Wednesday, April 14, 2010

Tentatif Kursus Rawatan Islam Di Alor Setar - 16hb & 17hb April

sekadar tolong hebahkan. Ustaz kata hari tu supaya tlg hebahkan kpd orang ramai. So di sini saya copy n paste sebiji sebulat dari blog ustaz azrin.

Jom kita hadir beramai2.




KURSUS RAWATAN UNTUK DIRI DAN KELUARGA

PADA : 16hb APRIL 2010 DAN 17hb APRIL 2010

TEMPAT : DEWAN THEATRETTE, MUZIUM NEGERI KEDAH, LEBUHRAYA DARUL AMAN, BAKAR BATA 05100 ALOR SETAR, KEDAH

FASILITATOR : USTAZ AZRIN ABDUL KARIM

YURAN : RM 150.00

SILA HUBUNGI : USTAZ AZRIN 013 3239822 / EN AZFA RIZAL 012 5144106

ATURCARA MAJLIS

HARI PERTAMA - 16HB APRIL 2010

8.00am : Pendaftaran

9.00am : Pengenalan Alam Jin dan amalan ahli sihir

10.00am : Minum Pagi

10.20am : Jenis-jenis gangguan Jin dan Sihir, Tanda2 gangguan, Rawatan Ruqyah Syar’iyyah sebagai ikhtiar

12.00am : Rehat / Makan tengahari / Solat Jumaat

2.30pm : Mengenal diri melalui rahsia kekuatan minda

4.15pm : Minum Petang / Solat Asar

4.45pm : Asas seorang perawat, kelengkapan2 perawat dan langkah2 asas didalam rawatan, Ayat2 ruqyah, amalan-amalan perlindungan diri dan rawatan

5.45pm - Bersurai

HARI KEDUA - 17 APRIL 2010

9.00am : Amalan warisan ulama’ silam, Ibu Ruqyah – rahsia surah al-fatihah, Rahsia zikirullah, dan rahsia pernafasan untuk membenteng diri, praktikal latihan pernafasan

10.00am : Minum Pagi

10.20am : Simulasi Rawatan dan teori kaedah-kaedah rawatan

12-40pm : Rehat / Makan tengahari / Solat Zohor

2.15pm : Pengijazahan, Praktikal, Rahsia Perawat Cemerlang, Soal Jawab, Penutup

4.15pm : Minum Petang, Solat Asar dan Bersurai

Semoga Allah swt merahmati dan memudahkan segala urusan di majlis kita pada hari tersebut. Amin.

Thursday, April 8, 2010

RASUAH

Baru semalam saya ada sebut tentang amalan rasuah yang jarang diperkatakan dan jarang dikaitkan dengan agama. Selalunya amalan rasuah dikaitkan dengan kurangnya sifat integriti seseorang itu sama ada dia adalah seorang penjawat awam, kakitangan keselamatan dan sebagainya.

Tapi hari ini Alhamdulillah, qutbah Jumaat di Masjid Taman Bukit Chedang, Seremban, Negeri Sembilan telah mengutarakan tajuk "Rasuah: Pengkhianatan Kepada Negara". Walaupun saya kurang senang dengan tajuknya, namun isi kandungannya membuatkan hati saya berasa sedikit lega kerana ia bukan sahaja memberi hujah menjurus kepada soal integriti, tapi juga menyebutkan akan balasan yang akan diterima oleh si PEMBERI dan si PENERIMA RASUAH oleh Allah SWT.

Kadang-kadang saya termenung sejenak memikirkan realiti kehidupan kita hari ini. Si penerima selalu dipersalahkan, manakala si pemberi dikatakan sebagai mangsa sedangkan kedua-duanya adalah pesalahlaku dalam kes rasuah. Kedua-duanya akan dihumban ke dalam neraka (Wal 'iyazubillah). Selalunya kita akan kata (contohnya) polis mintak rasuah untuk 'settle' atau abaikan saman yang akan dikeluarkan atas kesalahan lalulintas. Adakah poolis sahaja yang dipersalahkan? kalau semua orang tidak memberi (duit kopi) walaupun diminta, adakah akan ada yang meminta lagi selepas ini?

