KUALA LUMPUR, 10 Julai: Pertanyaan para wartawan tentang ketidakhadiran Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa pada hari penamaan calon Manek Urai terjawab apabila gambar beliau di atas katil hospital mula tersebar semalam.
Nasharudin terpaksa dimasukkan ke Hospital Serdang petang semalam dan menjalani pembedahan kira-kira jam 11 pagi.
Semasa hari penamaan calon Manek Urai baru-baru ini, cerita ketidakhadiran Nasharudin menjadi berita kebanyakan media sehingga Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang terpaksa menjawab, "kenapa tidak taya kenapa Datuk Seri Najib tak datang?".
Ia terus menjadi sorotan media sejak beberapa hari. Antara yang menjadi sasaran adalah Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa yang didakwa Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin menjadi punca Nasharudin tidak datang.
Husam menjelaskan, siapalah dia untuk menghalang timbalan presiden PAS, "Saya hanya AJK PAS sahaja," kata Husam.
Husam juga berkata, Nasharudin mesti ada alasan tertentu kenapa dia tidak datang ke Manek Urai kerana dia juga tidak datang ke Parlimen.
Bagi Husam, Khairy memainkan isu itu untuk mengelakkan isu royalti minyak untuk Kelantan dari perkatakan.
Dengan tersebarnya gambar Nasharudin di atas katil hospital terdedahlah cerita sebenarnya.
sumber : siasahdaily
Masjid
5 years ago
No comments:
Post a Comment