By | : | DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA |
Venue | : | PUTRAJAYA |
Date | : | 09/09/2009 |
Title | : | BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN KEPADA KAKITANGAN AWAM DALAM KUMPULAN SOKONGAN |
1. Kerajaan telah bersetuju untuk membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak lima ratus (RM500) ringgit kepada kakitangan awam dalam Kumpulan Sokongan. Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dalam Kumpulan ini terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan juga persediaan persekolahan pada hujung tahun ini. Bayaran khas kewangan ini akan dibuat dua kali iaitu RM250.00 sebelum hari raya Aidilfitri dan bakinya pada bulan Disember 2009.
2. Bayaran Bantuan Khas Kewangan ini akan memanfaatkan seramai 860,000 orang kakitangan awam dalam Kumpulan Sokongan. Implikasi kewangan kepada Kerajaan bagi bayaran ini adalah sebanyak RM430 juta.
*kenyataan akhbar yg dipetik dari http://www.pmo.gov.my/?menu=news&page=1729&news_id=476&news_cat=4
Komen.
Ramai dikalangan Kumpulan Profesional yg menyatakan ketidakpuasan hati mereka.
kenapa hanya kumpulan sokongan sahaja yg diberi bantuan khas kewangan ini?
adakah hanya golongan ini sahaja yang nak beraya?
kalau diumumkan "bantuan khas kewangan kepada rakyat marhain, pak-pak menteri tak
dapat" saya rasa ramai yg bersetuju sebab gaji pak menteri saja dah berapa ribu. Tak termasuk lagi elaun2 dan claim2 yang lain
Dapat diumpamakan seorang bapak, hanya bagi duit raya kepada sorang anak saja sdgkan dia ada 4 org anak kembar. Cuma anak yang dapat bantuan ni dikatakan malu nak menziarah saudara dan kawan2, so duit raya dia dapat la sikit. Yang lain pandai2 hang pa la nak cari duit raya kat mana sebabnya hang pa 3 orang ni pandai cari duit..
Terima kasih kerajaan Malaysia..
1Malayis..
Kakitangan Sokongan Diutaman, Pencapaian Tak capai2 (pilihanraya 7-1)
salam Abu Uwais,
ReplyDeleteMari, atas nama Tuhan yang agung
dan rahman, kita hulurkan dua tangan,
dan sejuta hati kita bersalaman dari
denyutnya yang paling
tenang dan dalam
Selamat Hari Raya — dari kami sekeluarga
Maaf zahir dan batin, nampak dan tak
nyata, dari hujung ke hujungnya
p/s: nak duit raya pakcik Wes ..
pinta anak-anakku ..hehe
padan la dapat.. kakitangan sokongan yang selama ini bekerja bertungkus-lumus membantu kerajaan mencapai KPI dan NKRA. Apakah orang-orang kecil (the small players) tidak penting?.
ReplyDelete