Tuesday, September 1, 2009

SUMBER DARAH DAGING KITA... FIKIR DAN HADAM

Mungkin ada dalam kalangan saudara yang bertanya, ini semua adalah gimik perniagaan dengan bertujuan untuk menjual produk barangan HPA. Saya katakan tidak sama sekali. Persoalannya adalah, pernahkah saudara terfikir makanan yang diberikan kepada ayam yang diternak hari ini? Dengan kata lain, makanan atau dedak ayam yang diberi kepada ayam ternakan. Pernahkah saudara menganalisis dan mengenal pasti bahan-bahan yang dicampurkan ketika membuat proses makanan ayam? Pernahkah saudara mengambil sampel DNA ayam ternakan hari ini? Adakah ia tidak bercampur dengan DNA babi. .

Bukanlah niat saya untuk menjejaskan industri ternakan ayam, tetapi marilah kita berkongsi sedikit maklumat dan kebenaran mengenai isu ayam ini. Pada hari ini, terdapat satu bahan yang dikenali sebagai Dicalcium phosphate telah dicampur ke dalam proses membuat makanan ayam. Kenyataan ini telah diperjelas dan suarakan oleh pihak JAKIM dan CAP. Apakah itu Dicalcium phosphate? Ia adalah satu bahan yang diperbuat dari serbuk tulang-tulang binatang. Persoalannya dari tulang binatang manakah yang diambil? Berdasarkan kajian, kebanyakkan DCP yang terkandung dalam makanan hari ini dipercayai diperoleh daripada tulang babi yang telah disiap proses menjadi serbuk. Bahkan dengan mencampurkan DCP ke dalam makanan ayam hari ini, ia didakwa mampu membesarkan ayam dengan lebih cepat dan gemuk.

Yang kita soalkan disini adalah kehalalan. Pembeli utama ayam dipasaran hari ini adalah umat Islam. Ya, mungkin ada dalam kalangan kita menyatakan, ayam itu halal kerana disembelih mengikut cara Islam dan dijual oleh orang Islam. Yang kita tegaskan disini ialah makanan yang dimakan oleh ayam itu sekaligus akan menjadi sebahagian daripada DNA ayam itu sendiri bukanlah kaedah sembelihannya atau dibeli daripada orang Islam.

Maka, Alhamdulillah HPA mengambil tanggungjawab ini dengan menyediakan bekalan ayam organik yang diternaknya sendiri dengan berteraskan makanan herba, diantara makanan yang dijadikan sebagai makanan ayam ialah habbatus sauda, jagung, ubi dan bijirin. Manakala vaksin ayam itu pula ialah dengan menggunakan daun mambu. Pada hari ini saja, ayam yang diternak oleh HPA mampu menanggung keperluan selama setahun. Subhanallah.

sumber : http://jamalmajlis.blogspot.com/

rujuk juga : http://isuhangat.blogspot.com/search?q=ayam+daging&submit.x=0&submit.y=0

SUATU YANG SUDAH PASTI. KENAPA KITA SANGGUP BIARKAN DARAH DAGING KITA DIBINA DARI SUMBER HARAM?

4 comments:

  1. salam Abu Uwais,

    Sejak kenal HPA, ana dah tinggal makan ayam daging,ana makan ayam organik HPA. Kalau termakan ayam biasa, tekak rasa dah tak boleh terima.

    Syukur pada-Mu Tuhan

    ReplyDelete
  2. abuyon. Sama la kita. Pi kenduri pun dah tak makan ayam. Kalau dihidang nasi ayam, minum air saja la sebab nasi tu pun dimasak guna air rebusan ayam. Sama la mcm makan ayam.

    ReplyDelete
  3. fuh...kecik2 dulu ibu bapa anda jamu makan ayam apa erk?..ayam HPA ker?...time tuh korang tak persoalkan pon ayam HPA ker tak kan..korang bedal jer ..

    ISLAM ITU MUDAH JGN DISUSAHKAN..BENDA TAK NMPAK JGN DIPERSOALKAN..NK KIRA HARAM BUKAN TAKAT AYAM JER..BYK LAGI BENDA NK DIPERTIKAIKAN...

    p/s: pas nih apa kata cek lak daging lembu mn tau kot2 haram boler HPA ternak lembu lak maka adalah di pasaran daging lembu HPA.

    ReplyDelete
  4. Tepuk dada tanyalah iman, alhamdulillah kepada yang mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah taala..itu semua rezeki masing2..hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih..alhamdulillah, ana juga sudah kembang tekak tak mahu lagi makan ayam bandar..kecil2 dulu kita masih jahil dan tiada kemudahan seperti sekarang ni..samalah seperti kita membeli insurans juga..ada insuran takaful dan konvensional tapi masih pilih konvensional..zaman dulu2 boleh dimaafkanlah kalau kita terpilih konvensional...zaman sekarang pelbagai produk islam yang ada..so fikir2lah sendiri...

    ReplyDelete