Monday, August 31, 2009

SEBAT DUNIA DAN SEBAT ISLAM


Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing.

Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Apabila asasnya adalah nas, maka ia adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ia berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya.

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ia memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan.

Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam.

Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.

Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – sama ada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk Aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!

DALAM ISLAM, SEMUA MANUSIA SAMA. BEZA HANYA TAQWA BG ALLAH

Pada tahun 2008, seorang Permaisuri Arab Saudi bernama Permaisuri Lulwa telah kembali ke rahmatullah dan di sembahyangkan di Masjidil Haram. Yang kagumnya bila melihat masyarakat Arab Saudi ni menguruskan jenazah tersebut. Kelihatan tak ada beza antara jenazah permaisuri tersebut dengan jenazah org lain, kerana pada waktu tersebut terdapat 2 lagi jenazah yang disembahyangkan bersama.

Tidak ada upacara berasingan. Semasa diumumkan utk solat jenazah, tidak pula disebutkan kepada jemaah bahawa akan dilakukan solat jenazah bg seorang permaisuri. Yang disebut hanyalah "Assolatu 'alal amwati yarhamu kumullah". Maksudnya "solat utk org2 mati semoga dirahmati Allah".

Dan dapat dilihat, jenazah diusung tanpa keranda emas atau sesuatu yang membezakan dengan orang awam. Kalau di Malaysia, mesti buat kat Balai rong seri, pastu buka pula utk tatapan org ramai. Pendek kata hidup istimewa sejak dalam buaian hingga liang lahad.

Allah Swt bersabda yang antara lain maksudnya;
"Sesungguhnya paling mulia dikalangan kamu disisi Allah adalah yang lebih bertakwa"

Sesuatu yang kita perlu fikirkan bersama.

Sunday, August 30, 2009

1 malaysia: Orang Islam dibela di dalam Gereja?

"Ustaz, boleh tak sampaikan sedikit kuliah dalam 10 minit pada saudara-saudara kita di sini" minta kak Liza.

Mmm, eee, kita taaruf dahululah ye, Nama saya…..

Inilah pertama kali dalam hidup saya, sejak bergelar ustaz, tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan.

Hari ini 23 Jun jam 12.30 tengah hari, saya bersama pesakit HIV positif. Pada hal ketika ini, penghuni semua sedang tidur, berehat setelah makan ubat. Tetapi mereka semua bangun kerana mendapat tahu seorang ustaz datang melawat mereka.

Saya tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan bukan kerana mereka pesakit HIV. Tetapi, tempat kami menyampaikan kuliah agama ini ialah di dalam sebuah gereja.

Tetapi inilah hakikatnya. Tempat perlindungan pesakit HIV bagi orang dewasa adalah di gereja. Orang bukan Islam yang menaungi mereka, dan sudah beberapa yang mati di sini.

Menurut Kak Liza, bagi pesakit HIV dewasa, tidak ada tempat perlindungan yang dibuat oleh orang Islam.

Majlis Agama Islam Selangor pernah bercadang untuk membuatnya, tetapi hingga sekarang belum menunjukkan apa-apa perkembangan.

Saya malu pada diri saya saat ini. Seolah-olah, saya diberi tahu,

"apa lah kamu orang Islam ni, cakap aje pandai, saudara seIslam yang sakit pun tidak dihiraukan".

Selesai taaruf, salah seorang dari mereka memberi tahu,

"Imam masjid sebelah selalu datang"

Hati saya menyapa:-

Kenapa tidak dibuat di masjid sahaja tempat perlindugan ini, bukannya tak ada tanah…"

"Pihak MAIS ada jugalah jengok kami, tapi jarang-jarang. Dalam sebulan sekali lah."

Hati saya menyapa:-

"Kena sampaikan ni, pada sahabat-sahabat dari MAIS. Kena buat sesuatu."

Saya masih kelu dan tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan. Tajuk apa yang saya nak sampaikan?

Tajuk Ukhuwah? Tajuk berkasih sayang sesama Islam? Tajuk "semua perkara ada hikmah"? Tajuk apa? Tajuk apa yang sesuai?

"Aduhai Tuhan.. kenapa aku di sini hari ini.." rintih hati saya atau lebih tepat:-

"Kenapa sekarang baru dapat tahu, kenapa tidak peka, kenapa tidak dari dulu lagi aku datang menjenguk sahabat-sahabat seIslam di sini.."

Akhirnya saya menyampaikan sedikit tazkirah, tak sampai dua minit. Saya hanya membicarakan mengenai kasih sayang Allah pada manusia. Semakin banyak saya berkata, semakin banyak hati saya berkata:-

"Ah… pandai cakap aje, apa yang kamu buat hah…"

Tazkirah di akhiri dengan sedikit ucapan dari kak Liza.

Majlis berakhir dengan bersalaman. Salah seorang penghuni, dengan suara yang rendah, berkata pada saya:-

"Ustaz.. terima kasih sebab datang ye.."

