Monday, April 27, 2009

PENJELASAN PERBEZAAN PENDAPAT DUA TOK GURU TENTANG 'KERAJAAN GABUNGAN'

Tuan-tuan boleh baca terus penjelasan tersebut dari hati seorang anak Tok Guru, apakah yang terjadi di sebalik isu yang cuba melaga-lagakan Tok Guru yang susah untuk kita mencari kesalahan mereka walaupun mereka hanyalah manusia biasa.

sila layari http://nikabduh.wordpress.com/2009/04/24/kerja-kerja-bodoh-dalam-pas/

semoga kita dapat melihat kebenarannya...

BERITA BAIK UNTUK PENDOKONG GERAKAN ISLAM DI MALAYSIA

ILHAM atau nama sebenarnya Institut Latihan Kepimpinan Dan Perkaderan Dakwah Islamiyyah adalah merupakan satu institut yang menawarkan program pengajian Islam yang hanya dikhususkan kepada ahli PAS [Parti Islam Semalaysia] sahaja.

ILHAM kini menawarkan pakej kursus yang lebih mantap dan sesuai dengan tuntutan perjuangan bagi menyediakan barisan pejuang dakwah yang bersedia menghadapi cabaran dan kepayahan perjuangan masa kini.

Melalui alternatif pendidikan islam secara formal ini, maka ILHAM telah menawarkan program pengajian Diploma Kepimpinan Islam (DKI) untuk setiap ahli PAS yang mana berminat untuk mahu menyertainya.

Tempoh pengajiannya adalah selama satu tahun (3 semester) dan yuran pengajiannya pula adalah sebanyak RM 250 per satu semester (beserta dengan modul).

Sebanyak 12 modul yang akan dipelajari sepanjang satu tahun pengajian ini. Pada setiap semester, terdapat 4 modul yang akan dipelajari. Antara modul modul yang akan dipejari adalah seperti berikut :
Semester 1

* Pengantar Pengajian Al Quran
* Aqidah Islamiyyah
* Politik Islam
* Sejarah Gerakan Islam Di Malaysia (i)

Semester 2

* Pengatar Pengajian Hadith
* Fiqh Islami
* Ekonomi Islam
* Sejarah Gerakan Islam (ii)

Semester 3

* Fiqh Jihad
* Pengajian Pengurusan Islam
* Fiqh Dakwah
* Sirah Nabawiyyah

Maka dengan itu, ILHAM Cawangan Negeri Pahang sekali lagi akan membuka pendaftaran baru bagi kemasukan sesi ke 2 yang akan bermula pada Bulan Jun 2009 ini.

Akademi Ar Rasyidin http://arrasyidin09 .blogspot. com/, Kuantan Pahang selaku pengajur dengan secara sukacitanya mengalukan-alukan kepada seluruh ahli PAS yang memenuhi kretiria-kretiria dan syarat-syarat tertentu agar dapat mengikuti program pengajian ini.

Sesungguhnya, melalui ILHAM ini, ia sekurang kurangnya mampu untuk melahirkan pejuang yang kental disamping melahirkan ahli yang memahami gerakan islam dan PAS.

Sepertimana ucapan pengarah ILHAM Pusat, al Fadhil Ustaz Idris Ahmad semasa merasmikan ILHAM cawangan Negeri Perak baru baru ini, beliau berkata :

" Dengan adanya ILHAM dan program pengajian Diploma Kepimpinan Islam ini, kita mahu melahirkan peribadi pejuang dan pendakwah yang mantap dari sudut sahsiah, ilmu, disiplin dan menjadi teladan yang baik kepada masyarakat. "

Kepada sesiapa yang berminat dan untuk keterangan yg lebih lanjut, anda boleh menghubungi kami di talian 09-5688182 (Pejabat Akademi Ar Rasyidin) atau boleh menghubungi terus kepada saya di talian 014 - 5008769 (En Nik Hafizul)

Sekian Terima Kasih.

"Perjuangan Ini Adalah Berasaskan Ilmu &
Tiada Alasan Bagi Kita Untuk Menuntut Ilmu"

Tuesday, April 21, 2009

PELANCARAN BUKU PENTERJEMAHAN BERTAJUK “KEBERANIAN MENGGAPAI HARAPAN BARACK OBAMA”

Buletin Utama semalam memaparkan satu program pelancaran buku yang diterjemah semula dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia yang bertajuk “Keberanian Menggapai Harapan Barack Obama”. Majlis pelancaran besar-besaran yang dirasmi pula oleh DYTM Raja Nazrin Shah (Raja Muda Perak) menampakkan usaha yang bersungguh-sungguh. Baguslah bila Institut Terjemahan Negara sudah boleh berfikir untuk terjemahkan ke Bahasa Malaysia. Tujuannya untuk memudahkan rakyat Malaysia faham isi kandungan buku tu (yang asalnya Bahasa Inggeris, kita pun malas nak ambik tahu).

