Monday, March 16, 2009

Mendekati kekufuran - orang faqir atau orang kaya?

kutbah jumaat yang lalu, meminta kita bermihasabah tentang persoalan di atas ini. Kita pun selalu dengar dari mulut-mulut pemimpin2 kita dan juga orang ramai bahawa terdapat hadis yang rasulullah ada bersabda yang maksudnya lebih kurang berbunyi

"kefaqiran boleh mendekatkan kita kepada kekufuran"

Memang benar, kita tak dapat nafikan hal tersebut. Namun persoalannya, "Adakah hanya kefaqiran yang mendekatkan kita kepada kekufuran? Tidakkah kekayaan juga mendekatkan kita kepada kekufuran?"

Marilah kita merenungi persoalan tersebut dan muhasabahlah diri kita. Lihatlah sekeliling kita. Tengok orang miskin, dan tengok orang kaya. adakah kita nampak beza cara hidup mereka?

Dalam kita menyingkat persoalan di atas, jangan kita lupa yang kekasih kita dan juga kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW adalah bukan seorang yang kaya. rasulullah tidak pernah tidur sekiranya terdapat sebutir tamar pun di dalam rumahnya. Sudah tentu baginda akan memikirkan bahagian umatnya yang lebih miskin pada sebutir tamar tersebut yang lebih layak menerimanya.

Baginda tidak pernah tidur di atas tilam yang empuk seperti mana kita sekarang, bahkan baginda tidur hanya di atas pelepah tamar yang telah dijadikan hamparan. Baginda tidak memakai pakaian yang lembut kainnya, sekadar menutup aurat. Demi menjauhkan diri dari sayang dan cintakan perhiasan dunia.

Baginda pernah ditawarkan harta yang banyak, namun itu bukan pilihannya. Pilihannya hanya Allah yang Maha Esa dan Maha Berkuasa.

Kita lihat pula Hamman dan Qarun pada zaman Nabi Musa A.S. Bagaimana mereka telah dianugerahkan Allah dengan harta yang cukup banyak. Semua itu adalah ujian bagi mereka sedangkan Qarun dahulunya adalah seorang ahli ibadat kepada Allah. Namun dengan ujian yang diberikan, ternyata dia gagal dan hatinya terus mencintai harta dan pangkat yang diberikan oleh Fir'aun.

Ingatlah bahawa "anak dan harta itu adalah perhiasan dan sejenis ujian allah dimuka bumi ini".

Jangan kita hanya nampak ekomoni sahaja apabila kita bercakap mengenai kejayaan. Selalu kita berdoa

"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia, dan kebaikan di akhirat. Dan jauhkanlah kami dari api neraka"

Apakah kejayaan hanya bergantung kepada ekonomi? Umat Islam akan berjaya sekiranya kita menuruti arahan Tuhan iaitu Allah Azza wa Jalla, dan kita akan menemui kegagalan dan kehancuran sekiranya melupakan yang jiwa kita hanyalah milik-Nya.

Wang ringgit dan kekayaan selalunya akan melalaikan kita dari mengingati Allah. Kita akan alpa dan lupa yang :

"Duit / harta yang dicari akan meninggalkan kita, sedangkan iman yang kita jaga akan menjaga kita selama-lamanya"

Wang ringgit selalu akan memesongkan niat kita dari landasan sebenar. Kita akan lebih mencintai harta berbanding agama seperti mana yang sedang berlaku di kebayakan negara umat Islam di dunia.

Jadi, fikirkan lah persoalan di atas. Kita tidak nafikannya, cuma itu bukanlah satu2 nya faktor yang akan mendekatkan kita kepada kekufuran.

No comments:

Post a Comment