Nak menitik air mata saya melihat mereka. Dari mata mereka, mereka seolah-olah....

untuk kisah lanjut sila layari :
http://kedahlanie.blogspot.com/2009/08/1malaysia-ada-orang-islam-di-bela-oleh.html

APA DAH JADI? 1 MALAYSIA. MANA ISLAM HADHARI PERGI?


suatu ketika dulu hampir kesemua media arus perdana bersama pimpinan umno/bn sibuk menghentam Replika DSAI yang didirikan berhampiran simpang empat jalan sungai tua batu caves...

mereka dengan begitu lantang menyatakan para penyokong pkr memuja replika tersebut dan berbagai bagai lagi tohmahan..

apa yang anda saksikan adalah replika najib yang lebih besar yang didirikan di dalam perkarangan kuil batu caves sempena sambutan 1 malaysia di kuil batu caves dan menyambut kedatangan najib pada hari ini ( ahad ) jam 4:00 petang.

beberapa masyarakat india yang ditemui juga melahirkan rasa kecewa mereka apabila replika tersebut seakan membelakangkan dewa mereka...

SEKARANG KLIK DISINI DAN BACA SENDIRI KENYATAAN BANGANG YANG MEMAKAN DIRI MEREKA... KITA TUNGGU KENYATAAN TERBARU DARI MEREKA.. KAH KAH KAH

petikan dari : http://kedahlanie.blogspot.com/2009/08/1malaysia-sekarang-dah-halal-ke.html

Thursday, August 27, 2009

TERBUKA LAH PEKUNG 'NEGARA ISLAM' MALAYSIA

Ini lah caranya Allah nak ajar manusia di muka bumi ini. Jangan berlagak seperti Tuhan. Yang dapat merancang dan menentukan segala-galanya.

Kini seorang bekas model Kartina, ingin hukum Islam dilaksanakan ke atas dirinya yang telah terlanjur dengan meminum minuman keras. Kartina meminta hukuman sebat dijalankan ke atasnya, selari dengan tuntutan hukuman hudud yang Allah telah tentukan di dalam Al-Quran. Apabila hukuman dijalankan mengikut hukum Allah, maka langsailah kesalahannya kepada Allah. Kalau mati dia setelah menjalani hukuman tersebut, nescaya seperti baru dilahirkan dari perut ibunya (kecuali dosa2 lain yang belum ditebusnya).

Kini, para pemimpin negara sedang tidur tak lena. Kena cari bermacam-macam alasan. Yang dahulunya depa kata hudud tak boleh dilaksanakan di malaysia kerana masyarakat majmuk, kini pesalah sendir imintak dihukum mengikut hukum syarak. Alangkah besarnya dosa pemimpin itu jika permintaan pesalah itu tak dapat ditunaikan.

Mereka kata, "Negara kita tak dapat laksanakan lagi hukum sebat ini sebab tukang sebat syariah tak ada lagi". Masyaallah... sebuah negara Islam belum ada tukang sebat. Nampak sangat depa ni tak dak cita-cita nak laksanakan hukuman Allah ini.

Ingat... kita bakal sambut hari kemerdekaan ke 51 tahun beberapa hari lagi. Mereka kah kita dari penjajah?

Terima kasih Ya Allah, ini lah caranya Engkau mengajar kami yang percayakan keesaan-Mu dan kami juga lah yang mengakui bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh-Mu. Celaka lah mereka yang tidak mempercaya dan beriman kepada-Mu.

Wednesday, August 26, 2009

MUNGKIN RAMAI YANG DAH LUPA.. TAPI TIDAK KEPADA PENCINTA ISLAM

Renungilah kembali peristiwa kezaliman pemerintah 'Negara Islam?' yang dengan tanpa ada perasaan insaf MEROBOHKAN RUMAH ALLAH yang mulia di terengganu suatu ketika dahulu.

Masihkah kita boleh berbangga dengan kerajaan kita? Bak kata pepatah melayu nabil, "Lu pikir la sendiri..."

IST... NAK PRK LAGI KA NI...?

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Dr. Abdul Isa Ismail tidak akan menimbangkan semula keputusan mahu wakil rakyat Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif digugurkan kerana gagal menghadiri persidangan DUN sebanyak dua kali berturut-turut tanpa kebenarannya.

Tegasnya, beliau tetap dengan pendiriannya itu kerana tiada ruang untuk membuat pertimbangan mengikut peruntukan Artikel 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri sekalipun berasaskan budi bicara.

“Nak timbang macam mana kerana peruntukan itu begitu tegas,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas permintaan agar menimbangkan semula keputusannya yang mahu Abu Hasan mengosongkan kerusinya berdasarkan Artikel 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Wira Mohd. Johari Baharom semalam dilaporkan berkata, kerajaan negeri pimpinan Pas seharusnya menumpukan perhatian kepada pembangunan negeri itu daripada memenuhi kepentingan diri semata-mata.

“UMNO tidak menafikan kesalahan Abu Hasan tetapi perkara itu boleh diselesaikan tanpa melalui pilihan raya kecil,” katanya.