Dalam majlis tu didedahkan bahawa penulisan buku di malaysia sungguh menyedihkan. Negara-negara lain, penulisan buku sehingga mencecah lebih 100 ribu unit setahun, manakala Malaysia tak sampai pun 10 ribu unit setahun. Dah la tu, dikatakan pula yang banyaknya adalah tulisan-tulisan yang berunsurkan politik dan secara bermusim. Maknanya, penulisan buku ilmiah kita masih di takuk lama sedangkan banyak usaha dah dilakukan bagi menaikkan kesedaran rakyat untuk menulis. Mungkin masyarakat kita belum ada pemikiran yang benar-benar kreatif untuk pikir tajuk atau skop dalam nak penghasilan satu-satu buku.
Itu bukan persoalan di sini. Persoalan di sini adalah mengenai usaha penterjemahan buku dari bahasa lain ke Bahasa Malaysia. Mungkin depa ni baru nampak kepentingan terjemah buku ke basa ibunda kita ni. Tuanku Raja Muda juga ada bagi contoh semasa kehebatan ilmuan Islam dulu, banyak usaha penterjemahan buku dilakukan dari Bahasa Parsi ke Bahasa Arab dan sebenarnya banyak hasil penterjemahan dari pelbagai bahasa ke Bahasa Arab. Itulah asas kejayaan masyarakat Islam terdahulu untuk menimba ilmu dari tamadun lain dan dikembangkan kepada masyarakat Islam yang majoritinya Berbangsa Arab (atau berbahsa arab) ketika itu.
Perkara yang samalah sepatutnya berlaku di negara kita ni. Kita patut lebih giat terjemah ilmu dari Bahasa Inggeris (yang dikatakan sebagai lingua franca zaman ini) kepada Bahasa Malaysia, yang majoriti rakyat kita mudah faham, bukannya mengalihkan semua otak kita dari Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris. Kita boleh lakukan tugas yang sedikit untuk manfaat yang banyak, bukan lakukan kerja yang banyak untuk manfaat yang sedikit. Sepatutnya terjemah saja satu-satu buku ke dalam Bahasa Malaysia, dah berjuta rakyat Malaysia akan perolehi manfaat dari buku tersebut kerana kita mudah faham (dah bahasa kita, memang la kita faham). Daripada dok pening kepala nak ajar semua rakyat Malaysia dalam Bahasa Inggeris yang kesudahannya tak ke mana, hanya merugikan rakyat kita terutamanya Bangsa Melayu.
Jadi, syabas Institut Terjemahan Negara. Semoga selepas ini banyak la diterjemah buku-buku ilmiah (macam matematik, sains, sejarah dan lain-lain lagi) untuk kegunaan bangsa kita, jangan dok fokus buku berunsur politik antarabangsa dan ekonomi saja. Tolong fikir untuk anak bangsa kita sama. Kita kan satu Malaysia...

