Friday, July 31, 2009

MASALAH PROBLEH

td ingat nak update blog ni.. ntah macam mana tekan, habis widget yang kat tepi2 tu lari turun bawah.. xtau la nak letak kat tempat asal semua mcm mana.. sapa2 yg bleh tolong, sila lah tampil ke hadapan. Hulurkan tangan ringankan beban.. hehe.. jem la mcm ni.. kot sapa2 ada templete baru ke yg bagus2 punya, bleh la bg cadangan kat saya no... tq

Wednesday, July 29, 2009

H1N1 - Isyarat dari Allah



Wabak selesema A (H1N1) memakan korban kedua - lelaki 46 tahun yang meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Subang Jaya, 12.35 tengahari 27.7.09. Lelaki tersebut dilaporkan mati akibat "pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan bersama kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut" selepas tujuh hari di unit rawatan rapi di hospital swasta di Subang Jaya. Rakyat tempatan itu yang bekerja di Belgium pulang pada 4 Julai lalu mula mengalami demam serta batuk selepas bercuti bersama keluarga di Langkawi pada 13 Julai. Si mati kemudian mendapat rawatan di hospital swasta di Petaling Jaya pada 16 Julai dan pemeriksaan dada menunjukkan korban mengalami pneumonia, kata ketua pengarah kesihatan. "Kes dirujuk ke hospital swasta yang lain di Subang Jaya pada 19 Julai untuk rawatan di unit rawatan rapi. "Ujian sampel tekak buat pada 22 Julai dan sahkan positif influenza A (H1N1) oleh Institut Penyelidikan Perubatan pada 23 Julai," kata Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican. Pada 23 Julai lalu, seorang pelajar Indonesia berusia 30 tahun yang menuntut di Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur menjadi korban pertama berkaitan wabak selesema A (H1N1).

Mengapa susah sangat untuk kita mengambil iktibar dan mengakui semua ini adalah perigatan dari Allah kepada kita semua yang cuba 'mengambil alih tugas' Tuhan yang Maha Mencipta.
Tidak ada kerugian dan tidak ada kelebihan kepada Allah sekiranya kita menuruti atau membangkang perintah Allah, sedangkan kita lah yang akan menerima azab sekiranya kita lupa kepada kuasa Yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa. Dan bahagia lah mereka yang memperjuangkan agama Allah dengan sebenar-benarnya di akhirat sana bersama nikmat Allah yang telah dijanjikan.

Tuesday, July 21, 2009

2 TV


Baru2 ni balik kampung. Amik cuti 3,4 hari. Lama tak balik kampung. Yang bestnya masa sampai rumah, bila tgk kat ruang tamu ada 2 biji TV. Bila ditanya, adik pun jawab yang TV tu dua2 dan tak elok. Satu tu ada gambar tapi xdak suara. Satu lagi ada suara tp xdak gambar. So, kalau nak tgk TV kena la bukak dua2.. hehehe...kalau salah satu tv tu xmau berfungsi,maka tak dapat la kami sama ada nak tgk gambar atau nak dengar suara cerita yg kami tgk tu..

terpikir la pulak, tv pun pandai jalankan tugas masing2. Maknanya 2 tv tu saling melengkapi. Itu la yang sepatutnya jadi pada manusia dan seluruh alam. kita ni saling perlukan antara satu sama lain. So, kalau kita faham point ni, xdak hujah lah bagi kita untuk ada perasaan dengki kepada org lain. Mungkin si A pandai buat satu2 perkara ni, tapi dia xpandai buat satu perkara lain. Si B pulak bertindak sebagai pelengkap kepada si A, dia bleh buat apa yg si A xleh buat dan dia pulak xpandai sgt nakbuat apa yg si A bleh buat.

Kita umpama batu bata yang digunakan utk buat satu bangunan. Kalau cantik batu itu, cantik la bangunan itu.

