya.

Barangkali tidak menjadi suatu yang mustahil, baginda Rasulullah pernah menjadi kegilaan wanita di zaman itu, disebab tampannya baginda, kuatnya pengaruh baginda, juga mungkin disebabkan ingin menjadi isteri kepada seorang rasul dan pesuruh Allah yang sangat mulia. Tetapi itu bukan matlamat baginda Rasulullah. Dan situasi ini difahami oleh isterinya yang sungguh sayang kepadanya. Maka, itulah bukti cintanya dan percayanya kepada suaminya. Walau apa serangan dikenakan kepada suaminya, walau apa tohmahan diberikan kepada suaminya, namun atas cinta dan percaya kepada kesetiaan suaminya itu, dialah yang menjadi pemberi semangat bagi suaminya meneruskan perjuangan di medan dakwah yang sudah pasti tidak mendapat upah sesen pun di dunia ini. Ganjaran di sisi Allah sudah pasti menanti.

Wahai para isteri kepada penggerak gerakan islam walau di mana anda berada. Berilah sokongan kepada petugas-petugas Allah ini. Yang kerjanya tidak mengenal waktu, yang kerjanya tidak mendapat upah bahkan menuntut pengorbanan untuk mengeluarkan duit poketnya sendiri bagi memastikan agama Allah disebar luaskan di muka bumi ini.

Tidakkah kamu melihat apa yang telah dan sedang berlaku di Palestin, bumi ambiya? Bagaimana mereka bersungguh-sungguh memperjuangkan agama Allah? Bagaimana tentera Hamas masih dapat mempertahankan bumi Isra' wal mi'raj yang menyaksikan perjalanan Rasulullah naik ke langit. Adakah kalian ingat mereka muncul begitu sahaja tanpa melalui proses tarbiyah, tanpa pengorbanan masa bersama anak dan isteri, harta bahkan jiwa mereka ke jalan Allah? Adakah kalian ingat mudah untuk mencapai ketinggian maqam seorang yang diberi pangkat SYAHID? Memang mudah untuk mati bersama bom yang diikat di badan. Tapi mudahkan untuk mendapat SYAHID?

"Dan jangan sekali-kali kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Alloh itu mati, sebenarnya mereka itu hidup di sisi Tuhannya mendapat rezeki. Mereka bergembira dengan karunia yang diberikan Allah kepadanya, dan bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka bahwa tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati. Mereka bergirang hati dengan nikmat dan karunia dari Alloh. Dan sungguh, Alloh tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang beriman." (QS. Ali Imran (3) : 168-171

Rasulullah SAW juga bersabda :

"Berdiri satu jam di jalan Allah adalah lebih baik daripada berdiri shalat pada malam lailatul qadar di samping Hajar Aswad." (HR. Ibnu Hibban, Al Baihaqi, dan yang lain)

"Dzarwatus sanam (puncak tertinggi) Islam adalah jihad, tidak akan dapat mencapainya kecuali orang-orang yang paling utama di antara mereka." (HR. Ath Thabrani)

No comments:

Post a Comment