Abdul Isa berkata, dalam soal ini, ADUN Kota Siputeh itu tidak seharusnya meminta maaf kepada beliau berhubung kegagalan menghadiri sidang DUN kerana mendakwa kesalahan itu dilakukan Abu Hasan kepada pengundi di kawasannya.

Katanya, Abu Hasan perlu bertanggungjawab mengenai tindakannya itu kepada rakyat di DUN berkenaan dan sewajarnya meminta maaf kepada mereka.

“Saya tiada kuasa untuk memaafkan ADUN Kota Siputeh daripada sudut itu kerana kesalahan itu pada rakyat.

“Saya hanya melaksanakan apa yang diperuntukkan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah,” katanya.

Sehubungan itu, kata Abdul Isa, beliau sedang menunggu keputusan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut berhubung perkara berkenaan.

Isu Abu Hasan menjadi kontroversi selepas Abdul Isa menulis surat kepada SPR memaklumkan kerusi Kota Siputeh kosong kerana Abu Hasan dua kali berturut-turut tidak hadir persidangan DUN tanpa kebenaran Speaker pada 19 April dan 9 Ogos lalu.

Mengikut Artikel 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, mana-mana anggota DUN yang tidak hadir persidangan dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker maka kerusi itu hendaklah dikosongkan.

Abdul Isa sebelum ini bertegas dengan keputusannya dan menolak penjelasan Abu Hasan bahawa beliau sakit dan turut menolak permohonan maafnya.(UM)

SUMBER: http://www.tkodaily.net/v2/modules.php?name=News&file=article&sid=916

Tuesday, August 25, 2009

SUBHANALLAH... Budak baca Quran

Malu la kita sebagai org dewasa yang keluar pula dari perut ibu yang sudah beragama Islam, kalau tak pandai dan tak mau memajukan diri kita untuk memperhebatkan dalam bacaan al-Quran ni...



BERZIKIR LAH KEPADA ALLAH

Perdengarkan lah alunan zikir sebagai hiburan kepada jiwa kita. Kurangkan mendengar alunan muzik duniawi yang melalaikan hati.

Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang...


CUKUP LA TU....

Dah 7 - 1 dah ni.. cukup la.. Awat yang payah sangat nak mengaku org tak suka kat depa tak tau...?

Mungkin ni cara Allah nak ajar manusia bongkak yang rasa diri depa tu macam Tuhan. Hanya depa yang mampu memerintah, orang lain tak tau nak tadbir negara. Ni Allah ambik satu per satu dari depa. Tu pun menang satu kat Borneo. Kat sana kalau PAS boleh menang tak tau la nak kata apa.

Mai la Islam Hadhari ka, 1 Malaysia ka.. lepas ni tak tau la sapa nak jadi PM lak ni sebab teori RAHMAN dah tamat dah. Lepas N (Najib) tak tau la huruf apa nak timbul. Silap2 dengan tamatnya teori RAHMAN tu, maka tamat lah riwayat pemerintahan BN kat Malaysia tercinta ni. Insyaallah, Wallahu a'lam dan La haula wala quwwata illa billah. Hanya Allah yang akan tentukan.

Kita yang cintakan Malaysia, cintakan keamanan dan cintakan ISLAM, hanya mengharap suatu hari nanti Daulah Islamiyah akan muncul di sini... Amin ya Rabbal 'alamin.

ALLAHU... ALLAHU...

Perdengarkan halwa telinga ni... masyaallah.. sungguh damai rasanya (walaupun xpaham apa dia kata.. :D )

Sunday, August 23, 2009

Syurga dan Neraka : Calon - calonnya ...


1. Umno dan BN sangat konsisten menyerang Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dato' Seri Anwar Ibrahim . Mereka menggunakan pelbagai sarana termasuk TV dan surat khabar tanpa henti . Secara politiknya , serangan itu dianggap usaha untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat dan sekaligus melumpuhkannya.

2. Rupanya UMNO dan BN terlalu rapuh dan lemah . Saat ghairah mereka menyerang peribadi kedua - dua tokoh pemimpin itu , kelihatan mereka begitu gah dan perkasa menghunus segala senjata yang mereka miliki untuk menjatuh dan membunuh karektor lawan mereka . Namun sesekali berpeluang Pakatan Rakyat membongkar segala penyelewengan dan kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan BN , jelas mampu membuatkan mereka menggelumpur .

3. Terbaru apabila Tuan Guru menegaskan bahawa pengamal - pengamal Islam palsu tidak boleh masuk syurga . Suatu kenyataan membuatkan pemimpin UMNO dan BN seperti kehilangan arah lalu melepaskan peluru tabur kesegenap penjuru . Menggunakan akhbar dan TV tanpa simpati , berminggu - minggu tanpa henti . Tiada peluang Tuan Guru memberi penjelasan dan pencerahan bagi isu yang timbul .

