Setiap kali datangnya Ramadhan timbul kegundahan bagi ibu-ibu yang menyusui anaknya tentang boleh tidaknya untuk meneruskan penyusuan di dalam bulan Ramadhan. Ramai yang tertanya-tanya apakah kesan penyusuan susu ibu jika diteruskan jua amalan berpuasa. Saya berbesar hati untuk berkongsi maklumat kajian yang dibuat di Iran bertajuk "Impact of Maternal Ramadan Fasting on Growth Parameters in Exclusively Breast-fed Infants" yang telah diterbitkan di IRANIAN JOURNAL OF PEDIATRICS DECEMBER 2007; 17(4):345-352. dan diterbitkan sekali lagi di IRANIAN JOURNAL OF ENDOCRINOLOGY AND METABOLISM (IJEM) JULY 2008; 10(2 (SN 38)):155-161.
Berikut adalah terbitan penuh artikel yang diterbitkan ini, http://www.sid.ir/En/VEWSSID/J_pdf/92320070404.pdf
Berdasarkan kajian ini, kesimpulannya, berpuasa di bulan Ramadhan tidak membawa kemudharatan terhadap perkembangan bayi yang disusukan. Walau bagaimanapun, di dalam Islam memang digariskan kelonggaran buat ibu-ibu yang menyusu dan mengandung untuk berbuka puasa jika mereka mengalami masalah semasa mengerjakan ibadah puasa. Oleh itu, ikutlah panduan yang diberikan oleh Junjungan kita iaitu, bersahurlah di lewat waktu dan segera berbuka apabila tiba masanya. Semoga Ramadhan kali ini dilalui oleh semua warga SusuIbu.com dengan penuh keberkatan!
Susu ibu bukan sahaja memberi kesan yang baik terhadap tubuh badan si ibu, malah ia juga merupakan antara ibadah kepada Allah yang paling mudah untuk dilakukan dan juga mempunyai ganjaran yang cukup besar di sisi Allah. Mengapa kita lepaskan peluang ini? Satu peluang ibadah yang tak dapat dinikmati oleh kaum lelaki. :D
Untuk bacaan dan rujukan mengenai susuan ibu dengan lebih interaktif, anda disarankan ke laman web berikut yang dikenali sebagai laman SusuIbu.Com
Masjid
5 years ago
No comments:
Post a Comment