Friday, August 14, 2009

DARI-NYA KITA DATANG DAN KEPADA-NYA KITA AKAN KEMBALI

Takziah diucapkan kepada kaum kerabat Ust Asri (Rabbani) di atas pemergian mengejut beliau. Ternyata beliau telah berusaha menyampaikan dakwah dengan pendekatannya tersebdiri sehingga nafasnya yang terakhir.

Perginya juga semasa sedang dalam rakaman bagi program Syahadah terbitan RTM. Dan difahamkan beliau sebenarnya kurang sihat pada hari tersebut, namun di atas alasan dakwah dan amanah, beliau sanggup mengenepikan kesihatan beliau untuk meneruskan rakaman program. Ditamatkan pula kalamnya dengan sebutan "Allah..." semasa jasadnya rebah tidak bermaya. Subhanallah... sungguh cantik penamat kehidupan ust Asri. Hanya Allah yang tahu balasan yang akan diterima oleh Ustaz Asri. Kita hanya mampu mendoakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan siddiqin, syuhada dan para solihin.

Namun perlu difikirkan, di manakah dan dengan cara apakah diri kita akan pergi menghadap tuhan. Semua yang hidup tetap akan mati. Sama ada mati atas katil, mati di atas jalan raya, mati di hospital, mati dalam ambulan, mati di dalam kelab malam, di pasar malam, pusat dangdut, kedai arak, kedai 4 digit, kedai makan, stadium bola sepak, atau mati di dalam masjid, mati sedang mengumpat orang, mati sedang berjihat di jalan Allah atau di mana-mana sahaja. Mati tetap akan mati. Cuma kaedah mati tu biarlah mati yang mulia di sisi Allah SWT.

Marilah kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada roh Ustz Asri, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT.

AL-FATIHAH....

No comments:

Post a Comment