4. Lebih malang mereka menggunakan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menyerang setelah beberapa ahli akademik turut diseret untuk menyerang Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat . Malang yang saya maksudkan ialah bagaimana Majlis Fatwa Kebangsaan yang sangat lembab untuk mengeluarkan fatwa berkait isu ISA dan pelbagai isu besar yang melanda negara tetapi tiba - tiba berubah menjadi pantas mengeluarkan fatwa dalam isu "syurga" ini sehingga tidak sempat memanggil Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengadap dan mengambil keterangan dari beliau sendiri . Cukup laporan Utusan Malaysia , Majlis Fatwa bersidang dan mengeluarkan fatwa .

5. UMNO dan BN kelihatan sangat kecewa apabila disebut tidak boleh masuk syurga . Ertinya mereka masih menyimpan hasrat nak masuk syurga . Tetapi malang mereka seperti tidak memahami atau mengetahui bagaimana kriteria dan ciri - ciri ahli syurga atau dalam erti nilai yang lain , mereka nak masuk syurga kononnya tetapi melakukan perangai dan tingkah laku ahli neraka . Walhal ciri - ciri ahli syurga dan neraka ini telah dijelaskan oleh Allah swt dan rasulNya saw. Sementara Tuan guru Nik Abdul Aziz hanya mendedahkannya !

6. Sabda Rasul saw :

كل أمتي يدخلون الجنة إلا من أبى قيل و من يأبى يا رسول الله
قال من أطاعني دخل الجنة و من عصاني فقد أبى

Semua ummatku layak masuk syurga kecuali mereka yang sengaja enggan masuk syurga . Sahabat bertanya : Siapakah yang enggan masuk syurga itu ya Rasulullah ? Jawab Rasulullah saw : sesiapa yang taat kepadaku layak masuk syurga dan sesiapa yang menderhakaiku maka sesungguhnya ia lah orang yang enggan masuk syurga .

Hadis ini menjelaskan kepada kita calon syurga ialah mereka yang taat kepada Allah swt dan melaksanakan sunnah Rasulullah saw sementara calon neraka pula ialah mereka yang , melanggar perintah Allah swt , melakukan maksiat dan mungkar serta derhaka kepada Allah swt dan RasulNya .

7. Antara calon neraka ialah mereka yang melampaui batas agama . Tidak peduli dosa dan pahala . Mereka bertindak berasaskan nafsu dan syahwat . Memburu kepentingan politik dan duniawi tanpa peduli halal dan haram . Demikianlah firman Allah swt :


فَأَمَّا مَنْ طَغَى وَآثَرَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا فَإِنَّ الْجَحِيمَ هِيَ الْمَأْوَى

Maka adapun sesiapa yang melampaui batas [ melakukan perbuatan yang ditaja oleh nafsu dan syaithan ] dan terlalu kemaruk dengan kehidupan dunia sehingga mengabaikan akhirat maka sesungguhnya neraka jahannam lah tempat tinggal yang layak buat mereka .

8. Sementara calon syurga pula ialah mereka yang takut kepada Allah swt Tuhan yang maha Agong . Tidak berani mengangkat muka untuk derhaka dan melanggar hukum Allah swt . Juga orang yang mencegah dirinya dari perangkap nafsu dan syahwah serta bebas dari melakukan perbuatan terlarang seperti rasuah , judi , arak , zina , pecah amanah , zalim dan sebagainya . Firman Allah swt :


وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَى فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَى

dan adapun mereka yang takut kepada Tuhannya yang Maha Tinggi dan mencegah dirinya dari nafsu dan syahwah maka sesungguhnya syurga adalah tempat tinggalnya yang paling layak .
Surah an Naazia't : 38 - 41

9. Tegasnya syurga tidaklah mudah untuk dimasuki melainkan mereka yang bertaqwa kepada Allah swt , justeru Syurga hanyalah diwariskan kepada mereka yang bertaqwa . Taqwa dengan maksud tunduk dan patuh kepada perintah Allah swt dan meninggalkan semua perkara yang dilarang oleh Allah swt .


تِلْكَ الْجَنَّةُ الَّتِي نُورِثُ مِنْ عِبَادِنَا مَنْ كَانَ تَقِيًّا

Demikian syurga yang kami wariskan dari kalangan hamba - hamba kami akan mereka yang benar - benar bertaqwa .
Surah Maryam : 63


10. Sebahagian dari penegasan Al Quran sebagai kalamullah dalam menetapkan calon neraka dan calon syurga dapat kita lihat dari ayat ini :


بَلَى مَنْ كَسَبَ سَيِّئَةً وَأَحَاطَتْ بِهِ خَطِيئَتُهُ فَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

bahkan mereka yang melakukan kejahatan [ rasuah , pecah amanah , judi , zina , arak , zalim , menganiaya dsbnya ] dan ia terus hanyut tenggelam dalam kejahatannya maka mereka adalah penghuni neraka , mereka pula kekal di dalamnya sementara orang - orang yang beriman dan beramal dengan amalan yang soleh , merekalah penghuni syurga , mereka pula kekal di dalamnya .
Surah Al Baqarah : 81

Ayat - ayat di atas , bolehlah dinilai oleh setiap individu , bagaimana keadaan kita . Ianya pasti sahaja melewati batas sempadan parti politik dan kepentingan suku kaum . Siapa jua yang tidak melandasi hidup berasaskan manhaj rabbani dan sunnah an nabawi maka ia sendiri tahu bagaimana nasib dan masa depannya di akhirat kelak . Selebihnya menjadi milik mutlak Allah swt untuk menetapkan keputusannya berkait syurga dan neraka .

