Saturday, March 28, 2009

Melayu Mudah Lupa...



Melayu mudah lupa... tapi Tun tak mudah lupa kerana Melayu mudah lupa yang Tun tu bukan Melayu tulin...

Tun dah janji, dia takkan duduk dalam UMNO selagi Pak Lah tak turun. Memang Tun pegang pada janji dia. Lepas umum saja tuk Najib jadi Presiden, Tun pun terus sampai dan disambut dengan sorakan dan tepukan yang begitu gemuruh oleh para perwakilan. Mungkin depa semua dah lupa yang satu masa dulu, depa dok mengutuk Tun dan ada pula yang pernah kata Tun dah nyanyuk. Depa dah lupa, tapi Tun tak lupa.

Masa tengok penutup perhimpunan Agung UMNO tu, ada beberapa adegan yang cukup menarik.

1. Yang pertamanya, masa Tun sampai dengan keluarga dia, tepukan yang gemuruh menyambut kehadiran Tun, yang mana masa tu seorang pemimpin UMNO (rasanya Muhiyidin Yasin) sedang berucap. Orang tak hirukan dia berucap, bahkan semua bersorak seperti hadirnya seorang hero kat situ.

2. Masa Tun naik ke pentas, pakat beramai-ramai la yang beratur sambut Tun atas stage tu nak salam, cium tangan.. ist.. ist.. ist... ni la orang UMNO ni. Dulu depa ni la yang dok kata Tun ni dah tak releven, dah nyanyuk. La ni hangpa cium pulak tangan orang 'tua nyanyuk' tu. Kalau saya la, ist... tobat malu la..

3. Pak Lah yang dok kat atas pentas tu, nak tunjuk la yang UMNO ni masih bersatu, selepas dia berucap yang dia maafkan semua orang dan mintak semua orang maafkan dia (nak tunjuk baik la konon), dia pun hulur tangan kat Tun, nak salam, dan badan dia terbongkok sikit, nak berpelukan dengan Tun sebab dia nak tunjukkan kemesraan dia dengan Tun. Alangkah malunya Pak Lah, bila Tun keraskan badan dah tidak balas salam mesra yang dia tunjukkan tu.. Cuba bayangkan atas stage dan diperhatikan bukan sekadar perwakilan, bahkan satu dunia sedang memerhatikan mereka.

4. Pak Syahidan pun sama la.. masa dok beratur nak salam dengan Tun, bila Tun sampai kat depan Tok Syidan, terus Tun berpalingkan badannya serta disambut pelukan oleh MT lain. Tok Syidan yang sudah hulur tangan tu, malu tersipu-sipu bila Tun tak salam dengan dia. Tak tau la Tun sengaja ka tak sengaja ka, tapi yang penting, depa tu Melayu dah mudah lupa. Tun tak lupa yang satu masa dulu Tok Syidan mengharamkan Tun jejak kaki di negeri Indra kayangan yang telah bertukar status kepada negeri Darul Sunnah wal Jamaah.

Apa-apa pun, itulah asam garam UMNO. Perjuangan sudah tidak seikhlas pejuang UMNO era kebangkitan mendapatkan kemerdekaan negara. Sekarang, cakap saja berapi. Tapi, Ketua Menteri yang telah disahkan mengamalkan politik wang (rahsuah la tu.. sebut la rahsuah, takut ka? Rahsuah tu HARAM tau tak, masuk neraka!!!) pun, diberi tempat dihati para perwakilan dan MT seolah-olah ia bukan satu kesalahan, dan diberikan ruang untuk berucap di perhimpunan sebegitu penting. Sepatutnya Tok Ali ni, diarahkan letak jawatan sebagai Ketua Menteri sebab dia ni pemimpin tak bermoral, amal rasuah. Ni la kualiti pemimpin UMNO. Yang tu la kot yang terbaik depa ada... tak pa la...

Hidup Melayu!!!.... (nak hidup sampai bila?.. heheh...)