KISAH KUCING LAPAR

Pepatah Melayu ada mengatakan, “malu-malu kucing”. Memang betul, kucing kalau dia buat-buat malu, lauk ikan sedap dok depan mata pun dia bleh tak usik. Bleh pulak pejam mata (tapi tak rapat). Tapi kalau kita perasan, yang kata malu-malu kucing ni, walaupun dia macam buat tak peduli kat ikan tu, tapi kadang-kadang dia akan buat-buat mengeliat untuk menghampiri ikan tu. Empat lima kali dia mengeliat, sampai la dia kat ikan tu. Time tu, kalau kita buat tak peduli kat dia, kita tak halau dia, ikan tu jadi habuan dia la. Tu la yang orang tua-tua kita kata malu-malu kucing.
Sebenarnya sifat kucing macam ni ada kat diri kita. Tak percaya cuba tengok betul-betul. Terutamanya lelaki la, perempuan pun ada gak malu-malu kucing ni. Tapi laki ada sifat bukan malu-malu kucing saja, malah ada juga sifat kucing lapar, lagi bahaya. Baik-baik, jangan sampai dia ‘ngap’... apa maksud “kucing lapar tu?”
Perumpamaan dan persoalan ini timbul bila ada persoalan kes rogol. Ya lah, kucing yang lapar, kalau selalu pula di tayang dengan ikan segar (yang pakai seksi dan tak menutup aurat), yang ada barang bagus punya, mana kucing boleh tolak. Kecuali la kucing lapar yang betul-betul malu. Tu pun, setakat lima enam ekor ikan rasanya dia boleh lagi buat malu-malu, mai ikan ke tujuh, siap la... lain la pulak kalau kucing tu mandul ka, yang dah kena kasi ka atau, kucing buta.
Sebab tu kita ada dengar kes wanita pakai tutup aurat tapi masih kena rogol. Kanak-kanak yang berumur 4 atau 5 tahun pun dirogol. Bomoh jadi perogol, abang rogol adik, ayah rogol anak, ayah tiri rogol anak tiri, anak rogol emak, cucu rogol nenek, Ustaz pun rogol. Ini lah yang dijadikan hujan oleh kebanyakan wanita hari ini untuk tidak memakai pakaian yang dituntut oleh syarak, iaitu pakaian yang menutup aurat yang sebenar (walaupun ada yang pakai lengkap, tapi baju sendat sampai nampak bonggol-bonggol dan lurah-lurah yang tak sepatutnya nampak). Sebenarnya, depa ni tak faham mengenai “malu-malu kucing” dan “kucing lapar” ni. Memang la, kalau kita tengok kebanyakan laki akan buat macam tak dak apa-apa pun bila tengok perempuan seksi. Sebenarnya dalam hati dia, tunggu masa saja. Tok lebai pun akan tergugat “kelebaiannya” kalau selalu dok jamu mata. Mana boleh tahan....
Mana ada lelaki tak tertarik dengan wanita? Ni sudah lumrah alam, Allah dah cipta sistem kehidupan manusia normal macam tu. Tapi kalau ada laki yang kata tak rasa apa-apa bila tengok wanita seksi ni, kena bawak pi pakar sakit tuan la. Ada masalah la tu.
Jadi, bagi kak cik-kak cik kat luar sana, tolong la. Dah la tiap-tiap hari TV dok tunjuk macam-macam cerita, bagus punya ikan, gedik sana, gedik sini, bukak sana bukak sini. Kesian la kat kucing lapar ni. Biar la kucing ni dijamu dan dikenyangkan oleh ‘tuan’ dia sendiri (bini dia la). Jaga la pakaian kita. Bukan apa, takut nanti kita kena ‘ngap’, menyesal tak sudah. Tak pun lagi takut kalau dia ‘ngap’ orang lain kalau dia dah tak tahan sangat dengan godaan. Bila-bila masa ada chance, duduk pulak tempat yang line clear, dia ratah mana-mana ikan yang lalu kat dia, tak kira kecik atau besar, tua atau muda. Janji dia bleh kenyang. Tolong lah ye.

Wednesday, April 8, 2009

UBAT KEPADA JIWA KACAU...

Apa ubat bagi jiwa kacau? Masalah besar ni kalau jiwa kacau. Bukan kecik punya problem ni. Ni la tajuk perbincangan MHI pagi tadi.. Jiwa kacau. Ist.. masalah problem ni.

Orang yang jiwa kacau ni, berpotensi untuk buat perkara-perkara yang kadang2 di luar batas logik pemikiran kita. Kadang2, ada yang sanggup bunuh diri, berdiri di tengah2 jalan raya sebab nak tunggu lori langgar. Ataupun makan panadol banyak2, bagi rosak perut, pengsan dan harap2 sampai mati. Ist.. pelik. Kenapa sampai macam tu pemikiran seorang manusia yang dianugerahkan oleh Allah Taala dengan akal dan dilantik pula sebagai khalifah kepada seluruh makhluk. Bukan sebarang lantikan ni, bukan dilantik oleh pengarah, bukan dilantik oleh ketua kampung, bukan dilantik oleh PM ke-6, tapi ni Allah yang lantik.

Orang yang jiwa kacau ni selalunya orang yang jauh dari Penciptanya. Contohnya sebuah kereta yang jauh dari dari penciptanya (tak pernah atau jarang servis). Apa yang akan berlaku? Sudah tentu kereta tu cepat meragam dan rosak. Itu lah perumpamaan yang boleh kita buat. Orang yang jauh dari Tuhannya (Allah), akan pasti mengidap jiwa kacau dan seterusnya menuju ke jalan kehancuran macam yg dikatakan tadi.

Jalan penyelesaiannya? Balik la ke pusat servis! Balik la ke pangkuan Allah. Macam mana nak balik ke pangkuan Allah? Allah pun xnampak?

Memang la kita xleh nampak Allah, tapi buat la amalan yang mendekatkan jiwa kita kepada Allah. Mcm solat 5 waktu yang selalu tak cukup, kita cukupkan. Bila dan cukup solat fardu, tambahkan dengan aksesori iaitu solat sunat. Hadis diperdengarkan setiap hari, kerana Rasulullah pernah bersabda "mendengar hadis itu boleh melembutkan hati yang keras".