Teringat satu cerita masa kecik2 dulu. Cerita dua sahabat dalam satu bandan. Bunyi mcm tak seb=nonoh skit la, tp bawa mesej yang jelas. Cuba tgk dari segi positifnya ye..

satu org yang tercetus pertelingkahan antara mulut dan bontot dia. hehehe..

mulut dia kata, "aku ni lebih penting dari hang, kalau dak aku, tuan kita ni tak sendawa, hidup serba tak kena jadinya".

bontot pun kata, "ingat hang saja ka yang penting? Aku pun lagi penting, kalau aku tak kentut, lagi serba tak kena tuan kita ni. Kalau aku tak berak (hehehe.. sorry aa..) lagi la..."

pastu mulut dan bontot pun masing2 tak mau mengalah dan cuba buktikan apa yang mereka katakan tu.. sampai dua hari kemudian, memang betul, org tersebut duduk tak kena, berdiri pun tak kena, tidur pun tak kena. sampai la mereka kentut, berak dan sendawa semula, baru la orangtersebut dapat hidup selesa.

moral of the story is kita ni memainkan peranan masing2. Semua orang penting, terutama bagi yang berada dalam satu2 organisasi. Jgn ada sikap dengki mendengki. Kalau kita kerja sapu sampah, buat lah yang terbaik. Jangan tunggu org suruh. Nampak saja sampah, terus sapu. Kalau kita kerja tukang tulis surat, tulis lah secantik2 surat dengan penuh kualiti. Jangan buat surat yang 'setakat ada' saja. kalau kerja kita mengajar, ajarlah dengan penuh ikhlas, dengan niat nak sampaikan apa saja ilmu yang ada kat kita supaya bleh dimanfaat kan oleh bukan sahaja kita, tapi juga kepada org lain yang memerlukannya.

Wallahu a'lam

Monday, July 13, 2009

ULAT MULONG SARAWAK

Rupa-rupanya masih wujud kekeliruan dalam masyarakat kita berhubung hukum makan si-at atau ulat mulong atau ulat batang sagu ini.

Dalam mazhab Syafi`i yang diamalkan kita zaman berzaman di rantau sebelah sini, segala macam ulat dihukumkan haram memakannya.

Yang diistisna` (dikecualikan) hanyalah ulat yang terwujud dalam cuka atau buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apa lagi untuk dibuang, yang dimakan bersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut (yakni lebih tepat diistilahkan sebagai "termakan bersama-sama iaitu yang dimakan adalah buah sedangkan ulatnya ikut termakan sekali".

Jadi menjadi satu syarat yang ianya dimakan bersama - sama buah tersebut kerana sukar hendak dibezakan dan dibuang. Jika ulat-ulat tersebut boleh dipisahkan dari buah-buahan, maka tetaplah hukumnya haram dimakan. Perkara ini dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh mu'tabar dalam mazhab seperti "Minhajuth Tholibin" halaman 130 dan 132 serta syarahnya pada "Tuhfatul Muhtaj" juzuk 9 halaman 369 dan 445.

Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama besar pengarang kitab "Sabilal Muhtadin" dengan jelas pada juzuk 1 halaman 38 menyatakan sebagai berikut:- ... Bahawasanya telah dinashkan oleh ulama atas bahawasanya tiap-tiap ulat, dan jika ada ia suci pada ketika hidupnya sekalipun, HARAM memakan dia.
Ulama-ulama Sarawak termasuklah almarhum Shohibus Samahah Datuk Haji `Abdul Qadir Hasan, turut tidak ketinggalan mengeluarkan fatwa mengenai haramnya memakan ulat mulong ini.

Malangnya ada sebilangan kecil masyarakat Islam yang masih tidak mendengar beduk mengenai haramnya makan ulat mulong menurut mazhab Syafi`i. Kepada penggemar ulat mulong, maka ketahuilah bahawa makan ulat mulong itu adalah haram hukumnya sebagaimana haramnya makan ular dan katak dan beruk dan kera menurut mazhab Syafi`i. Jadi eloklah berhenti dan jika dikatakan rasanya seperti rasa udang, maka eloklah beli udang dan makanlah udang.