Namun tidaklah salah jika kita menyebut kalau kamu buat begini jawabnya neraka dan kalau kamu buat begini tentunya syurga balasan ke atas kamu . Seperti kita menyebut kepada anak kita , hei awang ! jangan mencuri nanti kamu masuk neraka . atau sebaliknya hei awang ! sembahyanglah kalau kamu nak masuk syurga . Tentu tidak salah perkataan - perkataan tersebut justeru ia bermaksud untuk mendidik anak bukan menentu syurga atau neraka buat sang anak .

Tuan Guru adalah guru kepada ummah . Bukan sahaja mendidik anak tetapi ia mendidik seluruh masyarakat lalu ia berkata hei UMNO ! kalau kamu amalkan Islam Palsu , kamu tidak akan masuk syurga .

dipetik dari : http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/08/syurga-dan-neraka-calon-calonnya.html

Tuesday, August 18, 2009

Ulama diminta keluarkan fatwa

PETIKAN UTUSAN MALAYSIA | RABU 19 OGOS 2009

PUTRAJAYA 18 Ogos - Majlis Fatwa Kebangsaan dan para ulama di negara ini diminta mengeluarkan fatwa berhubung kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa penyokong UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan tersebut wajar dilaksanakan segera kerana ia menyentuh soal hukum agama dan akidah umat Islam.

Selain itu, jelasnya, umat Islam perlu diberikan maklumat yang sahih dan benar agar tidak mudah terkeliru dengan sebarang kenyataan yang dianggap tidak munasabah.

"Saya fikir adalah lebih sesuai dan wajar alim ulama di negara ini meneliti apa yang diungkapkan oleh Nik Abdul Aziz itu.

"Biar mereka beri pandangan sama ada apa yang dikeluarkan oleh beliau (Nik Abdul Aziz) betul dalam Islam atau bercanggah dan apa hukumnya berbuat demikian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku Siri Evolusi Kepimpinan 1: Tinjauan Teori-Teori Terpilih yang ditulis oleh Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Profesor Khairil Annas Jusoh di sini hari ini.


KOMEN SAYA

Bagus la kalau mcm tu.. biar Majlis Fatwa kaji apa yang diucapkan oleh Tuan Guru Nik Aziz (TGNA). Biar semua ucapannya diteliti dan dikaji. Dengan syarat kaji teks ucapannya yang asal, bukannya ucapan yang dilaporkan oleh media yang ternyata telah diedit dari kenyataan asal TGNA. Bila dah kaji, pastu mintak Majlis Fatwa keluarkan fatwa ttg statement TGNA dan kalau benar apa yang diucapkannya, saya mintak keluarkan fatwa mintak semua laksanakan apa hajat TGNA.

Macam mana? Ada berani ka? Majlis Fatwa kena kaji sama mcm mana arak boleh dijual kepada org Islam, kaji juga halal haram isap rokok dan laksanakan diperingkat kebangsaan, jgn mufti negeri saja yang keluar fatwa pastu semua xmau ikut fatwa.

Sila la kaji no...

Friday, August 14, 2009

DARI-NYA KITA DATANG DAN KEPADA-NYA KITA AKAN KEMBALI

Takziah diucapkan kepada kaum kerabat Ust Asri (Rabbani) di atas pemergian mengejut beliau. Ternyata beliau telah berusaha menyampaikan dakwah dengan pendekatannya tersebdiri sehingga nafasnya yang terakhir.

Perginya juga semasa sedang dalam rakaman bagi program Syahadah terbitan RTM. Dan difahamkan beliau sebenarnya kurang sihat pada hari tersebut, namun di atas alasan dakwah dan amanah, beliau sanggup mengenepikan kesihatan beliau untuk meneruskan rakaman program. Ditamatkan pula kalamnya dengan sebutan "Allah..." semasa jasadnya rebah tidak bermaya. Subhanallah... sungguh cantik penamat kehidupan ust Asri. Hanya Allah yang tahu balasan yang akan diterima oleh Ustaz Asri. Kita hanya mampu mendoakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan siddiqin, syuhada dan para solihin.

