Tuesday, August 11, 2009

KAMI BUKAN ISLAM, TAPI KAMI SOKONG ISLAM

Kata-kata di atas bukan asing lagi di zaman ini. Sudah ramai orang bukan Islam yang telah nampak kebaikan dan keindahan Islam, namun cahaya hidayah dari Allah SWT belum sampai di hati nurani mereka.

Perkara ini bukan suatu yang pelik dalam sejarah Islam itu sendiri kerana orang yang pertama sekali yang merupakan bukan Islam tapi tetap menyokong dan memberi perlindungan kepada pendakwah Islam yang unggul adalah bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Abu Talib. Beliau dengan bersungguh-sungguh menyokong dan mempertahankan setiap tindak tanduk Rasulullah dalam menyebarkan dakwah tauhid kepada Allah SWT. Beliau juga telah memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang berhajat untuk menyakiti dan menentang dakwah Rasulullah sedangkan dirinya bukan dikalangan Muslim.

Ini lah kehebatan dan kekuasaan Allah yang ingin ditunjukkan kepada sekalian umat manusia bawaha hatta Rasul pun tidak dapat memberi hidayah kepada manusia. Tugas Rasul hanya menyampaikan risalah kebenaran, begitu juga sehingga Hari Kiamat, ulama dan para da'ie hanya berperanan sebagai penyeru. Hanya Allah yang mampu mencampakkan cahaya hidayah ke dalam hati-hati manusia yang Dia inginkan.

Sekarang sudah ramai orang belum Muslim yang menyokong Islam. Masalahnya cuma, terdapat tentangan-tentangan yang datangnya dari golongan Muslim itu sendiri. Muslim yang hanya Muslim pada nama, Muslim yang hanya ingin menunjukkan kepada orang yang dia juga Muslim, pada hal hukum hakam Allah SWT tidak dipatuhinya.

Muslim sejati adalah Muslim yang bercita-cita tertegaknya hukum Allah sebagai perlembangaan negara yang tidak membezakan antara bumiputra dan ukan bumiputra, melayu, cina atau india, atau iban, bidayuh, kadazan, orang asli dan sebagainya. Yang tidak membezakan antara rakyat dan pemerintah. Hukum Allah tidak hanya kepada rakyat, bahkan hukum yang sama dikenakan kepada pemerintah sekiranya melakukan kesilapan yang sama.

No comments:

Post a Comment