Wednesday, September 16, 2009

ALHAMDULILLAH.. Rupa-rupaya dia tak naik ke langit dgn Ayah Pin

SHAH ALAM 16 Sept . - Selepas tiga tahun menghilangkan diri, Abdul Kahar Ahmad yang mendakwa dirinya sebagai rasul Melayu dan menghadapi tuduhan menghina Islam serta menyebarkan ajaran sesat akhirnya berjaya ditangkap dan dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.

Abdul Kahar akan ditahan di Penjara Sungai Buloh sehingga perbicaraan pada Oktober ini selepas Hakim Syarie, Abu Zaki Mohammad memerintahkan waran tahanan dikenakan terhadapnya selepas tertuduh gagal hadir ke mahkamah sejak Jun 2006.

Dia yang ditahan ketika sedang berkemas untuk berpindah pada pagi ini memberi alasan menerima ugutan bunuh serta wujud cubaan membunuhnya sebagai sebab tidak hadir serta mahu dibebaskan dengan jaminan.

Kes Abdul Kahar akan disebut semula pada 24 September ini untuk membolehkan waran tahanannya diperbaharui. - Utusan.


sumber http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0916&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_16.htm

No comments:

Post a Comment