Wednesday, April 27, 2011

UTUSAN MEDIA PORNO

Utusan Malaysia didapati telah menjadi salah satu media yang menyebarkan berita pornografi hari ini apabila terang-terang mengiklankan salah satu adegan seks yang dikatakan dilakukan oleh seorang pemimpin pembangkan.

Akhbar yang satu masa dahulu menjadi pembakar semangat orang melayu untuk bangun menentang penjajah itu kini telah didapati lari dari tujuan asalnya itu, lalu menjadi salah satu akhbar yang mempromosikan video porno dengan diberikan gambaran terperinci di lamm web mana video itu boleh ditemui, apa yang ditayangkan dalam video itu, persis umpama promo kepada filem box office yang sedang ditayang dipawagam untuk dipertontonkan oleh orang ramai.

Apakah Utusan Malaysia memaparkan berita seumpama itu untuk memudahkan anak-anak muda Melayu mencari dan menonton video lucah. Walaupun dikatakan video itu telah ditarik balik oleh YouTube, saya berkeyakinan besar sesiapa yang cuba mencari juga, dia mereka akan tetap menemui video-video lucah atau separa lucah dimana-mana laman web yang di cadangkan oleh web browser.

Maka, tahniah saya ucapkan kepada Utusan Malaysia kerana membawa maksud positif terhadap penggemar video lucah yang mana maksud tersiratnya adalah "tengok la video lucah, xpa. Zaman la ni video lucah ni xjadi masalah dah..."

Tahniah kerajaan Malaysia yang tak buat tindakan apa2 terhadap Datuk T yang menyebarkan dan menggalakkan rakyat Malaysia tonton video lucah (yang paling awal tgk video lucah ni geng2 YB2 kat parlimen la... bagus2.. teruskan usaha anda). Kat indon ahli parlimen tgk video lucah dah letak jawatan. Kat Malaysia ahli parlimen tgk video lucah xpa....

No comments:

Post a Comment