Al-Haqir ila ALLAH Al-Ghaniy : Ikhram Husin Mohon sebaran

Apa beza? SAMA TAPI TAK SERUPA

cuba tuan2 cari di mana bezanya antara dua dialog di bawah ni?

DIALOG 1

Kalau hang bagi aku projek ni, aku bg kat hang 20%. Kalau org lain dapat, hang tak dapat apa2 la... Apa macam?



DIALOG 2

Kalau BN menang di Manek Urai, rakyat Manek Urai akan dapat jambatan baru yang bernilai RM7 juta. Kalau BN kalah, tak dapat la jambatan baru tu... hehehe...

KOMEN
Kalau dialog 1 tu mesti SPRM cepat je amik tindakan. Lagi2 kalau pemimpin PAS yang keluarkan dialog tu (tu pun kalau ada la.. setakat ni xpenah jumpa lagi la kes pemimpin PAS rahsuah).

Lu pikirrr la sendiri....

Anda mampu mengubahnya...

TPM dalam Cubaan Merasuah... Apa kata SPRM?

Memang tidak dapat disangkal serta dinafikan lagi sikap puak2 Umno, BN yang sememangnya bersifat tidak ikhlas dalam membela rakyat. Terbaru, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno petang tadi membuat satu ugutan serta statement yang berbau rasuah yang mana menlibatkan perhitungan yang agak keterlaluan kpd penduduk / pengundi Dun Manek Urai.


Kerajaan Kerajaan pusat menawarkan untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini. Sebaliknya, sekiranya BN tewas pada PRK pada kali ini, tiada Jambatan yang akan dibina. Jelas lagi bersuluh sikap retorik puak2 Umno, BN dalm membela nasib dan keperluan rakyat. Sikap dikecam sekeras-kerasnya lantaran memberi satu ugutan yang jahat olh Umno kpd penduduk Manek Urai.


Muhyiddin berkata demikian di majlis pemimpin bersama rakyat di sebuah sekolah di Manek Urai Lama. Selain Tuan Aziz, turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Dr Awang Adek dan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad.



Manek Urai Lama merupakan sebuah kawasan dalam Manek Urai yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar Kuala Krai. Bersempadan dengan Manek Urai Lama, ia dihubungkan sebuah jambatan satu lorong sejauh 300 meter. Tidak ada jalan alternatif lain bagi penduduk kawasan tersebut untuk keluar ke jalan besar yang menghubungkan bandar Kuala Krai dengan Gua Musang.


Tidakkah ini rasuah namanya jika menjanjikan pembangunan SEKIRANYA menang sahaja? Jika bukan rasuah, tolong ajar aku apa erti rasuah sebenarnya. Tumpuan kini tertumpu kepada SPRM dan SPR. Apakah kedua-dua badan ini akan berdiam diri? Umno kehilangan segala tumpuan dan idea mereka untuk mendapatkan sokongan pengundi-pengundi di Manek Urai sehingga sanggup memberikan janji sedemikian. Umno tidak pernah berubah dan tidak akan berubah. Memang benar kata orang, Umno dan rasuah tidak dapat dipisahkan, jika dipisah sumbanglah Umno. Ternyata 11 bungkusan `hadiah' dari Najib yang baru diumumkan semalam tidak sedikit pun mempengaruhi selera rakyat terutamanya di Manek Urai. Penghapusan PPSMI yang diumumkan oleh TPM juga tidak memberi kesan langsung malahan dipandang penuh curiga oleh rakyat. Isu Kerajaan Perpaduan yang saban hari dimainkan oleh Umno di dalam kempen di Manek Urai ini ternyata memakan diri Umno sendiri. Mereka `terbogel' di Manek Urai. Lakonan `penoreh-penoreh getah' taraf `mee segera' juga dijadikan bahan lawak jenaka penduduk Manek Urai.


