Monday, April 27, 2009

BERITA BAIK UNTUK PENDOKONG GERAKAN ISLAM DI MALAYSIA

ILHAM atau nama sebenarnya Institut Latihan Kepimpinan Dan Perkaderan Dakwah Islamiyyah adalah merupakan satu institut yang menawarkan program pengajian Islam yang hanya dikhususkan kepada ahli PAS [Parti Islam Semalaysia] sahaja.

ILHAM kini menawarkan pakej kursus yang lebih mantap dan sesuai dengan tuntutan perjuangan bagi menyediakan barisan pejuang dakwah yang bersedia menghadapi cabaran dan kepayahan perjuangan masa kini.

Melalui alternatif pendidikan islam secara formal ini, maka ILHAM telah menawarkan program pengajian Diploma Kepimpinan Islam (DKI) untuk setiap ahli PAS yang mana berminat untuk mahu menyertainya.

Tempoh pengajiannya adalah selama satu tahun (3 semester) dan yuran pengajiannya pula adalah sebanyak RM 250 per satu semester (beserta dengan modul).

Sebanyak 12 modul yang akan dipelajari sepanjang satu tahun pengajian ini. Pada setiap semester, terdapat 4 modul yang akan dipelajari. Antara modul modul yang akan dipejari adalah seperti berikut :
Semester 1

* Pengantar Pengajian Al Quran
* Aqidah Islamiyyah
* Politik Islam
* Sejarah Gerakan Islam Di Malaysia (i)

Semester 2

* Pengatar Pengajian Hadith
* Fiqh Islami
* Ekonomi Islam
* Sejarah Gerakan Islam (ii)

Semester 3

* Fiqh Jihad
* Pengajian Pengurusan Islam
* Fiqh Dakwah
* Sirah Nabawiyyah

Maka dengan itu, ILHAM Cawangan Negeri Pahang sekali lagi akan membuka pendaftaran baru bagi kemasukan sesi ke 2 yang akan bermula pada Bulan Jun 2009 ini.

Akademi Ar Rasyidin http://arrasyidin09 .blogspot. com/, Kuantan Pahang selaku pengajur dengan secara sukacitanya mengalukan-alukan kepada seluruh ahli PAS yang memenuhi kretiria-kretiria dan syarat-syarat tertentu agar dapat mengikuti program pengajian ini.

Sesungguhnya, melalui ILHAM ini, ia sekurang kurangnya mampu untuk melahirkan pejuang yang kental disamping melahirkan ahli yang memahami gerakan islam dan PAS.

Sepertimana ucapan pengarah ILHAM Pusat, al Fadhil Ustaz Idris Ahmad semasa merasmikan ILHAM cawangan Negeri Perak baru baru ini, beliau berkata :

" Dengan adanya ILHAM dan program pengajian Diploma Kepimpinan Islam ini, kita mahu melahirkan peribadi pejuang dan pendakwah yang mantap dari sudut sahsiah, ilmu, disiplin dan menjadi teladan yang baik kepada masyarakat. "

Kepada sesiapa yang berminat dan untuk keterangan yg lebih lanjut, anda boleh menghubungi kami di talian 09-5688182 (Pejabat Akademi Ar Rasyidin) atau boleh menghubungi terus kepada saya di talian 014 - 5008769 (En Nik Hafizul)

Sekian Terima Kasih.

"Perjuangan Ini Adalah Berasaskan Ilmu &
Tiada Alasan Bagi Kita Untuk Menuntut Ilmu"

No comments:

Post a Comment