Tuesday, April 21, 2009

KISAH KUCING LAPAR

Pepatah Melayu ada mengatakan, “malu-malu kucing”. Memang betul, kucing kalau dia buat-buat malu, lauk ikan sedap dok depan mata pun dia bleh tak usik. Bleh pulak pejam mata (tapi tak rapat). Tapi kalau kita perasan, yang kata malu-malu kucing ni, walaupun dia macam buat tak peduli kat ikan tu, tapi kadang-kadang dia akan buat-buat mengeliat untuk menghampiri ikan tu. Empat lima kali dia mengeliat, sampai la dia kat ikan tu. Time tu, kalau kita buat tak peduli kat dia, kita tak halau dia, ikan tu jadi habuan dia la. Tu la yang orang tua-tua kita kata malu-malu kucing.
Sebenarnya sifat kucing macam ni ada kat diri kita. Tak percaya cuba tengok betul-betul. Terutamanya lelaki la, perempuan pun ada gak malu-malu kucing ni. Tapi laki ada sifat bukan malu-malu kucing saja, malah ada juga sifat kucing lapar, lagi bahaya. Baik-baik, jangan sampai dia ‘ngap’... apa maksud “kucing lapar tu?”
Perumpamaan dan persoalan ini timbul bila ada persoalan kes rogol. Ya lah, kucing yang lapar, kalau selalu pula di tayang dengan ikan segar (yang pakai seksi dan tak menutup aurat), yang ada barang bagus punya, mana kucing boleh tolak. Kecuali la kucing lapar yang betul-betul malu. Tu pun, setakat lima enam ekor ikan rasanya dia boleh lagi buat malu-malu, mai ikan ke tujuh, siap la... lain la pulak kalau kucing tu mandul ka, yang dah kena kasi ka atau, kucing buta.
Sebab tu kita ada dengar kes wanita pakai tutup aurat tapi masih kena rogol. Kanak-kanak yang berumur 4 atau 5 tahun pun dirogol. Bomoh jadi perogol, abang rogol adik, ayah rogol anak, ayah tiri rogol anak tiri, anak rogol emak, cucu rogol nenek, Ustaz pun rogol. Ini lah yang dijadikan hujan oleh kebanyakan wanita hari ini untuk tidak memakai pakaian yang dituntut oleh syarak, iaitu pakaian yang menutup aurat yang sebenar (walaupun ada yang pakai lengkap, tapi baju sendat sampai nampak bonggol-bonggol dan lurah-lurah yang tak sepatutnya nampak). Sebenarnya, depa ni tak faham mengenai “malu-malu kucing” dan “kucing lapar” ni. Memang la, kalau kita tengok kebanyakan laki akan buat macam tak dak apa-apa pun bila tengok perempuan seksi. Sebenarnya dalam hati dia, tunggu masa saja. Tok lebai pun akan tergugat “kelebaiannya” kalau selalu dok jamu mata. Mana boleh tahan....
Mana ada lelaki tak tertarik dengan wanita? Ni sudah lumrah alam, Allah dah cipta sistem kehidupan manusia normal macam tu. Tapi kalau ada laki yang kata tak rasa apa-apa bila tengok wanita seksi ni, kena bawak pi pakar sakit tuan la. Ada masalah la tu.
Jadi, bagi kak cik-kak cik kat luar sana, tolong la. Dah la tiap-tiap hari TV dok tunjuk macam-macam cerita, bagus punya ikan, gedik sana, gedik sini, bukak sana bukak sini. Kesian la kat kucing lapar ni. Biar la kucing ni dijamu dan dikenyangkan oleh ‘tuan’ dia sendiri (bini dia la). Jaga la pakaian kita. Bukan apa, takut nanti kita kena ‘ngap’, menyesal tak sudah. Tak pun lagi takut kalau dia ‘ngap’ orang lain kalau dia dah tak tahan sangat dengan godaan. Bila-bila masa ada chance, duduk pulak tempat yang line clear, dia ratah mana-mana ikan yang lalu kat dia, tak kira kecik atau besar, tua atau muda. Janji dia bleh kenyang. Tolong lah ye.

No comments:

Post a Comment