Tambah lagi dengan lain2 aksesori seperti berzikir. La.. bukan susah pun. Duduk saja2, xdak kerja nak buat apa, berzikir la.. "Subhanallah, walhamdulillah, la ilaha illallah, Allahu akbar". Kalau dah khatam zikir tu, tambah la zikir lain. Cuba amalkan Al-Ma'thurat, amalan zikir Rasulullah. Insyaallah, hati akan jadi tenang. Segala kerja dipermudahkan, dan diringankan beban.



Bukan omong kosong, saya pernah lalui situasi jiwa kacau ni. Tapi selepas berbalik kepada Allah, Alhamdulillah, jiwa tenang. Pernah sekali dah biasa amal baca al-Quran setiap hari selepas solat Maghrib. Tiba di satu ketika, terlalu sibuk dengan urusan akademik. Dengan kuiznya, ujiannya, pembentangan (viva) projek akhir tahun lagi. Sibuk.. memang sibuk. Sampai xdak masa nak baca al-Quran macam biasa.

Rupa2nya bila kita tinggalkan Allah, Allah akan bagi kita jadi lebih sibuk. Suatu hari, teringat utk muhasabah diri, "sebab apa aku sibuk sangat ni?" Maka teringatlah, "Muangkin sebab aku dah jauh dari Allah". Maka terus saya kembali membaca Al-Quran dan amalkan al-Ma'thurat semua. Ternyata, memang betul lah telahan saya. Allah telah buka jalan, kerja jadi mudah. Beban jadi ringan. Dulunya sibuk, sekarang sudah tenang. Subhanallah.. memang benar la janji2 Allah.



Sehingga sekarang, cubalah. Kalau kita rasa jiwa kacau, ambil lah wuduk. Solat sunat, baca lah al-quran. Insyaallah hati kita akan tenang, setenang air yang mengallir di bawah syurga Firdaus.

Tuesday, April 7, 2009

SUARA RAKYAT... BUKTI APA YG DIPERKATAKAN

Keputusan rasmi, calon PAS, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meraih 21,860 undi, manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi, dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris hanya 62 undi. Dengan itu Nizar diisytihar menang dengan majoriti 2,789 undi.
Itulah keputusan yang diperolehi di Bukit Gantang, Perak.

Perkembangan dan keputusan pilihanraya kecil dun Bukit Selambau pula, kemenangan juga berpihak kepada Pakatan rakyat apabila calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), S. Manikumar menang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dengan meraih 12,632 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), S. Ganesan dan 13 calon Bebas lain, dengan memperolehi majoriti 2,403 undi.

Ini lah dia suara rakyat. Rakyat sudah jemu dengan pembohongan demi pembohongan dan penindasan demi penindasan terhadap rakyat. Rakyat tahu yang BN boleh melaksanakan pembangunan. Namun, banyak ketirisan yang berlaku sebelum pembangunan yang dijanjikan itu disiapkan. Tetapi sebaliknya yang berlaku sekiranya wakil rakyat dari kalangan PR yang dipilih. Biarpun pembangunan tidak serancak dilakukan oleh BN (dengan menggunakan wang cukai dari rakyat) dengan bantuan pusat, namun keikhlasan dan kesungguhan wakil mereka yang dipilih itulah yang akan menentukan masa depan generasi seterusnya.

Rakyat kini sudah pandai menilai. Tolong lah jangan mengulas (kepada penganalisis politik yg terang2 berat sebelah) seperti raykat ni bodoh sangat. Ada ka, siaran langsung dalam RTM1, dia boleh kata kemenangan PR di bukit Gantang dengan majoriti 2000+ itu satu bilangan yang sedikit, jika dibandingkan dengan calon PR iaitu seorang bekas Menteri Besar, sedangkan, Ismail Safian (calon BN) tu seorang yang tak dikenali pun sebelum ini. Kononnya nak memperlekeh YB Nizar la, bagi dia sepatutnya dapat majoriti yang lebih besar. Ni la cakap tak guna akal.

Cuba kita pikir sikit, calon BN ni orang tempatan. Bila dia kalah, maksudnya orang tempatan sendiri yang tak mau kat dia. Tak paham lagi ka? Tak kira la majoriti besar ka kecik ka. Yang dia menang majoriti 1000+ kat Batang Ai tu dia bleh kata besar pulak. Ist.. pening kepalo den la dengan puak2 ni... apa2 pun... Lu pikir la sendiri...