Friday, June 25, 2010

PROJEK BN LEPAS NI

Musim Pesta Bola sepak Piala Dunia, kerajaan BN declare keluarkan lesen judi atas sebab untuk membuka saluran kepada yang suka berjudi supaya tak terlibat dengan judi haram (tak berlesen). Semalam, keuar dalam berita kat TV3, ramai lah 'ulama' yang telah menyertai dan menyerahkan borang keahlian masuk UMNO. Mungkin 'ulama2' ni nampak akan keuntungan duit judi ni kot, bleh depa share ramai2...

Lepas ni kerajaan BN akan buka pula lesen untuk rumah urut berorientasikan seks, dengan alasan untuk mengelakkan orang ramai dari pergi ke pusat2 urut haram (tak berlesen). Maka, akan lebih ramai lah 'ulama2' akan menyertai UMNO. Mungkin kali ni mereka akan menyertai MCA pulak kot.

Lepas tu, kerajaan BN akan buka pula lesen untuk pusat dadah. Untuk mengelakkan rakyat mengambil dadah secara haram. Mungkin siap disediakan pembantu2 yang akan bagi panduan cara mengambil dadah dengan betul, cara nak sedut, cara nak cucuk dsb. Maka, lagi ramai lah 'ulama' mungkin kali ni akan serah borang untuk masuk MIC pulak.

Kerajaan BN akan buka lagi lesen pusat untuk couple2 melakukan hubungan seks, untuk mengelakkan mereka terlibat dengan hubungan seks secara haram, tak payah sewa hotel bajet, tak payah buat seks dalam semak, tak payah buat seks dlam kereta dah lepas ni. Kerajaan BN akan sediakan pusat untuk lakukan seks.

Semua ni untuk kemudahan rakyat Malaysia. Kan Malaysia boleh!!! Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Untungnya jadi rakyat Malaysia. Negara Islam yang diiktiraf oleh Amerika Syarikat, mungkin juga diiktiraf oleh Israel.

p/s: Thailand pun banteras judi bole sepak World Cup ni. Tapi dia tak la pulak buka lesen utk berjudi. Hehehe... mungkin sebab dia bukan negara Islam dan tak ramai 'ulama' yang sertai kerajaan dia kot.

No comments:

Post a Comment