Monday, March 23, 2009

ORANG ISLAM MAKAN BANGKAI

Baru saja saya tulis tentang ayam yang kita makan. kat kedai kita makan ayam, pi kenduri pun orang selalu buat masak ayam, kat rumah kita pun makan ayam. Buat roti jala pun, kuah kari ayam, kuah roti canai pun ada ayam. Bak kata susah la kita nak lari dari ayam.. macam chicken run pulak..

Beberapa hari lepas keuar kat Buletin Utama, TV3, cerita tentang inspection yang dibuat oleh satu jabatan yang difollow oleh Timbalan Mufti Selangor kat salah satu pusat penyembelihan ayam di Selangor. Hasil lawatan tersebut, beberapa ribu ekor ayam telah dirampas dan diisytiharkan sebagai bangkai kerana kaedah sembelihan tak ikut syarak. Urat tak putus, ayam direndam selepas sembelih (mati lemas, bukan mati sebab sembelih) dan di campur pulak dengan ayam-ayam yang tidak sembelih, tapi hanya dicucuk leher utk bagi mati. Pusat tersebut diperintahkan tutup selama beberapa minggu tapi malangnya keesokan harinya depa pi pulak, tengok2 masih beroperasi macam biasa dan masih ada lagi yang urat tak putus dan direndam. Memang kejam.

Mangsanya, orang Islam yang makan ayam tu la.. makan bangkai. Pusat sembelihan tu adalah untuk edaran di kebanyakkan lokasi di sekitar Selangor.

Wednesday, March 18, 2009

Brigade Ezzedeen Al-Qassam



Mungkin ramai yang sudah tahu apa itu Brigade Ezzedeen Al-Qassam. Dan ada juga yang masih belum mengenalinya dengan dengan lebih mendalam. Saya ni termasuklah dalam golongan yang kedua ni. Tapi saya dah baca sedikit sebanyak latar belakang brigade ni.

Sekadar untuk berkongsi, Brigade ini adalah sayap bersenjata bagi pergerakan HAMAS, iaitu sebuah kerajaan bagi negara Palestin yang sah, yang telah diberi mandat oleh rakyat Palestin melalui sistem pilihanraya. Namun, masih terdapat banyak negara termasuklah negara-negara umat Islam yang tidak mengiktiraf kerajaan sah ini. Tak pa lah.. yang ni kisah lain. Sini saya nak cerita sikit latar belakang Brigade ini.



Dari segi bahasanya, "Ezz" bermaksud sokongan, berpegang teguh, atau kebanggaan. "Deen" bermaksud agama Islam. "Al-Qassam" pula boleh ditafsirkan sebagai
"pemecah atau pencetus". Bila dilihat dari sudut sejarah, "Ezzeddeen Al-Qassam" adalah merupakan seorang mujahidin terawal yang telah menerima darjah kebesaran as-syahid pada tahun 1935 di Jenin. Beliau yang dilahirkan di Syria dan berangkat ke Palestin bagi mempertahankan bumi Syria dan Lubnan dari serangan Perancis. Beliau telah berjuang menentang British di Palestin yang telah menjanjikan akan menubuhkan negara Yahudi di Palestin.

1984, Syeikh Ahmad Yasin,
Dr. Ibrahim Al-Maqadema, Sheikh Salah Shehada dan beberapa lagi yang lain telah berusaha untuk menubuhkan pertubuhan ketenteraan dalam usaha menentang serangan kuffar tersebut. Usaha mereka tertumpu bagi mengumpul senjata. Namun, usaha mereka telah terhalang kerana beberapa orang ahli kumpulan tersebut telah ditahan dan senjata mereka telah dirampas. Pada masa tersebut, pertubuhan ini belum lagi bergerak dengan nama HAMAS atau Brigade al-Qassam.

