Thursday, April 8, 2010

RASUAH

Baru semalam saya ada sebut tentang amalan rasuah yang jarang diperkatakan dan jarang dikaitkan dengan agama. Selalunya amalan rasuah dikaitkan dengan kurangnya sifat integriti seseorang itu sama ada dia adalah seorang penjawat awam, kakitangan keselamatan dan sebagainya.

Tapi hari ini Alhamdulillah, qutbah Jumaat di Masjid Taman Bukit Chedang, Seremban, Negeri Sembilan telah mengutarakan tajuk "Rasuah: Pengkhianatan Kepada Negara". Walaupun saya kurang senang dengan tajuknya, namun isi kandungannya membuatkan hati saya berasa sedikit lega kerana ia bukan sahaja memberi hujah menjurus kepada soal integriti, tapi juga menyebutkan akan balasan yang akan diterima oleh si PEMBERI dan si PENERIMA RASUAH oleh Allah SWT.

Kadang-kadang saya termenung sejenak memikirkan realiti kehidupan kita hari ini. Si penerima selalu dipersalahkan, manakala si pemberi dikatakan sebagai mangsa sedangkan kedua-duanya adalah pesalahlaku dalam kes rasuah. Kedua-duanya akan dihumban ke dalam neraka (Wal 'iyazubillah). Selalunya kita akan kata (contohnya) polis mintak rasuah untuk 'settle' atau abaikan saman yang akan dikeluarkan atas kesalahan lalulintas. Adakah poolis sahaja yang dipersalahkan? kalau semua orang tidak memberi (duit kopi) walaupun diminta, adakah akan ada yang meminta lagi selepas ini?

Kepada YANG MEMINTA, ingatlah bahawa duit itu akan kita suapkan ke mulut anak isteri kita di rumah. Duit itu akan menjadi darah daging zuiriat keturunan kita. Adakah kita rela zuriat keturunan kita diwarisi dengan darah-darah dosa dan kotor atas perbuatan kita sendiri? Ingatlah!!! Rezeki yang tiada keberkatan, takkan cukup walaupun banyak.

Kepada YANG MEMBERI. Ingatlah, anda bukanlah mangsa. Tetapi anda adalah rakan subhat kepada penerima. Dan hukuman Allah kepada kamu adalah sama sahaja seperti hukuman terhadap si yang MEMINTA.

Jadi,

SI YANG MEMBERI
1. biarlah kita disaman, bayarlah saman. Kerana kita yang telah lakukan kesalahan yang menyebabkan kita disaman.

2. Biarlah kita menunggu giliran, redhalah dengan 'First come first serve', janganlah ambil bahagian atau hak orang lain.

3. Tanggunglah kesalahan yang telah kita lakukan, janganlah memberi 'suapan' agar kesalahan kita di'padam' atau di'senyap'kan

SI PEMINTA
1. ingatlah zuriat keturunan kita. Jangan redhakan atau jangan izinkan keturunan kita dicemari oleh perbuatan kita

2. ingatlah 'Allah akan menghitung setiap amalan yang baik mahupun yang buruk walaupun sebesar zarah, kita tak akan terlepas.

3. seperti kata-kata yang dipetik dari ulama besar negeri Johor daril Takzim, Syeikh Nabil Al-Juhry. "Lu pikir la sendiri..."

p/s: Dulu rasuah sorok-sorok, bawah meja, kat tempat tersembunyi, la ni rasuah depan-depan tak kisah pun.. sebab nama dah ubah ke "duit kopi", "pelincir", "pemudahkira", dll. Macam SURE HEBOH yang pernah difatwakan HARAM sebelum ini la. Bila ubah ke JOM HEBOH je, terus HALAL..

Sapa yang tak mau duit, tapi biarlah dari SUMBER YANG HALAL LAGI DIBERKATI

No comments:

Post a Comment