Pas juga menjanjikan `jambatan' kepada Manek Urai. Jambatan yang dijanjikan oleh Pas adalah `Jambatan Siratul Mustaqeem'. Inilah jambatan yang boleh menyelamatkan manusia tidak kira Melayu atau bukan Melayu asalkan mereka beriman kepada Allah dan Rasulnya. Pas menjanjikan dunia dan akhirat, maka `jambatan Siratul Mustaqeem' adalah penghubungnya. Apakah rakyat di Manek Urai masih mahu kepada jambatan bernilai 7 juta itu jika dibandingkan dengan `jambatan' ciptaan Allah ini? Memilih jambatan bernilai 7 juta yang ditawarkan secara `rasuah' ini sama erti dengan menerima rasuah. Penerima rasuah sudah tentu ditempatkan di Neraka Jahannam. Nau'zubillah.


Berfikirlah dengan akal dan iman. Pilihlah di antara dua jambatan yang ditawarkan oleh Umno dan Pas ini. Seandainya pengundi-pengundi tetap yakin bahawa Umno tidak menawarkan rasuah dengan jambatan ini, maka undilah Pas kerana jambatan tersebut tetap akan dibina oleh Umno sekiranya Umno ikhlas. Tetapi, jika hanya dibina sekiranya Umno menang, pengundi-pengundi yang mengundi Umno dianggap bersubahat dengan janji rasuah seperti ini. Aku yakin, rakyat di Manek Urai tidak pernah diajar oleh MB Kelantan untuk mendekati amalan rasuah seperti ini. Maka, buktikan nanti semasa mengundi.

Sunday, July 12, 2009

RESIPI KESIHATAN ALA RASULULLAH

Rasulullah bersabda : "Mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih
dicintai Allah daripada mu'min yang lemah ....."(HR Muslim)

Bagaimana agar sentiasa sehat seperti Rasulullah? Ikuti resepi
berikut :

SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh,
melaksanakan solat sunat dan sholat Fardhu, solat subuh berjamaah.
Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesehatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat fikiran dan menyehatkan perasaan

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah sentiasa rapi & bersih, setiap hari Khamis atau Jumaat
beliau mencuci rambut2 halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir
dan berminyak wangi.

"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang2 dewasa.
Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)

TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN. Sabda Rasul : "Kami adalah sebuah kaum
yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu
banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk
udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya
Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.

GEMAR BERJALAN KAKI. Rasulullah selalu berjalan kaki ke Masjid,
Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya.
Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, dan peredaran darah
akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.

TIDAK PEMARAH. Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah" diulangi sampai 3
kali. Ini menunujukkan hakikat kesehatan dan kekuatan Muslim
bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh yaitu
dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa. Ada terapi yang tepat
untuk menahan marah :

- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila
duduk maka berbaring.
- Membaca Ta'awwuz, karena marah itu dari Syaitan
- Segeralah berwudhu'.
- Solat 2 Rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan
kegundahan hati.

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA. Sikap optimis akan memberikan impak
psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar,
istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT.

TAK PERNAH IRI HATI. Untuk menjaga kestabilan hati & kesehatan jiwa
serta menjaga mentaliti, maka menjauhi iri hati merupakan tindakan
preventif yang sangat tepat.

Saturday, July 11, 2009

ZUHUD


Gambar Nasharudin jalani pembedahan dedahkan cerita sebenar


KUALA LUMPUR, 10 Julai: Pertanyaan para wartawan tentang ketidakhadiran Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa pada hari penamaan calon Manek Urai terjawab apabila gambar beliau di atas katil hospital mula tersebar semalam.

Nasharudin terpaksa dimasukkan ke Hospital Serdang petang semalam dan menjalani pembedahan kira-kira jam 11 pagi.

Semasa hari penamaan calon Manek Urai baru-baru ini, cerita ketidakhadiran Nasharudin menjadi berita kebanyakan media sehingga Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang terpaksa menjawab, "kenapa tidak taya kenapa Datuk Seri Najib tak datang?".

Ia terus menjadi sorotan media sejak beberapa hari. Antara yang menjadi sasaran adalah Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa yang didakwa Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin menjadi punca Nasharudin tidak datang.

Husam menjelaskan, siapalah dia untuk menghalang timbalan presiden PAS, "Saya hanya AJK PAS sahaja," kata Husam.

