Tuesday, February 24, 2009

SEJAUHMANA HALALNYA MAKANAN KITA?

Pada 16hb Feb yang lalu, saya pergi kursus di Melaka dengan seorang rakan. Macam-macam la topik yang dibincangkan sepanjang perjalanan. Sehingga lah satu topik yang cukup menarik sebab topik ni memang melibatkan aktiviti kita tiap-tiap hari.

Sahabat ni kata;
"Biras saya kata, kalau hang nak percaya, percaya. Kalau tak mau percaya pun, kena percaya jugak."

Saya tanya "Percaya apa?, dia gelak "hehehe... kena percaya. Dalam makanan ayam daging la ni, depa bubuh babi.."

Dia sambung lagi. "Biras saya ni pegawai kesihatan. Dia yang cerita sendiri. Satu hari tu, team dia pi buat inspection kat satu sample ikan keli. Dia punya la terkejut bila dalam eksperimen yang dibuat, rupa2nya dalam daging ikan keli ni ada DNA babi."

Saya kata dlm hati, "sudah... dah la kami sekeluarga ni hantu ikan keli."

Dia sambung lagi; "Lepas tu depa pi cari tempat ikan keli tu diternak, buat kajian macam mana bleh ada DNA babi dlm ikan keli tu. Kemudian baru dapat tau yang rupa2nya ikan keli tu diberi makan perut ayam. Maksudnya ayam yang diberi makanan yang disebatikan dengan enzim unsur babi ni telah membawa DNA babi. Kemudia ikan keli makan perut ayam tu, menyebabkan DNA babi tu kini ada dalam ikan keli."

"Masyaallah.." terdetik saya dalam hati.. Ni macam mana dalam badan kita ni? Anak saya yang berumur 5 tahun ni dah makan ikan keli sejak setahun yang lalu. Dah la dia ni jenis yang susah makan. Dia kalau ada ikan keli ka, ayam ka, baru nak makan nasi.. Punggah dah macam ni..

Tapi nasib baik la ni ada ayam HPA. Beli ayam tu la, insyaallah halal dan toyyiba. Sekali sekala pi RFC (Radix Fried Chicken) pulak. RFC ini ada kat Sg Petani dan Alor Star saja.. orang negeri lain kalau dah kempunan KFC tu, bleh la mai makan RFC kat kedah ni. Sebijik mcm KFC cuma yang ni produk Muslim 100%.

Kadang2 org tanya; "Sebab apa nak bubuh babi dalam ayam?" Jawapannya sebab nak bagi cepat matang. Bayang kan lah, kalau ayam kampung dua tiga bulan baru boleh sembelih, ni ayam daging 29 hari dah bleh sembelih dah. Semuanya sebab nak cepat untung. Sekarang kami dah stop makan ayam daging. Nak makan ayam, beli ayam HPA.

Ni lah yang kita risaukan. Sabda Rasulullah, maksudnya lebih kurang; "Sifat manusia ni bergantung kepada segumpal daging dalam badan manusia, kalau elok daging ni, elok lah peri pekerti manusia tu. Sahabat bertanya "Apakah daging itu?" Baginda menjawab "Itulah hati".

Cuba kita fikir sejenak, apakah sumber hati kita? Tidak lain dan tidak bukan, sembernya adalah dari darah. Apakah sumber darah? Sumber darah adalah dari makanan kita. Fikirkan lah saudara-saudara ku...

Saturday, February 14, 2009

PERSOALAN HIDUP BILA DIUJI

Setiap manusia pasti diuji. Cuma bezanya bagaimana reaksi kita apabila diuji. Tak kira lah sama ada ujian itu merupakan ujian yang kecil mahupun yang besar.

Apabila kita diuji, persoalan pertama yang akan terlintas di hati kita adalah

"Kenapa aku?"

Maka teringatlah satu potong ayat Allah yangtelah dirakamkan di dalam Al-Qur'an. Surah Al-Angkabut ayat 2 - 3.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja (dengan) mengatakan; 'Kami telah beriman', sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahun orang-orang yang dusta."

Maka terjawablah persoalan tadi. Seseorang yang diuji, sudah pasti yang berjaya akan ditingkatkan martabat (maqam)nya di sisi Allah, manakala yang gagal, adakalanya terjerumus ke dalam tercabutnya aqidah dan inilah yang kita mohon kepada Allah supaya dijauhkan dari ditimpa ujian yang kita tidak dapat menanggungnya.

Persoalan kedua, "Kenapa susah sangat ujian ni?"