Namun perlu difikirkan, di manakah dan dengan cara apakah diri kita akan pergi menghadap tuhan. Semua yang hidup tetap akan mati. Sama ada mati atas katil, mati di atas jalan raya, mati di hospital, mati dalam ambulan, mati di dalam kelab malam, di pasar malam, pusat dangdut, kedai arak, kedai 4 digit, kedai makan, stadium bola sepak, atau mati di dalam masjid, mati sedang mengumpat orang, mati sedang berjihat di jalan Allah atau di mana-mana sahaja. Mati tetap akan mati. Cuma kaedah mati tu biarlah mati yang mulia di sisi Allah SWT.

Marilah kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada roh Ustz Asri, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT.

AL-FATIHAH....

Tuesday, August 11, 2009

KAMI BUKAN ISLAM, TAPI KAMI SOKONG ISLAM

Kata-kata di atas bukan asing lagi di zaman ini. Sudah ramai orang bukan Islam yang telah nampak kebaikan dan keindahan Islam, namun cahaya hidayah dari Allah SWT belum sampai di hati nurani mereka.

Perkara ini bukan suatu yang pelik dalam sejarah Islam itu sendiri kerana orang yang pertama sekali yang merupakan bukan Islam tapi tetap menyokong dan memberi perlindungan kepada pendakwah Islam yang unggul adalah bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Abu Talib. Beliau dengan bersungguh-sungguh menyokong dan mempertahankan setiap tindak tanduk Rasulullah dalam menyebarkan dakwah tauhid kepada Allah SWT. Beliau juga telah memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang berhajat untuk menyakiti dan menentang dakwah Rasulullah sedangkan dirinya bukan dikalangan Muslim.

Ini lah kehebatan dan kekuasaan Allah yang ingin ditunjukkan kepada sekalian umat manusia bawaha hatta Rasul pun tidak dapat memberi hidayah kepada manusia. Tugas Rasul hanya menyampaikan risalah kebenaran, begitu juga sehingga Hari Kiamat, ulama dan para da'ie hanya berperanan sebagai penyeru. Hanya Allah yang mampu mencampakkan cahaya hidayah ke dalam hati-hati manusia yang Dia inginkan.

Sekarang sudah ramai orang belum Muslim yang menyokong Islam. Masalahnya cuma, terdapat tentangan-tentangan yang datangnya dari golongan Muslim itu sendiri. Muslim yang hanya Muslim pada nama, Muslim yang hanya ingin menunjukkan kepada orang yang dia juga Muslim, pada hal hukum hakam Allah SWT tidak dipatuhinya.

Muslim sejati adalah Muslim yang bercita-cita tertegaknya hukum Allah sebagai perlembangaan negara yang tidak membezakan antara bumiputra dan ukan bumiputra, melayu, cina atau india, atau iban, bidayuh, kadazan, orang asli dan sebagainya. Yang tidak membezakan antara rakyat dan pemerintah. Hukum Allah tidak hanya kepada rakyat, bahkan hukum yang sama dikenakan kepada pemerintah sekiranya melakukan kesilapan yang sama.

DOA APABILA MENDENGAR MUSIBAH

Selalunya kita akan kata "Inna lillahi wa inna ilaihi ra ji 'un" bila kita mendengar berita kematian. Sebenarnya doa ini bukan sahaja utk dibaca apabila mendengar berita kematian, bahkan doa ini perlu dibaca apabila kita mendengar berita musibah yang berlaku. Contohnya seperti berita kebakaran, berita kemalangan (walaupun tanpa kematian) dan lain lain.

Doa ini akan menjadi lebih bagus jika kita lengkapkan dengan doa seperti di bawah ini.

Semoga kita semua akan mengikut jejak Rasulullah secara sebenar-benarnya.

http://www.youtube.com/watch?v=n30-Dzdlo84

Monday, August 10, 2009

Wahai pemuda perjuangan!

Sumber: http://passandakan.blogspot.com/

Jalan di hadapan kita terentang jauh dan berliku. Jalan yang telah dirintis oleh pendahulu kita juga panjang dan berliku. Kita tidak tahu bilakah akan kita temui penghujung jalan ini. Namun kita yakin, malah wajib meyakini bahawa penghujung jalan perjuangan ini adalah ganjaran syurga daripada Allah SWT.

Kita telah memilih untuk hidup berjemaah. Maka bergerak dan berkerjalah sebagai sebuah jemaah. Jemaah adalah laksana koloni sang anai-anai yang bisa meranapkan sebuah bangunan tinggi. Kitalah koloni itu, yang bertekad meruntuhkan sebuah bangunan yang dibina oleh para juhala sehingga terbentuk menara jahiliah yang berdiri kekar sehingga kini. Biar…biar betapa sukar…kita perlu bulatkan tekad. Miski kita mati sebelum melihat keruntuhannya, asal kita mati dalam perjuangan mulia ini.

Jemaah juga merupakan satu arus yang mengalir dari legeh pergunungan. Ia telah mengalir melintasi segala hutan dan belantara. Ia telah mencelah segala lembah, jurang maupun dataran pamah. Ia juga telah mengalir menembusi desa dan kota. Ia akan tersu mengalir dan tidak akan pernah berhenti sehingga menemui penghujungnya yang bersatu di al-kauthar. Janganlah letih dan malas dengan perjalanan panjang berliku sungai jemaah ini. Kerana tiada sungai yang mengalir terus melainkan sungai jemaah yang mendokong perjuangan kebenaran ini.