Husam juga berkata, Nasharudin mesti ada alasan tertentu kenapa dia tidak datang ke Manek Urai kerana dia juga tidak datang ke Parlimen.

Bagi Husam, Khairy memainkan isu itu untuk mengelakkan isu royalti minyak untuk Kelantan dari perkatakan.

Dengan tersebarnya gambar Nasharudin di atas katil hospital terdedahlah cerita sebenarnya.

sumber : siasahdaily

Friday, July 10, 2009

PPSMI AKHIRNYA...BERAKHIR JUGA




Rakyat Malaysia amnya dan Melayu khasnya perlu memperingati tarikh 9 julai 2009 sebagai satu tarikh yang perlu disambut setiap tahun sebagai perayaan tahunan sempena kemenangan memelihara sains dan matematik supaya tidak menjadi suatu matapelajaran yang dibenci oleh rakyat.

Setelah desakan demi desakan dibuat supaya matapelajaran sains dan matematik diajar semula dalam Bahasa malaysia, akhirnya perjuangan tersebut telah membuahkan hasil. Tahniah diucapkan kepada pejuang 'mansuhkan PPSMI'.

Sebelum ini, media selalu mengatakan majoriti rakyat bersetuju dengan perlaksanaan PPSMI, hanya segelintir sahaja rakyat yang menentang (dikatakan mempunyai niat politik disebalik penentangan tersebut).

Tapi sekarang, dikatakan pula dalam lingkungan 85% rakyat Malaysia menyokong pemansuhan PPSMI. Aik... pelik betul la media kita ni.. mana satu nak percaya ni?

"Kenapa? Tak percaya ka?" hehehehe...

ANTARA WAJAH2 PEJUANG KEMENANGAN INI...


Tokoh negara dan juga seniman kebangsaan turut mohon dihentikan PPSMI



Hanya Allah dapat membalas segala jasa dan keberanianmu saudaraku


ini bukan pemandangan di Gaza ye.. ni di Malaysia




'Tentera Merah' juga menjadi penggerak utama demi menjaga keselamatan (FRU xdak pun xpa dah..)




Inilah segelintir dari 'segelintir' rakyat Malaysia yang protes perlaksanaan PPSMI


TAHNIAH KEPADA SEMUA PEJUANG...

mesej kepada BN, jangan ingat dengan mansuhnya PPSMI ini, anda akan dapat Manek Urai. Rakyat sekarang sudah muak dengan taktik lama ni..

UJIAN TU SATU RAHMAT

kadang2 sambil dok bawak kereta balik dari office tu, macam2 benda yang datang dalam fikiran ni. Ada sekali tu, terfikir la tentang ujian yang selalu menimpa kita. Sebagai manusia memang kita takkan sunyi dari menerima ujian dari Yang Maha Pencipta.

Allah mengaja menguji kita. Banyak tujuannya. Dan tujuan yang utama adalah tidak lain dan tidak bukan seperti firman-Nya yang selalu kita dengar

"tidak Aku jadikan jin dan manusia selain untuk beribadat kepada ku"

bila kita ditimpa ujian, selalunya masa tu lah kita baru nak teringat kepada Allah. Kalau sakit, mulut akan kata secara spontan.. "Allah..Allah..." Tapi kalau sihat, berat rasanya nak sebut "Allah". Tu la salah satu kenapa Allah bagi kita ujian (cth: sakit).

Allah ni tak macam manusia sifatnya. Macam dalam post yang dulu (Takabbur), sifat yang bertentangan dengan sifat manusia. Allah suka bila hambanya banyak dan selalu meminta2 kepada-Nya. Lagi banyak manusia minta, lagi Allah suka. Menampakkan Kebesarannya. Tapi kalau manusia, mintak sekali OK lagi, dua kali pun bleh tahan la... tapi kalau banyak kali minta, silap2 kena maki la.. sebab tu la Allah bersifat Mutakabbir, dan haram sifat ini bagi manusia dan makhluk lain.