Benarkah Allah akan menguji kita dengan ujian yang tidak dapat kita tanggung? Bukankah Allah telah menerangkan kepada kita bahawa:

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah; ayat 286)

Berat sangatkah ujian yang Allah berikan kepada kita? Adakah seberat ujian yang ditimpakan kepada saudara-saudara kita di Palestin? Kasymir? Selatan Thai? Iraq? Besar sangat ka? Sahabat-sahabat kita di sana diburu, dibunuh, ditembak, dibom, disembelih. Malahan ada yang ditetak hidup-hidup di kepalanya seperti tragedi di Ambon beberapa tahun dahulu. Malah muslimat di sana diperkosa tanpa peri kemanusiaan. Besar sangat ka ujian kita terima ni?

ok lah.. kita tak diuji sebesar mana sangat la kalau nak dibandingkan dengan saudara-saudara kita di sana. Tapi persoalan seterunya...

Persoalan ketiga, "Bagaimana harus aku menghadapinya?"

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
(Surah Al-Baqarah; ayat 45)

Apa lagi? Itu lah penyelesaian yang haqiqi. Tak payah ke kursus pengurusan stress pun. Ikutlah cara Rasulullah. Tiap-tiap permasalah yang timbul, Baginda akan bersegera solat sunat, mohon diberikan petunjuk dan ditenangkan hati. Ada doanya, cuba baca al-Ma'tsurat. Ada doa khas bagaimana nak mintak dijauhkan dari beban hutang, beban kemalasan dan sebagainya.

Dari situ terwajab pula secara tak langsung, persoalan ke tiga "Kepada siapa aku berharap?"

Sudah tentulah tiada lain yang layak selain Allah. Ambil lah iktibar dari Surah At-Taubah; ayat 129.

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal."

Bila difikirkan sejenak, ini lah sebabnya mengapa susah sangat Yahudi Zionis laknatullah nak menang di bumi ambia Palestin. Dengan sokongan padu pelbagai negara termasuklah beberapa negara Islam, regim Zionis masih tidak berjaya menjajah bumi terjadinya permulaan perjalanan Isra' Mikraj pada lebih 1400 tahun dahulu.

Beberapa kali berita di TV menayangkan beberapa penduduk Palestin yang ditembak, yang dibom. Bila disoal kepada mereka tentang apa yang sedang berlaku, jawapan mereka kepada pemberita persis seperti ayat di atas, menunjukkan hati-hati mereka masih bergantung kepada Allah yang sudah pasti tentu akan memberi balasan buruk kepada Yahudi suatu hari nanti di atas perbuatan mereka menghina umat Islam.

Bercakap mengenai isu Palestin, maka ingatlah kita sabda Rasulullah SAW, bahawasanya di akhir zaman nanti, Islam akan dimenangkan oleh Allah dan Yahudi akan dihina dan dikalahkan didalam peperangan sehingga pokok dan batu akan bercakap "Wahai orang Islam, orang Yahudi ada di belakang ku ini, datanglah ke sini dan tangkaplah mereka." Kecuali sejenis pokok yang Rasulullah menyebutnya sebagai pokok ghorqod, iaitu sejenis pokok Yahudi yang akan mendiamkan dirinya demi menyelamatkan orang Yahudi.

Sesetengah ulama' berpendapat yang dinamakan pokok Ghorqod itu adalah negara-negara islam yang tidak turut bersama dalam menewaskan perjuangan tentera regim Zionis di bumi Palestin.

Balik kepada persoalan asal, kita perlu redho dengan apa yang telah Allah takdirkan berlaku. Takut-takut persoalan yang timbul akan menyebabkan larinya aqidah kita maka akan dikhuatiri hidup kita sebagai muslim, tapi matinya kita sebagai kafir. na'uzubillahi minzalik.

Wednesday, February 11, 2009

WAJAH SYUHADA' GHAZZAH

"Jangan kamu sangka mereka itu mati, bahkan mereka berada di sisi Tuhan mereka bersama burung-burung hijau di syurga"

Wahai sahabat-sahabat ku.. tatapilah wajah wajah syuhada ini. Sesungguhnya mereka telah menemui Tuhan mereka dalam keadaan sejahtera, kekal abadi dan akan memberikan syafaat kepada ahli keluarga mereka...

Dapatkah kita mencapai peluang seperti mereka?

Allah matlamat kami..
Rasul ikutan kami...
Al-Quran panduan kami..
jihad jalan kami..
Syahid cita-cita kami...


الموت في سبيل الله أسمى أمانينا




Bangga mendapat syahid yang diidamkan


Tiada yang Lebih Hebat dan Manis selain Syahid





Pergi Mendapatkan Janji Allah swt



Aku Mendapatkan Kekasihku ...oh TuhanKu





Tiada sinar dan Cahaya seindah Cahaya dan Sinar Syurga