Jemaah…laksana angin yang menderu. Ke barat dan timur harus sehala berpadu. Nyahkan gumpalan awan kebatilan yang menghalang. Angin jemaah akan bertiup dalam kondisi apapun. Sebagai angin sepoi-sepoi bahasa maupun sebagai ribut membadai. Angin ini adalah angin perjuangan suci dan tidak pernah akan berhenti hinggalah direnggut sor-sor akhir zaman.

Oleh itu, bagi yang telah memilih jemaah ini sebagai medan perjuangan, semoga penggabungan anda akan menjadikan anda salah satu mata rantai para pendahulu yang telah pergi. Mereka telah mendapat apa yang dijanjikan buat mereka. Kita…mudah-mudahan masih menunggu terkotanya janji itu buat kita.

من المؤمنين رجال صدقوا ما عاهدوا الله عليه فمنهم من قضى نحبه ومنهم من ينتظر وما بدلوا تبديلا

Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merobah (janjinya),

(Surah Al-Ahzab: Ayat 23)

Oleh: Kamaruddin Wahab
Ketua Dewan Pemuda Pas Sandakan
Sesi 2009-2011

Wednesday, August 5, 2009

RAWATAN ISLAM

rupa-rupanya benarlah kata Rasulullah, "berbalik lah kepada al-quran dan hadith". Islam itu 'Syumul', segala-galanya ada dalam Islam. Perawatan penyakit pun sudah termaktub dalam al-quran. Al-Quran adalah syifa' atau penyembuh.

Ayuhlah muslimin dan mukminin. Marilah kita bersama2 belajar ilmu yang diberikan oleh Allah kepada kita. Jangan terlalu bergantung kepada perubatan moden yang kononnya sungguh canggih dari tahun ke tahun. Namun Allah Maha mengetahui. Dia lah yang menciptakan kita dan dia lah yang Maha Tahu akan kelemahan kita semua.

Pentingnya kita belajar Ilmu Perawatan Islam, sila baca kisah pengalaman seorang pengamal perawatan islam yang saya petik dari

http://akrine.blogspot.com/2009/08/pengalaman-merawat-25-jin-barah.html

DEMO GMI -VS- DEMO KG BUAH PALA

Demo Anti ISA : kebanyakan peserta adalah melayu
Demo Buah Pala : majority peserta adalah india

Demo Anti ISA : peserta berhimpun dan berarak untuk ke istana
Demo Buah Pala : peserta berhimpun dan membuat sekatan manusia di jalanan (Sila rujuk Akhbar The Sun 5 Ogos m/s 6)

Demo Anti ISA : tiada pagar manusia
Demo buah pala : ada pagar manusia (Sila rujuk Akhbar The Sun 5 Ogos m/s 6)

Demo Anti ISA : kanak2 hanya terdiri dari sebilangan kecil yang turut ikut mak ayah berdemo dan tiada yang buat pagar kanak2
Demo Buah Pala : kanak2 duduk di atas jalanraya dan membuat pagar kanak2.(Sila rujuk Akhbar The Sun 5 Ogos m/s 6)

Demo Anti ISA : tiada peserta baring di atas jalan..kalau ada pun terbaring akibat jatuh kene henyak dek fru
Demo Buah Pala : peserta baring di atas jalan dan ada yang baring di atas kereta sorong merentasi jalan (Sila rujuk Akhbar The Sun 5 Ogos m/s 6)

Kedua dua demo ada fru dan polis cuma yang berbeza sangat adalah cara layanan polis.

Mengikut laporan Akhbar The Sun..kehadiran polis hanya memantau dan tidak menyebelahi mana2 pihak di Kg Buah Pala
Tetapi demo anti ISA polis bertindak melampaui batas dan jelas memihak kepada kerajaan BN.

Kedua dua perhimpunan tidak mendapat permit namun lihat lah betapa biasednya sikap polis dan pak2 menteri bodoh....apabila kene batang hidung mereka react tapi bile kene tang kerajaan PR (walau jelas punca bende ni gara2 kerajaan BN dulu) mereka dok tepuk tangan dan menghasut HINDRAF agar lebih berapi...tibe2 HINDRAF jadi kawan baik UMNO dan BN..kahkahkah..nak tgk apa blogger penjilat UMNO nak komen apa....
kahkahkahkahkah

Tuesday, August 4, 2009

Status Insuran MCIS Zurich : Halal atau Haram?

Ramai pengguna terkeliru dengan status MCIS Zurich Insurance, ada sebahagian daripada mereka bertanya kepada saya serta bertegas kononnya MCIS adalah halal dari sudut hukum Islam kerana mempunyai penasihat Syariah. Namun demikian, telah saya jelaskan berkali-kali, penasihat Syariah MCIS hanya menjaga bab saham amanah yang diterbitkan oleh syarikat terbabit dan bukannya berautoriti menyemak system insuran MCIS. Ramai juga yang tidak berpuas hati dengan penjelasan saya.

