Wednesday, April 8, 2009

UBAT KEPADA JIWA KACAU...

Apa ubat bagi jiwa kacau? Masalah besar ni kalau jiwa kacau. Bukan kecik punya problem ni. Ni la tajuk perbincangan MHI pagi tadi.. Jiwa kacau. Ist.. masalah problem ni.

Orang yang jiwa kacau ni, berpotensi untuk buat perkara-perkara yang kadang2 di luar batas logik pemikiran kita. Kadang2, ada yang sanggup bunuh diri, berdiri di tengah2 jalan raya sebab nak tunggu lori langgar. Ataupun makan panadol banyak2, bagi rosak perut, pengsan dan harap2 sampai mati. Ist.. pelik. Kenapa sampai macam tu pemikiran seorang manusia yang dianugerahkan oleh Allah Taala dengan akal dan dilantik pula sebagai khalifah kepada seluruh makhluk. Bukan sebarang lantikan ni, bukan dilantik oleh pengarah, bukan dilantik oleh ketua kampung, bukan dilantik oleh PM ke-6, tapi ni Allah yang lantik.

Orang yang jiwa kacau ni selalunya orang yang jauh dari Penciptanya. Contohnya sebuah kereta yang jauh dari dari penciptanya (tak pernah atau jarang servis). Apa yang akan berlaku? Sudah tentu kereta tu cepat meragam dan rosak. Itu lah perumpamaan yang boleh kita buat. Orang yang jauh dari Tuhannya (Allah), akan pasti mengidap jiwa kacau dan seterusnya menuju ke jalan kehancuran macam yg dikatakan tadi.

Jalan penyelesaiannya? Balik la ke pusat servis! Balik la ke pangkuan Allah. Macam mana nak balik ke pangkuan Allah? Allah pun xnampak?

Memang la kita xleh nampak Allah, tapi buat la amalan yang mendekatkan jiwa kita kepada Allah. Mcm solat 5 waktu yang selalu tak cukup, kita cukupkan. Bila dan cukup solat fardu, tambahkan dengan aksesori iaitu solat sunat. Hadis diperdengarkan setiap hari, kerana Rasulullah pernah bersabda "mendengar hadis itu boleh melembutkan hati yang keras".

Tambah lagi dengan lain2 aksesori seperti berzikir. La.. bukan susah pun. Duduk saja2, xdak kerja nak buat apa, berzikir la.. "Subhanallah, walhamdulillah, la ilaha illallah, Allahu akbar". Kalau dah khatam zikir tu, tambah la zikir lain. Cuba amalkan Al-Ma'thurat, amalan zikir Rasulullah. Insyaallah, hati akan jadi tenang. Segala kerja dipermudahkan, dan diringankan beban.



Bukan omong kosong, saya pernah lalui situasi jiwa kacau ni. Tapi selepas berbalik kepada Allah, Alhamdulillah, jiwa tenang. Pernah sekali dah biasa amal baca al-Quran setiap hari selepas solat Maghrib. Tiba di satu ketika, terlalu sibuk dengan urusan akademik. Dengan kuiznya, ujiannya, pembentangan (viva) projek akhir tahun lagi. Sibuk.. memang sibuk. Sampai xdak masa nak baca al-Quran macam biasa.

Rupa2nya bila kita tinggalkan Allah, Allah akan bagi kita jadi lebih sibuk. Suatu hari, teringat utk muhasabah diri, "sebab apa aku sibuk sangat ni?" Maka teringatlah, "Muangkin sebab aku dah jauh dari Allah". Maka terus saya kembali membaca Al-Quran dan amalkan al-Ma'thurat semua. Ternyata, memang betul lah telahan saya. Allah telah buka jalan, kerja jadi mudah. Beban jadi ringan. Dulunya sibuk, sekarang sudah tenang. Subhanallah.. memang benar la janji2 Allah.



Sehingga sekarang, cubalah. Kalau kita rasa jiwa kacau, ambil lah wuduk. Solat sunat, baca lah al-quran. Insyaallah hati kita akan tenang, setenang air yang mengallir di bawah syurga Firdaus.

No comments:

Post a Comment