Monday, July 13, 2009

TPM dalam Cubaan Merasuah... Apa kata SPRM?

Memang tidak dapat disangkal serta dinafikan lagi sikap puak2 Umno, BN yang sememangnya bersifat tidak ikhlas dalam membela rakyat. Terbaru, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno petang tadi membuat satu ugutan serta statement yang berbau rasuah yang mana menlibatkan perhitungan yang agak keterlaluan kpd penduduk / pengundi Dun Manek Urai.


Kerajaan Kerajaan pusat menawarkan untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini. Sebaliknya, sekiranya BN tewas pada PRK pada kali ini, tiada Jambatan yang akan dibina. Jelas lagi bersuluh sikap retorik puak2 Umno, BN dalm membela nasib dan keperluan rakyat. Sikap dikecam sekeras-kerasnya lantaran memberi satu ugutan yang jahat olh Umno kpd penduduk Manek Urai.


Muhyiddin berkata demikian di majlis pemimpin bersama rakyat di sebuah sekolah di Manek Urai Lama. Selain Tuan Aziz, turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Dr Awang Adek dan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad.



Manek Urai Lama merupakan sebuah kawasan dalam Manek Urai yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar Kuala Krai. Bersempadan dengan Manek Urai Lama, ia dihubungkan sebuah jambatan satu lorong sejauh 300 meter. Tidak ada jalan alternatif lain bagi penduduk kawasan tersebut untuk keluar ke jalan besar yang menghubungkan bandar Kuala Krai dengan Gua Musang.


Tidakkah ini rasuah namanya jika menjanjikan pembangunan SEKIRANYA menang sahaja? Jika bukan rasuah, tolong ajar aku apa erti rasuah sebenarnya. Tumpuan kini tertumpu kepada SPRM dan SPR. Apakah kedua-dua badan ini akan berdiam diri? Umno kehilangan segala tumpuan dan idea mereka untuk mendapatkan sokongan pengundi-pengundi di Manek Urai sehingga sanggup memberikan janji sedemikian. Umno tidak pernah berubah dan tidak akan berubah. Memang benar kata orang, Umno dan rasuah tidak dapat dipisahkan, jika dipisah sumbanglah Umno. Ternyata 11 bungkusan `hadiah' dari Najib yang baru diumumkan semalam tidak sedikit pun mempengaruhi selera rakyat terutamanya di Manek Urai. Penghapusan PPSMI yang diumumkan oleh TPM juga tidak memberi kesan langsung malahan dipandang penuh curiga oleh rakyat. Isu Kerajaan Perpaduan yang saban hari dimainkan oleh Umno di dalam kempen di Manek Urai ini ternyata memakan diri Umno sendiri. Mereka `terbogel' di Manek Urai. Lakonan `penoreh-penoreh getah' taraf `mee segera' juga dijadikan bahan lawak jenaka penduduk Manek Urai.


Pas juga menjanjikan `jambatan' kepada Manek Urai. Jambatan yang dijanjikan oleh Pas adalah `Jambatan Siratul Mustaqeem'. Inilah jambatan yang boleh menyelamatkan manusia tidak kira Melayu atau bukan Melayu asalkan mereka beriman kepada Allah dan Rasulnya. Pas menjanjikan dunia dan akhirat, maka `jambatan Siratul Mustaqeem' adalah penghubungnya. Apakah rakyat di Manek Urai masih mahu kepada jambatan bernilai 7 juta itu jika dibandingkan dengan `jambatan' ciptaan Allah ini? Memilih jambatan bernilai 7 juta yang ditawarkan secara `rasuah' ini sama erti dengan menerima rasuah. Penerima rasuah sudah tentu ditempatkan di Neraka Jahannam. Nau'zubillah.


Berfikirlah dengan akal dan iman. Pilihlah di antara dua jambatan yang ditawarkan oleh Umno dan Pas ini. Seandainya pengundi-pengundi tetap yakin bahawa Umno tidak menawarkan rasuah dengan jambatan ini, maka undilah Pas kerana jambatan tersebut tetap akan dibina oleh Umno sekiranya Umno ikhlas. Tetapi, jika hanya dibina sekiranya Umno menang, pengundi-pengundi yang mengundi Umno dianggap bersubahat dengan janji rasuah seperti ini. Aku yakin, rakyat di Manek Urai tidak pernah diajar oleh MB Kelantan untuk mendekati amalan rasuah seperti ini. Maka, buktikan nanti semasa mengundi.

No comments:

Post a Comment