Telah saya jelaskan berkenaan hal ini dalam artikel dan juga respon di ruangan komentar. Buka dan baca pelbagai respond saya berkenaan hal ini dari pelbagai pihak di link .

Malah isu syarikat Insuran Konvensional yang mempunyai beberapa dana pelaburan patuh Syariah ini telah saya tuliskan sebelum ini. Alhamdulillah, kini hasil dedikasi kajian dan usaha seorang sahabat, kini status Insuran MCIS Zurich sama ada ia ia pengendali insuran halal (takaful) atau sebuah insuran konvensional yang beroperasi tanpa menuruti Syariah terjawab.

Berikut adalah jawapan rasmi pihak Bank Negara Malaysia, sebagai respon kepada soalan khusus yang diutarakan oleh seorang yang prihatin.



Ini pula jawapan Bank Negara Malaysia pada 26 Febuari 2009 kepada saya ( iaitu penulis asal info ini bukan UZAR) melalui emel ;

Soalan saya :
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Saya ingin bertanya :
Agen Company MCIS Zurich Insurance mendakwa company ini mempunyai Panel Syariah. Ada ditunjukkan gambar panel berkenaan pada saya. Dan agen ini mendakwa semua product-product MCIS ini adalah halal. Saya keliru status sebenar sama ada ia benar-benar halal atau sebaliknya. Setahu saya yang ada lesen TAKAFUL sahaja yang halal.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
JAWAPAN DARI BANK NEGARA

Kami merujuk e-mel tuan bertarikh 21 Februari 2009 mengenai perkara di atas.

Untuk makluman tuan, MCIS Zurich Insurance (MCIS) didaftarkan dibawah Akta Insurans 1996 dan bukannya dibawah Akta Takaful 1984. Oleh yang demikian, MCIS bukanlah salah satu pengendali takaful yang didaftarkan dibawah Akta Takaful 1984 dan yang dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia untuk memasarkan produk-produk yang berlandarkan shariah.

Kekeliruan terjadi apabila produk yang dipasarkan bertujuan sebagai pelaburan (investment) dan perlindungan (protection). Walaupun bahagian pelaburan produk perkenaan adalah berlandarkan shariah tetapi bahagian perlindungan yang diberikan oleh pengendali insurans tersebut bukanlah berlandaskan shariah, dimana perlindungan yang diberikan masih terdapat unsur-unsur gharar, judi dan riba. Oleh kerana kedua-dua elemen ini berada dalam satu produk, maka, produk ini tidak dikategorikan sebagai produk yang berlandaskan shariah.

Sekian, terima kasih.
Noor Shuhaila Hj Johari
BNMTELELINK
Jabatan Komunikasi Korporat
Bank Negara Malaysia
No Tel : 1-300-88-5465
No Faks : 03-21741515

sumber dari : http://www.zaharuddin.net/content/view/825/#comment84049

Monday, August 3, 2009

INI BUKAN BUDAYA KITA!!!

"ini bukan budaya kita", kata kebanyakan pimpinan UMNO selepas setiap kali himpunan rakyat.
kelihatan beberapa pemimpin PAS bersama dalam perarakan GMI


kerugian dianggarkan RM200 juta disebabkan polis menembak gas pemedih mata dan meriam air kimia kepada rakyat yang ingin meluahkan perasaan mereka di atas kezaliman akta undang2 rimba. Ini semua salah rakyat.. bukan salah Polis yang diperalatkan oleh UMNO.


peluru gas pemedih mata masuk dalam tong air peniaga... salah rakyat!!! ?


tong air peniaga yang menjual air pecah akibat kena peluru gas pemedih mata polis... salah rakyat jugak !!! ?


keselamatan para peserta GMI dijaga oleh Unit Amal untuk mengelakkan perkara tak diingini dari berlaku





himpunan aman telah mula di'kelam kabut'kan oleh polis FRU dengan menembak gas pemedih mata

Bukan budaya kita ni... org melayu kena duduk rumah tanam jagung, berkebun. Bukan jalan kat bandar...

Tok Najib kata, "dekat selangor ada stadium yang dikuasai oleh PKR, kalau nak buat demo, pi buat kat stadium, jerit sampai pagi pun xpa"

la.. masa BN perintah dulu, org mintak stadium nak buat demo depa tak bagi. Sebab tu la org demo kat jalan raya. La ni org dah biasa demo kat jalan raya, suruh buat kat stadium pulak.. lagu mana cerita ni?


aik... macam kenal je muka ni... ni gambar demo bantah Israel tahun lepas.. Budaya kita ka buat demo ni?






la... rupa2nya memang budaya kita sejak sebelum merdeka lagi... ist..ist..ist... sapa yang kata "bukan budaya kita" tu, sah la buta sejarah..

LU FIKIR LA SENDIRI...