Tuesday, April 7, 2009

SUARA RAKYAT... BUKTI APA YG DIPERKATAKAN

Keputusan rasmi, calon PAS, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meraih 21,860 undi, manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi, dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris hanya 62 undi. Dengan itu Nizar diisytihar menang dengan majoriti 2,789 undi.
Itulah keputusan yang diperolehi di Bukit Gantang, Perak.

Perkembangan dan keputusan pilihanraya kecil dun Bukit Selambau pula, kemenangan juga berpihak kepada Pakatan rakyat apabila calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), S. Manikumar menang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dengan meraih 12,632 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), S. Ganesan dan 13 calon Bebas lain, dengan memperolehi majoriti 2,403 undi.

Ini lah dia suara rakyat. Rakyat sudah jemu dengan pembohongan demi pembohongan dan penindasan demi penindasan terhadap rakyat. Rakyat tahu yang BN boleh melaksanakan pembangunan. Namun, banyak ketirisan yang berlaku sebelum pembangunan yang dijanjikan itu disiapkan. Tetapi sebaliknya yang berlaku sekiranya wakil rakyat dari kalangan PR yang dipilih. Biarpun pembangunan tidak serancak dilakukan oleh BN (dengan menggunakan wang cukai dari rakyat) dengan bantuan pusat, namun keikhlasan dan kesungguhan wakil mereka yang dipilih itulah yang akan menentukan masa depan generasi seterusnya.

Rakyat kini sudah pandai menilai. Tolong lah jangan mengulas (kepada penganalisis politik yg terang2 berat sebelah) seperti raykat ni bodoh sangat. Ada ka, siaran langsung dalam RTM1, dia boleh kata kemenangan PR di bukit Gantang dengan majoriti 2000+ itu satu bilangan yang sedikit, jika dibandingkan dengan calon PR iaitu seorang bekas Menteri Besar, sedangkan, Ismail Safian (calon BN) tu seorang yang tak dikenali pun sebelum ini. Kononnya nak memperlekeh YB Nizar la, bagi dia sepatutnya dapat majoriti yang lebih besar. Ni la cakap tak guna akal.

Cuba kita pikir sikit, calon BN ni orang tempatan. Bila dia kalah, maksudnya orang tempatan sendiri yang tak mau kat dia. Tak paham lagi ka? Tak kira la majoriti besar ka kecik ka. Yang dia menang majoriti 1000+ kat Batang Ai tu dia bleh kata besar pulak. Ist.. pening kepalo den la dengan puak2 ni... apa2 pun... Lu pikir la sendiri...

No comments:

Post a Comment