1986 Sheikh Salah Shehada telah menubuhkan rangkaian ....

*untuk membaca cerita labih lanjut, sila layari laman rasmi Brigade Ezzeddeen Al-Qassam di http://www.alqassam.ps/english/?action=aboutus

semoga kita lebih mengenali orang yang memperjuangkan agama Allah lebih dari kita mengenali artis dan Einstein, Graham Bell, Thomas Edison dan lain-lain




Monday, March 16, 2009

Mendekati kekufuran - orang faqir atau orang kaya?

kutbah jumaat yang lalu, meminta kita bermihasabah tentang persoalan di atas ini. Kita pun selalu dengar dari mulut-mulut pemimpin2 kita dan juga orang ramai bahawa terdapat hadis yang rasulullah ada bersabda yang maksudnya lebih kurang berbunyi

"kefaqiran boleh mendekatkan kita kepada kekufuran"

Memang benar, kita tak dapat nafikan hal tersebut. Namun persoalannya, "Adakah hanya kefaqiran yang mendekatkan kita kepada kekufuran? Tidakkah kekayaan juga mendekatkan kita kepada kekufuran?"

Marilah kita merenungi persoalan tersebut dan muhasabahlah diri kita. Lihatlah sekeliling kita. Tengok orang miskin, dan tengok orang kaya. adakah kita nampak beza cara hidup mereka?

Dalam kita menyingkat persoalan di atas, jangan kita lupa yang kekasih kita dan juga kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW adalah bukan seorang yang kaya. rasulullah tidak pernah tidur sekiranya terdapat sebutir tamar pun di dalam rumahnya. Sudah tentu baginda akan memikirkan bahagian umatnya yang lebih miskin pada sebutir tamar tersebut yang lebih layak menerimanya.

Baginda tidak pernah tidur di atas tilam yang empuk seperti mana kita sekarang, bahkan baginda tidur hanya di atas pelepah tamar yang telah dijadikan hamparan. Baginda tidak memakai pakaian yang lembut kainnya, sekadar menutup aurat. Demi menjauhkan diri dari sayang dan cintakan perhiasan dunia.

Baginda pernah ditawarkan harta yang banyak, namun itu bukan pilihannya. Pilihannya hanya Allah yang Maha Esa dan Maha Berkuasa.

Kita lihat pula Hamman dan Qarun pada zaman Nabi Musa A.S. Bagaimana mereka telah dianugerahkan Allah dengan harta yang cukup banyak. Semua itu adalah ujian bagi mereka sedangkan Qarun dahulunya adalah seorang ahli ibadat kepada Allah. Namun dengan ujian yang diberikan, ternyata dia gagal dan hatinya terus mencintai harta dan pangkat yang diberikan oleh Fir'aun.

Ingatlah bahawa "anak dan harta itu adalah perhiasan dan sejenis ujian allah dimuka bumi ini".

Jangan kita hanya nampak ekomoni sahaja apabila kita bercakap mengenai kejayaan. Selalu kita berdoa

"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia, dan kebaikan di akhirat. Dan jauhkanlah kami dari api neraka"

Apakah kejayaan hanya bergantung kepada ekonomi? Umat Islam akan berjaya sekiranya kita menuruti arahan Tuhan iaitu Allah Azza wa Jalla, dan kita akan menemui kegagalan dan kehancuran sekiranya melupakan yang jiwa kita hanyalah milik-Nya.

Wang ringgit dan kekayaan selalunya akan melalaikan kita dari mengingati Allah. Kita akan alpa dan lupa yang :

"Duit / harta yang dicari akan meninggalkan kita, sedangkan iman yang kita jaga akan menjaga kita selama-lamanya"

Wang ringgit selalu akan memesongkan niat kita dari landasan sebenar. Kita akan lebih mencintai harta berbanding agama seperti mana yang sedang berlaku di kebayakan negara umat Islam di dunia.

Jadi, fikirkan lah persoalan di atas. Kita tidak nafikannya, cuma itu bukanlah satu2 nya faktor yang akan mendekatkan kita kepada kekufuran.