Tuesday, July 27, 2010

GURU DIBENAR BERPOLITIK : BUKTI BN TERSEPIT

"Pindaan Peraturan 21(2) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bagi membolehkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 hingga DG48 untuk bertanding, dilantik atau memegang jawatan dalam mana-mana parti politik berkuat kuasa 1 Ogos ini."

Inilah langkah BN yang dikira sebagai sudah tersepit untuk kononnya 'menambahkan kembalik kekuatan penyokong' di masa parti itu mesedang melakukan transformasi BN. Atau mungkin juga yang tersepit sebenarnya adalah UMNO yang sedang mencari jalan mudah untuk membolehkan guru-guru pro-BN untuk bergiat lebih aktif dalam arena politik tanah air.

Mungkin mereka telah lupa yang lebih ramai dikalangan guru yang pro-pakatan rakyat. Dan mereka juga mungkin telah lupa yang para guru yang pro-BN memang selama ini telah bebas melakukan aktiviti politik di sekolah, mana mungkin dengan pengisytiharan 'Guru boleh berpolitik' ini akan menambahkan lagi kekuatan mereka.

Lupakah mereka yang selama ini tidak pernah ada kes guru pro-BN dipindahkan ke pendalaman atau dipindahkan ke negeri-negeri yang lebih jauh berbanding banyaknya kes guru pro-pakatan rakyat yang telah dipindahkan dan disusahkan hidup mereka semata-mata hanya kerana mereka itu penyokong pakatan rakyat.

Lupakah mereka bagaimana seorang cikgu matematik yang langsung tidak menyatakan pendiriannya di sebelah mana (tapi dapat agak la..), yang alasan dia dipindahkan hanya kerana membuat soalan matematik lebih kurang berbunyi:

"Rafidah mempunyai dua biji guli, sebiji guli diberikan kepada Mahathir...."

Apakah dengan menggunakan nama tersebut bermaksud beliau berpolitik di sekolah?

kalau begitulah kiraannya, jangan la kita gunakan nama-nama lain dalam memberi contoh kepada anak kita. Kita mungkin boleh gunakan contoh lain, seperti

"Seekor beruk sedang memandu kereta 90km/j dalam tempoh 5 minit, berapakah jarak perjalanan monyet tersebut?"

tapi itu semua hanya tinggal sejarah, guru telah diberi kebebasan untuk berpolitik. Terima kasih kami ucapkan kepada kerajaan Malaysia. Tapi mungkinkah ini juga adalah muslihat 'seperti udang disebalik mee segera"?

No comments:

Post a Comment