Wednesday, July 29, 2009

H1N1 - Isyarat dari Allah



Wabak selesema A (H1N1) memakan korban kedua - lelaki 46 tahun yang meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Subang Jaya, 12.35 tengahari 27.7.09. Lelaki tersebut dilaporkan mati akibat "pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan bersama kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut" selepas tujuh hari di unit rawatan rapi di hospital swasta di Subang Jaya. Rakyat tempatan itu yang bekerja di Belgium pulang pada 4 Julai lalu mula mengalami demam serta batuk selepas bercuti bersama keluarga di Langkawi pada 13 Julai. Si mati kemudian mendapat rawatan di hospital swasta di Petaling Jaya pada 16 Julai dan pemeriksaan dada menunjukkan korban mengalami pneumonia, kata ketua pengarah kesihatan. "Kes dirujuk ke hospital swasta yang lain di Subang Jaya pada 19 Julai untuk rawatan di unit rawatan rapi. "Ujian sampel tekak buat pada 22 Julai dan sahkan positif influenza A (H1N1) oleh Institut Penyelidikan Perubatan pada 23 Julai," kata Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican. Pada 23 Julai lalu, seorang pelajar Indonesia berusia 30 tahun yang menuntut di Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur menjadi korban pertama berkaitan wabak selesema A (H1N1).

Mengapa susah sangat untuk kita mengambil iktibar dan mengakui semua ini adalah perigatan dari Allah kepada kita semua yang cuba 'mengambil alih tugas' Tuhan yang Maha Mencipta.
Tidak ada kerugian dan tidak ada kelebihan kepada Allah sekiranya kita menuruti atau membangkang perintah Allah, sedangkan kita lah yang akan menerima azab sekiranya kita lupa kepada kuasa Yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa. Dan bahagia lah mereka yang memperjuangkan agama Allah dengan sebenar-benarnya di akhirat sana bersama nikmat Allah yang telah dijanjikan.

No comments:

Post a Comment