Friday, September 25, 2009

YANG MANA LEBIH DITAKUTI ?

Antara dua ancaman nyawa manusia yang sedang hangat diperkatakan ini, yang mana lebih ditakuti oleh rakyat Malaysia ?

H1N1

Sehingga kini di Malaysia sahaja, sekurang-kurangnya 56 orang dilaporkan telah meninggal dunia akibat jangkitan sejenis wabak alaf baru iaitu H1N1 yang amat digeruni. Bilangan ini telah meningkat dari hari ke sehari sejak beberapa bulan yang lalu.

Namun, pelbagai persiapan telah dilakukan dari peringkat kerajaan mahupun individu. Antaranya adalah seperti memakai topeng penutup mulut dan hidung, penjagaan kebersihan yang lebih dari biasa seperti membasuh tangan selepas berurusan di tempat awam, menghindari diri dan anak2 dari bersesakan di tempat awam yang ramai orang dan sebagainya.



Kemalangan Jalanraya

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh PDRM, dalam masa beberapa hari sahaja bermula 13 September (sehingga Ops Sikap hari ke 12) bilangan kematian akibat kemalangan jalanraya telah mencecah 120 orang.

Bilangan kemalangan 1,140 kes.

Namun, dengan bilangan kes yang lebih tinggi berbanding kematian H1N1 dan tempoh peningkatan kes dalam kemalangan jalan raya yang hanya beberapa hari itu, mengapakah nampaknya rakyat kita lebih takutkan H1N1 berbanding kematian di jalanraya?

Apakah rakyat kita telah melakukan persiapan untuk perjalanan yang selamat sepertimana mereka bersiap menghadapi H1N1?

Sama2 la kita fikirkan ye..

2 comments:

  1. secara menyeluruhnya sy fikir x..tapi dalam kelompok kecilnya boleh dikatakan ye..cuma berapa kerap sngt yg betul2 bersedia

    ReplyDelete
  2. saya lebih takut dgn manusia yg bertopengkan islam...luaran berjubah berjanggut mengikut sunnah tetapi dlm hati busuk,hitam dan kotor...

    ReplyDelete