Dan dari ujian yang menimpa kita, baru lah kita akan bermuhasabah diri. dan melakukan koreksi terhadap kesalahan kita. Kalau bersalah terhadap manusia, kita perlu mintak maaf. Kalau salah dengan Allah, kita kena bertaubat dan tak ulangi kesilapan yang lalu. Baru la diri kita akan menjadi yang terbaik.

Satu perkara yang tak kurang pentingnya, supaya kita memaafkan kesalahan orang dan meminta maaf jika kita membuat salah kepada orang lain. Rasulullah pun pernah bersabda, untuk mendapatkan ketenangan jiwa, tiap2 kali sebelum tidur, pastikan kita memohon ampun kepada Allah dan memaafkan kesilapan orang terhadap kita.

Itu lah amalan yang saya telah praktikkan selama ini. Alhamdulillah, memang berkesan. Bukan susah pun nak maafkan orang. Kalau tak maafkan kesalahan orang, masalah tu akan bersarang di dlam hati kita. dan ditakuti bila dikumpul banyak2 masalah di dlam hati, syaitan akan memainkan peranan untuk mengusutkan lagi masalah yang kacil dijadikan besar. masalah besar lagi la besar gaban jadinya.

Sebab itu lah, ujian tu satu rahmat sebenarnya. Beri kita ruang utk bermuhasabah dan memperbaiki diri kita supaya kita tak membenci orang dan orang tak benci kepada kita. Itu pun kalausemua orang buat macam tu la..

Wallahu a'lam

TAKABBUR

Bukanlah layak saya bincang mengenai sifat takbur ini. Tapi sebagai seorang yang mengaku dirinya muslim, sekurang2nya kita kena tahu dan faham maksud setiap dari 20 sifat Allah yang wajib kita ketahui. Sifat Allah yang dimaksudkan adalah ‘Al-Mutakabbir’ atau lebih kurang maksudnya membesarkan diri. Suatu yang menjadi sifat Allah, sudah tentulah menjadi satu sifat yang haram dimiliki oleh manusia. Hanya Allah yang layak membesarkan diri-Nya. Dia lah pencipta setiap sesuatu yang ada di langit dan di bumi.

Manusia tak layak ada sifat takbur kerana manusia ini hanya salah satu dari ciptaan Allah di langit dan bumi. Kalau manusia mendabik dada dengan mengatakan dia berkuasa terhadap sesuatu pemerintahan, ingatlah Allah berkuasa terhadap sekalian makhluk.

Ingatlah ayat Allah




“Bahawasa tiada suatu pun yang lebih berkuasa melainkan Allah”.

Kalau kita ingin sesuatu itu terjadi, tapi Allah tak redha, maka takkan berlaku lah perkara itu. Tapi kalau macam mana kita usaha bagi tak berlaku sesuatu perkara itu, tapi Allah mahukan ia berlaku, maka sudah pastilah ia akan berlaku.

Tapi kita kena ingat, tak semua yang kita nampak canti itu cantik, dan tak semua yang kita nampak buruk itu buruk. Allah lebih mengatahui dan segala yang ditaqdir kan Allah berlaku, pasti ada hikmah dan pengajaran disebaliknya.

Maka selayaknya lah Allah itu bersifat membesar dan membangga diri akan kehebatan-Nya. Dan malulah bagi manusia yang mengambil menggunakan sifat Allah ini yang sudah pasti tidak layak bagi setiap makhluk yang diciptakan oleh Yang Maha Besar.

*saya mohon kepada mana2 alim ulama dan ustaz2 yang baca semua post saya ni. kalau ada mana2 yang takk betul, sila beri komen dan teguran supaya tulisan saya ni tak menyebabkan kekeliruan di kalangan muslimin. Jazakallah

KEMBALI LAGI...

maaf la kepada pengunjung setia laman blog ni.. tak dan la nak update. sibuk dengan dunia ni tak abis2.. sekarang ni amik cuti seminggu. bleh la blogging semula. tinggalkan semua masalah kat office. jumpa lagi di post2 yang akan datang.. banyak isu nak dikongsi bersama ni.. insyaallah