Kepada YANG MEMINTA, ingatlah bahawa duit itu akan kita suapkan ke mulut anak isteri kita di rumah. Duit itu akan menjadi darah daging zuiriat keturunan kita. Adakah kita rela zuriat keturunan kita diwarisi dengan darah-darah dosa dan kotor atas perbuatan kita sendiri? Ingatlah!!! Rezeki yang tiada keberkatan, takkan cukup walaupun banyak.

Kepada YANG MEMBERI. Ingatlah, anda bukanlah mangsa. Tetapi anda adalah rakan subhat kepada penerima. Dan hukuman Allah kepada kamu adalah sama sahaja seperti hukuman terhadap si yang MEMINTA.

Jadi,

SI YANG MEMBERI
1. biarlah kita disaman, bayarlah saman. Kerana kita yang telah lakukan kesalahan yang menyebabkan kita disaman.

2. Biarlah kita menunggu giliran, redhalah dengan 'First come first serve', janganlah ambil bahagian atau hak orang lain.

3. Tanggunglah kesalahan yang telah kita lakukan, janganlah memberi 'suapan' agar kesalahan kita di'padam' atau di'senyap'kan

SI PEMINTA
1. ingatlah zuriat keturunan kita. Jangan redhakan atau jangan izinkan keturunan kita dicemari oleh perbuatan kita

2. ingatlah 'Allah akan menghitung setiap amalan yang baik mahupun yang buruk walaupun sebesar zarah, kita tak akan terlepas.

3. seperti kata-kata yang dipetik dari ulama besar negeri Johor daril Takzim, Syeikh Nabil Al-Juhry. "Lu pikir la sendiri..."

p/s: Dulu rasuah sorok-sorok, bawah meja, kat tempat tersembunyi, la ni rasuah depan-depan tak kisah pun.. sebab nama dah ubah ke "duit kopi", "pelincir", "pemudahkira", dll. Macam SURE HEBOH yang pernah difatwakan HARAM sebelum ini la. Bila ubah ke JOM HEBOH je, terus HALAL..

Sapa yang tak mau duit, tapi biarlah dari SUMBER YANG HALAL LAGI DIBERKATI

DOSA VS SAMAN

Baru-baru ni saya ke Pahang, singgah sekejap kat rest area. Kebetulan berselisih dengan seorang brader ni, nampak kelam kabut memegang sesuatu dan tiba-tiba 'barang' yang dipegang itu jatuh depan saya. Cepat-cepat dia ambik dan masukkan dalam poket seluar dia.

Sambil tersenyum gabra disebabkan dia nampak saya dok tengok kat dia, dia pun kata;

"Boleh ka isap rokok kat sini...?"

Saya jawab, "kenapa?" (sedangkan saya dah tau sebabnya)

Dia jawab, "Ya la... dan kat Pahang ni dah keluar fatwa HARAM Merokok. Silap-silap nanti kena SAMAN pulak"

Saya pun jawab, "Nak isap, isap la. Tak kena saman la.."



Terus kami pun tukar topik perbualan dan saling bertaaruf antara satu sama lain.

Apa kesimpulan yang kita boleh buat dari perbualan saya dengan brader tersebut?

1. manusia lebih takut kena SAMAN melebihi takut akan DOSA Allah yang akan membawa mereka ke neraka Allah (Na'uzubillahi min zalik )
2. Kesalahan yang digariskan Allah tidak dipandang berat oleh manusia (Sama juga dengan Rasuah, tak pernah lagi nampak signboard cth: "RASUAH ITU DOSA" atau "PERASUAH TEMPATNYA DI NERAKA" di Malaysia ni)
3. Penguatkuasaan HARAMnya merokok itu perlu dilakukan dengan lebih berkesan dan menyeluruh oleh setiap agensi di Malaysia terutamanya negeri-negeri yang telah menggezetkan fatwa HARAMnya merokok.


Sapa-sapa ada cadangan lain utk dilihat oleh pihak pemerintah? Sila tinggalkan cadangan anda di ruangan komen. TQ